Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Selamat Memasuki Alam Pekerjaan Buat Adik


Hari ini saya sangat gembira kerana mulai semalam anakanda kedua saya, Nellisa yang sangat fashionable tu telah mulai bekerja. Nama timangan untuk si cantik ini ialah Nelly dan nama manja pula ialah Adik. Beliau mendapat tawaran pekerjaan selepas seminggu menamatkan latihan praktikal dan dijangka akan menerima ijazah dalam majlis konvokesyen dalam bulan April atau Mei nanti.

Sebagai seorang ibu, pasti mengharapkan anak anak mendapat pekerjaan sebaik tamat belajar kerana sekarang ini segalanya kompetitif. Malahan pengalaman saya sebagai HR Recruitment Manager yang bertanggungjawab dalam recruitment of staff and scholars menjadikan saya sangat bimbang kalau mereka terpaksa menganggur. Walau apa pun kerjanya tak penting, tapi yang penting ianya adalah pekerjaan yang halal dan di organisasi yang terjamin. Seminggu sebelum mula bekerja, kami banyak menghabiskan masa dengan bershopping pakaian untuk dipakai semasa kerja untuk kedua dua anak dara saya, Adik dan  juga kakaknya Nana. Kami juga sering bersembang sembang di mana Adik bercerita plan dia selepas menerima gaji pertama. Yang pasti bahagian saya pasti ada. Itu yang membuatkan saya sangat terharu kerana dia seorang yang sangat care dan pandai mengambil hati.

Sebelum itu saya ingin kongsikan sedikit berkenaan Adik yang nama beliau dipilih dari nama insan insan yang saya minati dan menjadi idola suatu masa dahulu, Nurlisa Idris, bekas isteri Sultan Selangor dan Toh Puan Zulaikha, isteri Tun Musa Hitam.  Kelahiran beliau adalah diluar jangkaan kerana kami sebenarnya belum bersedia untuk menimang cahaya mata kedua selepas kelahiran Nana.  Tapi rezeki Allah kami terima dengan gembira.




Jika semasa kelahiran Nana, bonda ada menemani di wad bersama suami tetapi kelahiran kali ini, bonda saya tidak  dapat bersama. Hanya abang Zali, abang kedua yang mengunjungi pada hari saya keluar dari labour room.  Sebaik terpandang wajah abang, saya menangis terisak isak kerana amat sedih mengenangkan kesakitan yang dilalui sendiri tanpa bonda di sisi.


Kali ini saya hanya berpantang di KL kerana tidak mahu balik kampung. Tiap tiap pagi, hubby akan menghantar Nana ke rumah pengasuhnya dan mengambilnya di sebelah petang. Setiap hari hubby akan menyiapkan air mandian di dalam besen mandian untuk dimandikan Adik. Saya cuma perlu menambah air panas dan memandikannya sendiri.  Sebelah petang, barulah hubby akan membuang air tersebut. 




Sebaik dilahirkan, Adik mempunyai rupa yang mirip suami terutama hidung dan berambut ikal. Dia seorang yang sangat mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Gambar di bawah adalah semasa meraikan harijadi Adik yang pertama.


Semasa kecil, saya mengalami peristiwa mencemaskan apabila bunga api telah membakar baju yang dipakai Adik tanpa kami sedari. Malahan dia sendiri pun tidak menyedarinya. Saya tersedar hanya setelah api sebesar tapak tangan membakar skirt yang dipakainya dan saya menjadi sangat panik sehingga tidak terkeluar suara untuk memanggil suami yang ketika itu berada di dalam rumah. Hubby cepat cepat memadamkan api.  Alhamdulillah kerana tidak terjadi apa apa yang tidak diingini ... 



Semasa kecil Nana dan Adik selalu dipakai dengan baju cantik cantik dan rambut yang diikat cantik oleh pengasuh mereka yang bernama Na yang berasal dari Kelantan juga. Tapi sayang sekali, Na berhenti sebulan sebelum saya melahirkan anak ketiga, mungkin kerana tidak sanggup menjaga anak kecil. Jarak umur antara Adik dengan Nana hanyalah 1 tahun 2 bulan. Jadi mereka agak rapat dan sering bergurau senda semasa kecil. Keakraban mereka banyak dirakam dalam gambar gambar yang hanya kini, sangat sangat saya menghargainya. Lihat lah gambar gambar di bawah yang pada masa tu selalu membuat saya geram kerana susah betul untuk mengambil gambar mereka. Maklum lah masa tu, ambik gambar menggunakan filem negatif, jadi kalau gambar tak elok terpaksa juga dibayar bila dihantar cuci di kedai gambar. 




Sejak kecil Adik seorang yang suka berfesyen dan mempunyai citarasa yang tinggi dalam membuat pemilihan pakaian, bukan sahaja untuk dirinya tapi untuk kami sekeluarga juga. Malahan semasa masih kecil pun, dia agak cerewet. Akan menangis nangis minta dibukakan baju yang tidak selesa atau yang tidak disukainya. Teringat lagi semasa membeli handbag pertama mereka di Sogo, di mana Nana memilih bag yang berharga puluhan ringgit sahaja, sedangkan dia memilih bag Polo berharga hampir RM200. Oleh kerana merasa tidak adil, saya meminta Nana membeli bag yang lebih mahal tapi dia tak mahu kerana dia hanya menyukai bag yang itu sahaja. Masa itu, mereka masih di sekolah rendah.

