Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Persinggahan JJCM Di Kuantan - Part 4




Kami memulakan perjalanan balik mengikut jalan pantai. Memang tidak terasa membosankan berbanding dengan jalan Jabor yang diambil semasa perjalanan ke sini. Sempat singgah di kawasan Bukit Kluang membeli lemang untuk dimakan dalam perjalanan. Memang kami biasa singgah di sini untuk membeli lemang yang agak sedap juga. Hajat hati nak membeli satar untuk dibawa balik di kawasan Masjid Bukit Geliga yang dikatakan sangat sedap, tidak kesampaian. Ini semua gara gara hubby telah terlepas Bukit Geliga dan sudah terlewat kerana menghampiri kawasan Cherating, tiada lagi kawasan gerai berjualan keropok lekor dan satar. Dah tak ada rezeki lah tu...










Entah kenapa tiba tiba sahaja hubby memberi cadangan untuk bermalam di Kuantan sebelum meneruskan perjalanan balik keesokannya. Walaupun anak anak ada yang tidak setuju, namun hubby berjaya memujuk mereka. Boy seperti biasa sangat memahami dan bertolak ansur. Sesampai di Kuantan, hubby terus mencari hotel dan membuat pendaftaran masuk. Nasib baik ada bilik besar yang memuatkan 4 katil super single dan kami memesan sebuah katil tambahan.  Selepas menyimpan barang barang, kami terus berpusing pusing di sekitar bandar Kuantan untuk mencari tempat makan. Tapi malang sekali, banyak yang masih ditutup sempena cuti perayaan yang panjang ini.




Apabila semua tempat makan yang ditujui masih ditutup, akhirnya hubby membawa kami ke Taman Gelora berhadapan UiTM Pahang suatu ketika dulu. Tempat makan nostalgia di mana sewaktu hubby masih bertugas di UiTM Pahang, di sinilah saya dibawa makan makan. Berpusing pusing juga untuk mencari jalan masuk ke kawasan food court ini. Sewaktu mencari cari tempat duduk, terdengar seseorang menegur. Ohh rupanya Hamimah, yang sedang makan bersama ahli keluarganya. Dia memberitahu yang Rojak Mee Ayam yang sangat sedap dan terkenal di sini. Tapi sayang sekali, bila kami mahu membuat order, diberitahu yang ianya sudah kehabisan. Maklumlah musim perayaan, semua tempat makan dipenuhi pelanggan. Akhirnya anak anak memesan nasi ayam sahaja. Dan saya pula, hanya makan nasi dagang Kak Pah yang saya bungkus dari Pantai Batu Buruk. Aduh memang sedap nasi dagang ini terutama, kuahnya yang terasa rempah, masam dan manisnya. Memang puashati. Sebelum kami habis makan, kami ditanya kalau masih mahukan Rojak Mee Ayam. Haa inilah yang dikatakan rezeki. Dapat juga merasanya. Memang sedap kerana rojak dengan mee kuning yang manis manis ini mengingatkan rojak kegemaran saya semasa kecil kecil dulu. Yang berbeza hanyalah rojak di sini dimasukkan ayam yang telah digoreng.









Sebelah malamnya, kami keluar makan malam dengan makanan laut di Restoran Andaman Tom Yam di kawasan Tanjung Lumpur bersama Kak Zah dan suaminya. Makanan boleh tahan juga sedapnya tetapi service agak slow. Mungkin disebabkan kekurangan pekerja yang bercuti sempena cuti Tahun Baru China gamaknya. Lauk lauk yang dipilih Kak Zah semuanya sedap sedap belaka. Terima kasih Kak Zah dan suami yang telah sudi belanja makan malam kami di Kuantan. Jangan lupa ikuti catatan akhir percutian kami pada kali ini di SINI.


















Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Persinggahan JJCM Di Kuantan - Part 4"

  1. sedapnya kak zie.....kalau ginilah selalu ....in heaven ni.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg penting, bonding time with children

      Padam
  2. Biasanya bila anak-anak dah meningkat dewasa, amat sukar hendak mengajak mereka bercuti bersama..ini ikut pengalaman saya adik-beradik..selalu yang lelaki tak mahu ikut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, setakat ini mereka masih mahu mengikut. Insya Allah, ada rezeki mahu bawa mereka bercuti ke luar negara pulak sebab dah lama mereka tidak ke luar negara

      Padam
  3. Btoi tu msa cti mcm ni sj blh bkumpul dgn aman n jayanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa cuti mereka semua ada depan mata. Balik rumah, masing masing dok dalam bilik. Itu sebab I suka masa bercuti, dapat bersama dg anak anak

      Padam
  4. Koleksi makan best versi saya...

    http://penang-halal-food.blogspot.com/search/label/Pahang

    BalasPadam