Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Vanilla And Choc Chips Cupcakes Untuk Latifah







Sejak terpandang gambar Vanilla Cupcake dan Chocolate Chips  yang ditayangkan sahabat saya, Nikee di blognya Laman Dapur Helen, saya menjadi sangat sangat teruja untuk membuatnya. Terus menulis di blog Nikee minta resepi. Macam angau pulak, kejap kejap masuk blog Nikee melihat kalau dia ada menulisnya. Aduhaai selepas Nikee tidak memberi respond yang mungkin beliau tidak membacanya, saya pun dengan frust sekali terus mencari resepi di i-village tapi tak pasti yang mana satu yang telah dicuba oleh Nikee. Bila baca feedback, ada yang menulis kekecewaan mereka kerana chocolate chips telah mendap ke bawah dsb. Oleh kerana tak boleh lagi menunggu, saya meminta Nana menggunakan resepi Perfect Vanilla Cupcakes yang telah saya gunakan di SINI dan diubahsuai dengan dimasukkan chocolate chips di dalamnya.







Sebenarnya hari ini, kawan saya Latifah dan anak anak akan datang untuk brunch di rumah kami. Jadi saya menyediakan cupcakes ini sebagai buah tangan untuk dibawa balik. Entah kenapa kali ini, hanya menghasilkan 9 biji cupcakes sahaja sedangkan dulu, saya berjaya menghasilkan 11 biji dengan menggunakan resepi ini. Apa apa pun, harap Latifah menyukai cupcakes yang disediakan ini. 






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Vanilla And Choc Chips Cupcakes Untuk Latifah"

  1. tentu kawan akak tu suka, nampak sedap sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini mmg kek kesukaan saya tapi belum pernah merasainya apabila dimasukkan choc chips. Tak sempat nak merasa kali ini kr semua dibeikan sebagai buah tangan.

      Padam
  2. kak zie.sori sangatlah ader masalah internet di sini..lambat reply....kalau dlm blog nikee tu akak trylah cupcakes vanilla resepi rainbow cupcakes..itulah resepinya kak...satu lagi resepi cupcakes with love pun sana hasilnya memang sedap....cumer akak taburkan chocolate chips di atasnya sahaja.....pada nikee 40 best cupcakes by i-village"magnolia cupcakes & ivillage vanilla cupcakes terbaik so far kak...kaka sudah selesa dgn ur perfect vanilla cupcakes tu tiada bezanya kak.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh gitu ke, dah agak mesti Nikee tak buka blog. Macam mana choc chip tu cantik jer terletaknya. Yg kami pulak, cam kembung pulak kat atas tu. Choc chips tu hanya ditabur ke, tak ada dimasukkan ke dalam adunan ke

      Padam
    2. resepi akak tak sama kot..yg nikee tu letak 6 biji telor kak....baik akak salin resepi nikee tu yer dr resepi rainbow cupcakes dlm blog nikee..coco chip tu akak hanya perlu taburkan seberapa byk yg akak suka di atasnya.....cuma kalau nk di masukkan dlm adunan memadailah meletakkan nya dlm 3 sudu bsr shj kak....sebelum letakkan coc chips gaulkan dgn sedikit tepung barulah di masukkan....cuba try kak zie mesti jadi...

      Padam
  3. kak zie..boleh di masukkan coco chips sebanyak 2-3 sudu bsr sahaja..kak zie gaulkan sedikit tpg sebelum di masukkan ke dlm adunan..tentang coco cips tu pulak..aka taburkan jer di atas kek tu seberapa banyak yg akak suka..eloknya biarlah penuh dan bersepah kak....yg kembung tu mungkin sebabnya resepi kita berbeza kot kak..yg nikee tu 6 biji telor uyk 1 resepi cuba kak zie..mama tahu akak suka resepi nikee lak

    BalasPadam
    Balasan
    1. OK dah salin dan Insya Allah akan dicuba nanti. Puas mencari resepi yang mana satu Nikee gunakan dalam i village. dah macam orang mabuk cinta, dok mengintai blog Nikee pagi petang siang malam. serius 2 hari terasa penantian yg menyiksakan

      Padam
  4. coco chips masukkan sedikit sahaja di dalam adunan kek kak.....atas kek taburkan seberapa banyak yg akak suka..baiknya di taburkan rata..yg kembung keknya ntahlah kenapa....mungkin resepi kita tak sama kot....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh, cantik betul kejadian cupcake Nikee tu sehingga tak keruan saya dibuatnya. hahaha. Banyak kek yang cantik cantik dalam blog Nikee.

      Padam