Saya amat mengharapkan keakraban anak anak saya akan kekal selamanya walaupun masing masing telah mempunyai keluarga sendiri, jauhi dari dengki mendengki sebaliknya saling bantu membantu antara satu sama lain... Akhir sekali, selamat memasuki alam pekerjaan buat Adik. Pastinya tiada lagi masa di mana kita boleh ke mana mana sesuka hati tanpa perlu memohon cuti terlebih dahulu. Belajar survive dengan gaji bulanan yang kecil dan mulai membayar komitmen bulanan sehingga lah bersara... Yang pasti Mama dan Papa sentiasa ada di sisi menyokong Adik dalam apa jua keadaan dan masa. Insya Allah.

 
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

19 ulasan for "Selamat Memasuki Alam Pekerjaan Buat Adik"

  1. Salam Azie, tahniah kepada you and your daughter.

    BalasPadam
  2. Seronoknya dapat bershopping dengan anak-anak dara...kenangan masa kecil pastinya menjadi memori terindah buat ibu dan anak...selamat memasuki alam pekerjaan buat Nana dan Adik ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok melihat 3 anak dara memilih pakaian masing masing. Tetapi tak seronok, masa membayar kerana sorang sorang mengambil baju yg biasanya di luar bajet

      Padam
  3. Salam kak azie,seronok n sayu lak baca entry akak regarding adik..as a mom,saya tumpang bangga n gembira dgn adik...smg anak2 saya juga akan membesar dan berjaya mcm ank2 org lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Deena, terima kasih kerana sudi singgah utuk membaca entri ini. Kadang kadang sedih memikirkan kita tak dpt bagi kesenangan semasa mereka kecil kerana baru memulakan kehidupan

      Padam
  4. Assalamualaikum kak;)

    Alhamdulillah murah rezeki si adik kan.. =)
    Duk baca entry ni,buat rindu sesangat kat mama kat rumah..Hurmmm lagi 2 minggu baru dapat balik KB.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, semoga Adik dimurahkan rezeki. Ameen

      Padam
  5. Aslmt sis. Slmt menempuh alam pekerjaan buat Nellisa...moga cepat sesuaikan diri dan terus maju dlm kerjaya.bila ngimbau masa anak2 masih kecil satu kenangan yg cukup manis...
    re; kek RVC itu agak oily sikit tp moist dan sy letak 2sb serbuk koko sbb tengok lain2 resepi RVC guna 2-3 sb koko. tp kalau dr segi rasa sy lebih suka yg biasa tak moist sgt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis, melihat gambar semasa mereka kecil, menjadikan terasa sangat sedih. Ohh RV tu agak oily ya. Memang nak mencuba juga kek RV yg menggunakan minyak.

      Padam
  6. Alhamdulillah murah rezki adik, bila ank dh bekerja terasa lega sgt, semua utk kesenangn n msa dpn mrk jga..tahniah

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah murah rezki adik n masa dpn dh trjamin..tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah. Semoga dimurahkan rezeki

      Padam
  8. asalamualaikum,,,kak azie
    seronok membaca entry kak azie..anak2 yg sudah meniti alam pekerjaan,susah payah membesar dan menjadikan mereka insan yg cemerlang...sbg ibu saya tumpang gembira..insyaallah ma pun nak didik anak2 dara tu menjadi insan yg berjaya gak,betul kak zie bila kita baru memulakan kehidupan anak2 masih kecil bila mereka minta terpaksa tangguh kan siap ckp kat mereka tunggu gaji hehehe...tp dikira ok lah utk zaman anak2 ma sekarang sb bila minta mesti dpt,masa ma kecik2 dulu jgn haraplah kalau nak jugak mesti usaha dulu baru dapat upah...ma pun ore kelantan,teringat kat mama tp kedua org tua ma dah tiada lagi didunia ni...apapun ma ucapkan tahniah buat adik (anak kak zie) yg lebih kurang sama dgn peelnya gan anak ma yg ke2 ni,dan nana (yg sama gan anak ma yg sulung )selamat memulakan kerjaya masing2,berkat kehidupan apabila kita sentiasa menghargai kedua org tua kita..TAHNIAH!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Ma,
      Terima kasih kr sudi singgah di blog saya yg tak seberapa ini. Kini kita melalui fasa seterusnya dalam kehidupan apabila anak anak mula memasuki alam pekerjaan. Ohh kita ni statemate ya. Apo khabar ore kampung?

      Padam
  9. As-Salam. I was trying to look for the recipe puding raja and found auntie's blog. Baca2 blog auntie terjumpa entry ni. Ur daughter hampir sama dgn saya. hahaha. It's kinda i dun knw. funny kot to know that ther's someone else happened to have this bizarre situation. I was like ur daughter b4. myb i was 4@5 yo. like 18-17 years ago la. Main bunga api and tak perasan dress dah kena sambar api. Almost got burn. Rambut pun dah terbakar sikit. Nasib baik dress zmn tu kain dia jenis cotton tebal. (and my mak still kept it nak tunjuk kat cucu dia). And veryyyy much likely my ayah realise that. melecur tangan dia nak padamkn api tu. my sis baca entry ni and she said that me and ur daughter have lots of things in common :D i dun knw. but our hair? mayb sama :) anyway nice to know u auntie :D and nice blog. keep it up (^_^)

    As-Salam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, so glad to know that you have similar incident with my doter. Alhamdulillah kerana masih diberi keselamatan. Saya sendiri pernah mengalami incident yg sama semasa kecil apabila api pelita membakar tilam sedang saya pulak seolah mengigau. Syukur kerana Allah telah menyelamatkan saya.

      Padam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam