Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Aura Ustaz Don Daniyal Biyajid




Pertama kali saya melihat begitu ramai staff yang turun ke auditorium untuk mendengar ceramah dari Ustaz Don Daniyal yang bertajuk Berinteraksi Dengan Al Quran. Mungkin melepas geram kerana ceramah beliau sebelum ini dibatalkan gara gara Ustaz Don yang tidak sihat.

Kali pertama melihat beliau masuk, rasa sangat terpegun. Betapa aura Ustaz Don memenuhi dewan yang dipenuhi oleh ramai staff terutama staf wanita yang bertaraf kakak atau ibu pada beliau. Ustaz Don melangkah umpama seorang selebriti, dek kedatangan yang ditunggu tunggu. Sepanjang jalan ke pentas, ramai yang menghalakan kamera untuk mengambil gambar atau bergambar dengan beliau. Melihat beliau memakai blazer, hati saya berbisik kecil dan rendah sahaja rupanya Ustaz Don ni. Aduuh untungnya ibu bapa beliau dan untungnya isteri beliau mendapat anak dan suami yang merupakan seorang al Hafiz.


Memulakan tajuk perbincangan tentang perkongsian maklumat yang dihantar oleh isterinya berkenaan orang lelaki perlu berdehem sebanyak 3 kali selepas membuang air kecil. Apabila ustaz bertanya dari mana Husna mengetahuinya, diberitahu yang ianya dari doktor yang membuat kajian. Mendengar itu, Ustaz Don terus mengatakan bahawa ianya satu pembohongan kerana perkara ini telah diajar oleh Nabi Muhamad di dalam hadisnya. Sepatutnya mereka mengakui yang ilmu itu dipelajari dari Nabi dan bukan dari kajian sendiri.

Ustaz Don juga berkongsi berkenaan minat beliau menonton filem P Ramlee dan dikongsikan bahawa lagu dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk menggunakan rythm qasidah. Ini yang membawa erti P Ramlee juga pernah hidup dalam majlis qasidah. Qasidah adalah sebahagian dari selawat yang memuji Rasulullah. Bayangkan dengan hanya mengamalkan 1% dari sunnah Nabi, P Ramlee telah diberikan keberkatan dengan filem beliau ditayangkan sehingga kini.

Dikongsikan bahawa betapa Allah Maha Berkuasa di mana Allah telah mengesahkan bahawa Abu Lahab, bapa saudara Nabi akan dimasukkan ke dalam neraka di kala Abu Lahab masih lagi hidup dengan isteri dan anak anak Abu Lahab tidak memberi sebarang guna. Bayangkan bacaan surah Al Lahab yang dibaca di dalam solat di kala Abu Lahab masih hidup. 2 orang anak Abu Lahab yang mengahwini  2 orang puteri Rasulullah telah datang di hadapan Nabi dan menceraikan anak Nabi dengan kata maki. Dan yang paling dasyat ialah apabila mereka meludah ke arah Rasulullah sedang baginda tanpa marah telah membaca doa supaya Allah menghantar makhluk anjing. Dengan kuasa Allah, anak Abu Lahab yang dalam ketakutan telah tidur walaupun dengan dikawal oleh pengawal telah putus kepalanya dibaham oleh anjing. Begitu juga isteri Abu Lahab yang membawa batu besar di genggaman meluru ke arah di mana Nabi dan Abu Bakar sedang duduk berhampiran kaabah. Beliau berhenti di hadapan Abu Bakar dan bertanya di mana Nabi berada sekarang yang menyebabkan Abu Bakar kehairanan kerana isteri Abu Lahab dikaburkan penglihatannya dari melihat Nabi yang berada di hadapannya. Sesungguhnya Jika kita membaca Al Quran, ianya akan menjaga kita.

Paling saya sebak apabila mendengar cerita semasa Perang Badar di mana diceritakan Muaz dan Muawiz yang berumur 10 tahun bertekad untuk membunuh Abu Jahal. Masing masing bertekad untuk membunuh Abu Jahal tanpa mahu ianya diketahui oleh yang seorang lagi. Selepas melibas pedang sehingga Abu Jahal jatuh, mereka berlari memberitahu Nabi yang mereka telah membunuh Abu Jahal. Ini bererti ibu bapa mereka telah mengajar dan menanam perasaan cintai Nabi sehingga menjadi begitu berani untuk membunuh mereka yang menentang Nabi. Jadi dipesan supaya kita mengajar anak anak mencintai Nabi, mencintai sahabat Nabi dan ahli keluarga Nabi dan mencintai Al Quran.

Akhir sekali, sebelum meninggalkan bangunan pejabat kami, sempat Ustaz Don bercakap dengan saya melalui telefon sahabat saya Abdul Hanan. Sungguh umpama mimpi pulak sehingga saya tergaman dan tak tahu apa yang hendak dicakapkan kerana tak menyangka yang Ustaz Don telah mahu bercakap dengan saya. Saya kagum dengan sikap beliau yang sangat merendah diri dan sanggup melayan mereka yang ingin bergambar atau mengambil gambar dengan beliau dengan senang hati.
 

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

11 ulasan for "Aura Ustaz Don Daniyal Biyajid"

  1. untungnya kak azie dapat jupa life ngan ustaz don...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, sungguh bertuah apalagi apabila Ustaz Don yg sudi bercakap dg saya melalui telefon

      Padam
  2. Terimakasih. AA org terpilih.Ada kisah yg kak takpernah dgr. Mpga kita sama2 mengamalkan sunah dan sayang Nabi SAW. Amin.
    Nak share gambar boleh.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer. Handsome dia dlm gambar ni. Ada mcm bintang filem Hindi pun ya

      Padam
  3. Bertuahnya badan dapat berckp dgn ustaz Don. Itu namanya rezeki akak he2...rezeki bukannya pada makan dan duit je kan..dapat kwn2 yg baik pn rezeki jgk kan sis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, itu juga rezeki dpt bercakap dg seorang al Hafiz. Saya sendiri tak menyangka langsung mempunyai peluang spt itu

      Padam
  4. hensem nya ustaz ni... kak azie saya baru follow blog akak.. best dpt tengok resipi masakan. love it!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi follow blog saya

      Padam
  5. hai kak Azie, saya dah 2 minggu follow blog akak. dok carik resepi quiche terjumpa blog akak n terus melekat untuk membaca all the entries.. pengisian yg menarik dari kak azie... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, kerana sudi follow my blog. Jgn lupa utk singgah tiap hari ya. Kita minum kopi kat taman Villa Nur Qaseh

      Padam
  6. Oop camni rupa ustaz Don tanpa serban hehe

    BalasPadam