Vanilla Cake Truffles
Sebenarnya telah lama saya ingin membuat Cake Truffles tetapi sentiasa dihimpit kesuntukan masa, Membuatnya bukan susah apa lagi jika dibuat beramai ramai. Lagi pulak bila dibuat secara beramai ramai, memang tidak terasa bosan dan sekejap sahaja telah dapat disiapkan. Kebetulan hari ini, saya bercuti kerana masih kepenatan. Saya masih terasa kesedihan bila mengingatkan yang Bonda Mertua telah kembali ke rahmatullah. Walaupun saya seorang yang agak sukar untuk menunjukkan kesedihan, namun saya akhirnya menitiskan airmata apabila melihat hubby dan anak anak menitiskan air mata. Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya memang seorang yang agak lemah. Setiap kali ada kematian lebih lebih lagi orang yang terdekat, kesannya akan terasa selama beberapa hari, minggu atau berbulan lamanya, hatta bertahun.
Selepas bangun agak lewat pagi ini, saya ke dapur dan melihat baki kek Vanilla Butter yang masih ada dan juga butter cream frosting yang masih berbaki. Memang sesuai sekali untuk dibuat Cake Truffles. Tambahan pula, candy melt pun masih ada berbaki di dalam peti ais kami. Lengkap kerana semua bahan sudah tersedia. Jika tidak hari ini, entah bila pula saya akan membuatnya.
Selepas bangun agak lewat pagi ini, saya ke dapur dan melihat baki kek Vanilla Butter yang masih ada dan juga butter cream frosting yang masih berbaki. Memang sesuai sekali untuk dibuat Cake Truffles. Tambahan pula, candy melt pun masih ada berbaki di dalam peti ais kami. Lengkap kerana semua bahan sudah tersedia. Jika tidak hari ini, entah bila pula saya akan membuatnya.
Adunan kek dan frosting yang digaul sebati kemudiannya dibulat bulatkan. Susun di atas loyang yang dilapik dengan baking paper. Setelah selesai, dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dicelup ke dalam adunan coklat yang telah dicairkan.
Akhir sekali, celup bebola kek ke dalam coklat yang dicairkan dan diangkat dengan sudu atau garfu ke tepi sehingga lebihan coklat meleleh jatuh. Bolehlah dihiaskan dengan apa apa hiasan yang disukai. Setelah siap, masukkan sekali lagi ke dalam peti ais selama 20 minit.
Cake truffles sedap dihidangkan pada suhu bilik sebagai dessert. Jika suka, bolehlah diletakkan di dalam cawan kertas sebelum dihidangkan. Ianya boleh disimpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk selama 1 minggu.
takziah kak zie!nampak sesuai for kids bufdy ni.....next time nikee cuba kak!
BalasPadamNikee, betul kek ini sesuai utk majlis anak anak yang sukakan sesuatu yg menceriakan.
Padam