Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kemaruk Dengan Masak Tempoyak Ikan Patin Liar Segamat





Penghujung Januari yang lalu, saya telah membuat keputusan di saat akhir untuk mengikut hubby menghantar Boy ke UiTM Segamat selepas kereta beliau mengalami kerosakan dan masih dibaiki di workshop.  Memang nampak jelas di wajah Boy cahaya kesedihan kerana tidak dapat memandu balik ke kolej. Lagi pulak tiket bas semuanya sudah habis. Seperti biasalah, kalau saya ikut tu, pasti ada agendanya. Hahaha apalagi agendanya kalau bukan agenda Jalan Jalan Cari Makan (JJCM). Semasa menghantar Boy mendaftar di kolej dulu, kami telah singgah di satu restoran untuk makan tengahari dengan lauk lauk kampung yang sedap. Sejak itu, saya asyik teringat ingat keenakannya. 


Lebih enak apabila sahabat kami Dr Sabariah dan suaminya Abang Nasir telah belanja makan tengahari tersebut. Pernah sekali, kami cuba mencari restoran ini tapi tak berjaya menemuinya. Maklumlah mencari restoran yang bukan sahaja namanya tak diketahui tetapi juga lokasinya juga tak langsung dapat diingati. Dulu kami cuma mengikut jer kereta sahabat baik kami itu.


Jadi kali ini, saya berjaya menjejak lagi kaki ke restoran yang sama yang mana dulu saya sendiri pun tak perasan apa nama restoran itu. Hanya kali ini, baru lah tahu nama restoran itu ialah Restoran Asam Pedas. Itupun sebab mengikut jer kereta Abang Nasir. Kelemahan saya dalam bab makan makan ni, ialah tak reti membuat pilihan lauk pauk kerana saya seorang yang sangat membosankan. Bila suka sesuatu lauk, akan pilih lauk yang sama jer setiap kali makan di satu satu kedai. Jadi lauk pilihan saya yang dimakan secara berhidang ialah Pajeri Nenas atau terung, telur masin dan Asam Pedas Ikan Mayong. Tapi kali ini pajeri tak ada lah pulak. Abang Nasir pula mengambil Masak Lemak Ikan Baung, Sambal Tempoyak dan Ulam ulaman. Apabila Dr Sabariah tiba untuk sama sama makan tengahari, beliau menambah lauk Masak Tempoyak Ikan Patin. Haaa inilah bermulanya segala galanya. Dr Sabariah yang saya panggil Kak Sab meminta saya mencuba lauk Ikan Patin yang dikatakan sangat sedap tapi saya menolak sehingga hubby suruh saya mencubanya. Aduhaai bila dah cuba, sampai licin saya makan. Memang sedap kerana ikannya langsung tak terasa hanyir dan kuahnya pulak, sangat sedap. Dari situ, baru saya diberitahu yang ikan yang diguna adalah ikan patin liar dari sungai dan tempoyak yang segar. Hari itu, saya balik dengan membawa bersama keenakan ikan patin masak tempoyak di dalam ingatan.





Semalam semasa hubby ke Segamat untuk mengambil Boy balik bercuti sempena cuti Perayaan Tahun Baru China, saya memesan supaya hubby membeli lauk pauk dari Restoran Asam Pedas dan sudah semestinya Masak Tempoyak Ikan Patin, Asam Pedas dan Sambal Tempoyak. Serius meleleh air liur terbau keenakan masak tempoyak ini bila saya masuk sahaja ke dalam kereta. Terus menghantar mesej pada Nana supaya dimasakkan nasi putih. Anda bolehlah bayangkan bagaimana saya terus makan sesampai di rumah dengan tak sempat menyalin baju. Sedap, sangat sedap dan teramat sedap. Itu sahaja yang mampu saya katakan. Malahan hingga ke saat ini, saya masih seperti orang yang mabuk cinta yang angau teringatkan Masak Tempoyak Ikan Patin malam tadi. Hajat hati lauk dipanaskan untuk dimakan hari ini tapi bila hubby bertanya kalau saya tak mahu, beliau akan menghabiskannya. Jadi saya tak sampai hati, minta hubby menghabiskannya kerana tahu laling saya pun sangat menyukai Masak Tempoyak Ikan Patin. So, kena ke Segamat lagi lah selepas ini.....




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Kemaruk Dengan Masak Tempoyak Ikan Patin Liar Segamat"

  1. Masak tempoyak ikan patin, tringat msakan mak sy..mmg sedap trutama bila dpt pula ikan patin yg tk brbau..d kampung sy Raub sna mmg ada d jual ikan patin sangkar yg enak..tempoyak plak mmg ada stok d umah mak, jdi bila kami blk Raub, gerenti dh ada gulai tempoyak seperiuk, kdg2 skali hadap sj..kuah tempoyak bg bgenang dgn nasi n last skali hirup kuah dgn cara hirup tepi piggan mkn je..mmg buruk perangai tpi puas rasanya mkn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, share your mom' s recipe, please. Ingin sangat nak belajar masak tempoyak yg sedap

      Padam
  2. teruja tenguk Red Velvet in the jar tu..nanti nak cuba buatlah

    kat belah mana ek restoran ni sebab selalu blk segamat tak pernah jumpa

    BalasPadam
  3. assalam.jom join segmen saya http://www.penbiru.com/2013/02/segmen-bagi-pi-wwwpenbirucom.html

    BalasPadam
  4. Klu ikut resipi gulai tempoyak klrga kami mudah sj..bhn cuma cili padi, kunyit hidup, ikan pilihan, tempoyak , air dn daun kesum atau bunga kantan..
    12biji cili(ikut kepedasan,blh cmpur cili merah),
    kunyit hidup 1/2in
    2-3camb tempoyak (yg bru lg sedap)
    Ikan pilihan
    Air

    Cili padi+kunyit d tumbuk lumat. Cmpurkan tempoyak n gaul skali dlm lesung batu.
    Msuk ikan dlm periuk, masukkan air biasa n lebihkn air dlm stu ruas jari dr ikan
    Masukkn cmpuran tempoyak+cili padi+kunyit hidup, sbatikan dgn air, blh guna tgn msa mgaul utk meyebatikan lg cmpuran tempoyak dgn air
    Msukkan daun kesum/ bunga kantan.
    Jerangkan periuk dgn api sederhana (mcm msak singgang), bila mendidih pelankan api, kacau skali-skala..
    Bila ikan hmpir msak, blh le letak garam, gula n perasa. Jgn letak garam dahulu sbb kita tak tahu tempoyak tu dh d garamkan atau tidak, kdg2 tpulang cara org buat tempoyak jga..
    ** resepi gulai tempoyak ni sbnrnya byk try n error jga sbb brgantung thp kepedasan, kualiti tempoyak n kemanisan ikan.
    Klu ska gulai agak pekat blh tmbh tempoyak n begitu lah sblknya
    Klu mula nk belajar elok guna ikan biasa2 dlu mcm bwal or tenggiri, bila dh cekap bru guna ikan yg mahal cm patin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh terima kasih. Nnt saya akan salin resepi ini utk dicuba di masa akan datang

      Padam
  5. salam
    nak Tanya azie kitchen, kt seghamat restoran asam pedas 2 area mana ya?
    area town segamat ker?

    BalasPadam