Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Vanilla Cupcakes: Yang Mana Satu Pilihan Hati




Vanilla Cupcakes Gebu Moist


Seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini yang saya akan menulis berkenaan perbandingan dua resepi Vanilla Cupcake yang sama sama hebat dan terhangat di seluruh dunia. Maklumbalas yang diberi untuk kedua dua resepi adalah sangat memberangsangkan dengan melebihi 500 orang telah menulis pengalaman masing masing. 

Pada awalnya saya hanya membuat cupcake menggunakan resepi Perfect Vanilla Cupcakes di SINI namun bila dilihat jumlahnya tidak mencukupi untuk memenuhi jumlah tempahan, saya terus membancuh lagi satu adunan. Tetapi kepala cepat sahaja berfikir dari membancuh menggunakan resepi yang sama, baik dicuba resepi yang lain pulak. Itu yang terus saya membuat menggunakan resepi dari The Crabapple Bakery Vanilla Cupcakes di SINI yang juga telah lama dalam simpanan.


Jom tengok hasilnya di bawah ini..


Vanilla Cupcakes Gebu Moist


Mula mula kita tengok resepi Perfect Vanilla Cupcake yang telah terhasil dari percubaan demi percubaan yang dibuat semata mata  untuk menghasilkan Vanilla Cupcakes yang perfect. Itu sebab dinamakan Perfect Vanilla Cupcake. Cupcake yang terhasil juga sangat cantik dengan permukaannya yang cantik membukit. Walaubagaimanapun, lapisan atas permukaan kek nampak seperti menggerutu  sedikit. Namun begitu, tekstur kek ini sangat gebu, fluffy dan moist. Sedap dan sangat sedap. Nana yang diminta membuat test antara  keduanya, juga menyukai kek ini.


Vanilla Cupcakes Gebu Moist


Yang ini pulak resepi Crabapple Bakery Vanilla Cupcakes yang juga terhangat dan terkenal di kalangan penggemar Vanilla cupcakes. Semasa sedang dibakar di dalam oven, kelihatan yang ianya mengembang tapi tidak meninggi. Hasilnya permukaan kek lebih rata dan lapisan atasnya sangat lembut dan licin gebu. Tekstur kek ini juga sangat sedap, gebu dan fluffy serta moist. 


Vanilla Cupcakes Gebu Moist


Vanilla Cupcakes Gebu Moist


Akhir sekali, saya nak tunjukkan resepi Vanilla Cupcakes yang saya namakan sebagai Super Delicious and Easy Vanilla Cupcakes di SINI. Resepi ini juga sangat sangat sedap, gebu, fluffy dan masih moist. Permukaan kek ini meleper rata di cawan kertas, permukaannya halus bak sutera giteww. Melampau lah pulak si Azie ni, ade ke permukaan kek disamakan dengan sutera. Sebenarnya tak tahu apa yang nak ditulis, sebab licinnya bila disentuh. Tekstur keknya juga sangat halus.



Vanilla Cupcakes Gebu Moist

Vanilla Cupcakes Gebu Moist

Vanilla Cupcakes Gebu Moist

Pada kesimpulannya, ketiga tiga cupcake ini sama sahaja sedapnya, sama sahaja gebu dan moistnya dan agak sukar untuk membuat pilihan mana satu yang disukai. Cuma kalau dilihat kepada kejadian kesemuanya, resepi Perfect Vanilla Cupcake lebih cantik dan perfect selayak dengan nama yang diberi. Lepas ni, tak mahu lagi mencari resepi Vanilla Cupcakes yang baru sebab nanti ianya membuatkan saya menjadi lagi keliru, sedangkan resepi yang ada ini, semuanya yang terbaik pada selera saya.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

14 ulasan for "Vanilla Cupcakes: Yang Mana Satu Pilihan Hati "

  1. baguz kalau dpt bandingkan resepi tu....pada nikeelah semuanya sedapkan!nikee dapat satu contoh dari akak di sini..
    dlm permerhatian nikee juga i-village cupcakes da i-village magnolia cupcakes juga jauh bezanya dr cupcakes vanila yg di buat oleh joy of baking..kurang sedap sedikit..ape pun kak telor segar memainkan perana hebat dalam membuat kek ni...selai dari resepi yg hebat...cupcakes vanilla lagi best jika di sertakan inti seperti lemond curd dsb...tq kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, kalau dah diletakkan lemon curd atau dimasukkan parutan lemon or jus lemon, itu dah jadi lemon vanilla cupcakes. Dah lain rasanya dari pure vanilla butter cupcakes.

      Padam
  2. BUKA BEGITU MAKSUD NIKEE...CUMER DI SEDIAKAN ININYA SHJ AKAK..MASIH LAGI VANILA..CUMER INTI SAHAJA...RAMAI YG MENEMPAH SEBELUM NI...RAMAI YANG SUKER KEK BERINTI..MNER TAHU ADER YG MEMINATI AKAK PUNYA AIR TANGAN NI..KEK SEBEGINI AMAT MAHAL DI LUAR SANA...TAK GITUKAN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada resepi yang dipipekan lemon curd di dalamnya. Tapi belum ada masa nak mencubanya. Teringin nak mencuba lemon curd tu yg dikatakan sgt sedap. Insya Allah, nnt boleh cuba spt yg Nikee buat tu.

      Padam
  3. TIPS AKAK...FRESH EGG OK..KALAU TAK LEMON UCRD BAU HANYIR SANGAT SBB LETAK EGG YOLK...BOLEH PELBAGAI MCM DIPLOMAT CREAM,FESH CHEEZ CREAM,CUSTAD CREAM..CONDENSED MILK LIME..MCM SEDAP KAK..TAMBAH PULA SI KEK VANILA MCM DLM FOTO NI..MESTI DAP ...!ALL THE BEST

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh meleleh air liur membaca apa yg Nikee tulis. Tak sabar nak mencuba ni

      Padam
  4. Azie,kakak nak tabik jelah kat Azie ni, sgtlah rajin, kak skrg ni tak kuasa dah nak compare sana sini.
    Terukan Azie!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sementara tengah rajin ni. Kalau dah mood malas, tak buat juga agaknya

      Padam
  5. askm akak nk tny..kene panas oven 170 degree tu selama bape minit?

    BalasPadam
  6. As salam sis..cup cake vanila n vanila kek xsama resepinye ek..knapa yer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi banyak. Resepii kek vanilla pun ada banyak.

      Padam
  7. As salam kak azie..nk tanya mcmana cuppies kak azie cantiknya bake..x over naikn merekah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Biasanya kalau merekah menunjukkan suhu terlebih panas. Oven dg oven berbeza tahap kepanasannya.

      Padam
  8. Ooo..ok..tp..mcmana kak azie buat cuppies tu x naik menggelembung..nice sekata..pls help..

    BalasPadam