Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Selamat Hari Jadi, Adik









Hari ini adalah harijadi Adik. Sempena hari jadinya, malam tadi kami telah keluar untuk makan malam di Tony Romas di e-Curve yang merupakan restoran kegemaran anak anak saya. Seperti biasa, mereka akan memesan Salmon, Cod, spare ribs dan macam macam lagi. Saya biasanya hanya akan mengambil sedikit dari makanan yang mereka pesan kerana saya tidak pernah dapat menghabiskan makanan yang di order untuk diri sendiri. Di bawah ini pulak, makanan yang dipesan oleh birthday girl. Beliau amat menggemari steak.


Semalam juga sempena gaji bulan kedua yang diterima, Adik telah memberikan saya duit gaji. Oleh kerana saya sendiri masih bekerja tentu sahaja saya tidak mengharapkan duit anak anak tetapi sangat berbangga sekiranya mereka bermurah hati untuk memberinya. Malahan saya menggunakan duit yang diberi untuk menambah simpanan Adik di dalam akaun Tabung Haji beliau. Apa apa pun, saya sangat merasa bangga dan terharu apabila anak menghulurkan duit gaji walaupun jumlahnya tidak lah besar. Tapi ingatan itulah yang sangat penting. Terasa pengorbanan dan diri dihargai oleh anak anak... 




Sebenarnya sejak akhir akhir ini, saya agak keletihan dan kurang bersemangat. Namun demi anak anak saya gagahi juga untuk keluar makan malam kerana masa masa seperti ini akan lebih sukar di masa hadapan apabila anak anak mulai sibuk dengan karier masing masing. Saya kena pendamkan segala kesusahan kerana hidup memang untuk diuji. Lagi pulak, dunia bukan lah syurga untuk orang Islam. Saya mesti kuat dan gagahkan supaya matlamat sebenar hidup akan tercapai iaitu menggunakan dunia untuk tunggangan ke akhirat. 

Hmm apa sebenarnya yang saya sedihkan? Saya sedih mengenangkan sesama Islam pun sanggup memburukkan satu sama lain, menikam di belakang dsb. Saya bukan ingin memuji diri sendiri, tapi saya akan mengelakkan dari bercakap keburukan orang lain yang boleh memberi impak pada masa depan mereka. Saya percaya rezeki saya hanya lah pada Allah, tiada siapa boleh menghalang jika Allah ingin memberi. Jadi tidak ada perlunya saya memburukkan sesiapa untuk mendapat bonus yang mungkin tidak memberi berkat pun. Begitu juga di pejabat, saya akan memberi teguran jika dirasakan ada yang perlu diperbaiki, tetapi tidak pernah pulak membocorkan kekurangan itu di dalam mesyuarat prestasi dan sebagainya. Sedaya mungkin saya akan menyimpannya. 

Sempena hari jadi anak anak, saya sentiasa berdoa supaya anak saya dipermudahkan di dalam menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat. Supaya mereka tidak dipertemukan dengan manusia yang hipokrit dan bermuka muka. Saya mengharapkan anak anak saya bekerja dengan etika yang mulia, berusaha dengan tekun untuk mencapai sesuatu tanpa perlu menganiayai orang lain atau menindas orang lain.




Saya lega kerana Adik telah mula selesa dengan pekerjaan yang dilakukan sekarang dan Nana pula akan mula menjalani program induksi minggu hadapan. Harapan saya semoga Allah mempermudahkan semua urusan kami dan semoga kami mencari rezeki dengan jalan yang halal dan diberkati. Ameen.

 
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Selamat Hari Jadi, Adik"

  1. Happy Birthday adik,
    Moga selalu didalam lindungan Allah, diberkati & sejahtera hendaknya..aminn.

    BalasPadam
  2. Hepy besday adik...utk azie sabarlah byk2 mmg susah nk jmpa kwn2 yg jujur, kwn2 pn ujian..mmg btoi kita tak ska org hipokrit sbb kita bkn jenis tu, bg sy biarlah hilang kwn yg tidak mbwa kebajikn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Saya kadang kadang heran dg orang yg suka mengadu domba sedang diri sendiri penuh dg kekurangan dan kelemahan. Orang sebegini adalah orang yang sakit dan kecewa

      Padam