Red Velvet Cupcakes: Repeat Order Dari Jun
Hari ini juga saya menerima tempahan ulangan dari rakan sepejabat, Jun yang meminta dibuat Red Velvet Cupcake, jadi boleh dibuat makan makan pada hari Sabtu dan hari minggu. Sebelum itu, saya sempat bertanyakan feedback beliau berkenaan Red Velvet cupcake yang ditempah hari Jumaat lepas. Sambil mengangkat ibu jari, beliau mengatakan sangat sedap. Sudah tentunya, feedback yang diberi sangat mengembirakan kami.
Untuk tempahan kali ini, kami masih menggunakan resepi yang sama, cuma resepi Cream Cheese frosting sahaja yang dicuba menggunakan resepi baru di SINI. Maklumlah kita kena banyak membuat percubaan sehingga bertemu dengan resepi yang benar benar menawan hati dan citarasa kita. Resepi frosting ini dikatakan yang terbaik dan sangat ngam dengan red velvet yang diambil dari Joy of Cooking cookbook. Penyediaannya juga sangat simple, tak perlu menunggu sehingga cream cheese lembut pada suhu bilik dan tidak perlu diputar sehingga masa masa tertentu.
Best Ever Cream Cheese Frosting
Sangat sedap dan saya sangat menyukai rasanya sehinggakan saya menjilat lebihan frosting di sudu sebelum membasuhnya. Resepinya saya ambil di SINI.
Bahan bahan:
8 oz cream cheese - sejuk (dari peti ais pun OK)
5 sudu besar butter - lembut (70.8 gm/2.5 oz)
2 sk vanilla extract
2 cawan gula ising - ayak
Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.
Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.
Simpan di dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari.
Catat Ulasan for "Red Velvet Cupcakes: Repeat Order Dari Jun"
Add your comment