Perfect Vanilla Cupcakes Tempahan
Sesungguhnya Allah lah yang memberi rezeki dengan adil kerana Allah Maha Adil. Adil di sini bukan bererti sama untuk semua orang tetapi memberi mengikut kelayakan masing masing. Siapa yang layak mengukur kelayakan seseorang? Bukan kita manusia tetapi hanya Allah yang menentukan kelayakan masing masing. Ini adalah peringatan untuk diri sendiri supaya tidak berkeluh kesah.
Jika kita tidak diberi sesuatu, pasti sekali kerana ianya bukan yang baik untuk kita dan kita akan diberikan dengan sesuatu yang lebih baik. Cuma apa yang perlu dilakukan adalah berusaha dan bertawakkal. Hanya ini yang saya ingin coretkan supaya saya lebih tenang menjalani hari hari mendatang. Perkara ini bukanlah perkara baru tetapi sebagai manusia yang lemah, kita perlu diperingatkan dari masa ke masa. Need to reinforce.
Kali ini di samping mendapat tempahan untuk Red Velvet Cupcake lagi, kami juga mendapat tempahan untuk Vanilla Butter Cupcake pula untuk majlis makan makan di pejabat. Walaupun saya telah menemui resepi Vanilla Butter Cake yang sangat sesuai dengan selera yang telah saya buat hari minggu lepas di SINI, namun ianya tidak menghentikan usaha saya untuk terus mencuba resepi Vanilla Butter Cake yang lain.
Untuk cupcake hari ini, saya memilih resepi Perfect Vanilla Cupcake berdasarkan feedback oleh lebih 500 orang yang rata rata memuji hasil cupcakenya. Resepi ini dikongsikan oleh blog Glorious Treats berdasarkan percubaan demi percubaan yang telah dibuat dalam usaha beliau mencari resepi Vanilla Butter Cupcake yang perfect.
Selain resepi di atas, saya juga mencuba resepi Crabapple Bakery Vanilla Cupcake yang juga resepi terhangat di seluruh dunia. Saya akan kongsikan resepinya di entri akan datang. Untuk Red Velvet pula, saya menggunakan resepi baru yang akan saya kongsikan juga di dalam entri akan datang supaya mudah untuk saya membuat rujukan di masa hadapan.
Kek Vanilla ini sangat gebu, fluffy dan moist. Seriously... to me it's a vanilla cupcake to die for. Permukaannya membukit dan nampak lapisan atas seperti agak kasar. Namun begitu, tekstur keknya sangat gebu dan moist. Saya dari dulu lagi memang menggemari kek kek tradisional seperti butter cake, vanilla cake dan marble cake. Masa tu, frosting pun tak suka sangat.

Untuk frosting Vanilla Butter Cupcakes kali ini, kami menggunakan Classic Butter Cream frosting yang telah dibuat sebelum ini. Tapi kalau hendak melihat resepi Cream cheese frosting yang dicadangkan oleh Glorious Treats, saya sertakan juga resepinya di bawah.
Saya harap Zatul dan kawan kawan berpuashati dengan kek kek yang kami hasilkan dan maafkan atas segala kekurangan yang ada. Jom layan mata dengan gambar gambar yang sempat diambil.

Perfect Vanilla Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ¼ cawan tepung kek
1 ¼ sudu kecil baking powder
½ sudu kecil baking soda
½ sudu kecil garam
2 biji telur telur
¾ cawan gula kaster
1 ½ sudu kecil pure vanilla extract
½ cawan minyak (vegetable, canola or extra light olive oil)
½ cawan buttermilk (atau ½ cawan susu campur ½ sudu kecil cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C.
Di dalam mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, baking powder, baking soda dan garam. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dengan menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi hingga sebati.
Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dari susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati. Adunan agak cair. Tuang ke dalam kertas acuan muffin sebanyak ⅔ penuh. Bakar selama 15-18 minit.
Sejukkan di dalam acuan dalam 1-2 minit sebelum dikeluarkan dari acuan dan disejukkan sepenuhnya atas wire rack.
Bolehlah diletakkan frosting seperti Vanilla Cream Cheese
Nota;

Boleh juga dibakar sebagai kek untuk loyang 6 inci atau gandakan adunan untuk loyang bersaiz 8 atau 9 inci.
Vanilla Cream Cheese Frosting
Bahan bahan:
4 oz butter (suhu bilik dalam 10 minit tapi masih sejuk)
8 oz cream cheese (dari peti sejuk)
1 sudu kecil pure vanilla extract
4 cawan powdered confectioners sugar
1-4 sudu besar heavy cream/heavy whipping cream/susu
Cara cara:
Cara cara:
Masukkan butter di dalam mangkuk dan putar sekejap. Masukkan cream cheese dan putar sehingga sebati selama 30 saat.
Masukkan vanilla extract dan gula dan putar dengan kelajuan perlahan, dan naikkan kelajuan sederhana sehingga ianya menjadi kembang gebu.
Masukkan heavy cream sedikit demi sedikit sehingga mencapai konsistensi yang diingini dalam 1 minit. Jangan letak banyak jika mahukan frosting kekal selepas di pipe atas cupcake.
Boleh terus digunakan atau disimpan di dalam peti sejuk untuk selama beberapa hari dan perlu diputar semula sebelum digunakan.
Nota:

Untuk Chocolate Frosting, tambahkan ½ cawan unsweetened cocoa ke dalam adunan sebelum dimasukkan gula supaya ianya menjadi sebati dengan butter dan cream cheese.
makin cun kek akak..mungkin lps ni akak cuba pulak buat buttercream yg bercampur cream well sbb akan kekal lama di luar suhu bilik akak...all the best kak
BalasPadamOhh kami belum pernah lagi cuba frosting menggunakan krim well
Padammakin cun..lps ni kena buat buttercream mengunakkan krimwell pulak..pasti cun
BalasPadamInsya Allah
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamSalam kak azie,
BalasPadamKalo nak guna susu instead of buttermilk, susu apa tu yea? sorry saya beginner in baking ni..huhuhu. TQ
May, Silent reader
Boleh guna fresh milk
Padamcumel2 cup cake...cantek2 picnya..
BalasPadamHabis modal nk shoot gambar sb props mmg tak ada.
PadamAzie, Adunan ini bole dpt berapa biji cupcake?
BalasPadamSaya guna cup besar, jd dpt 11 biji jer
PadamAs salam Kak Azie,
BalasPadamKalau tak guna tepung kek,boleh digantikan dengan tepung gandum tak?
Terima kasih.
Boleh juga tapi saya belajar dari sahabat saya, Shiela dari Spices Journey utk membuat sendiri tepung kek adalah dg memasukkan 2 sudu besar tapun jagung bagi setiap cawan. Selebihnya dimasukkan tepung gandum
Padam2 sudu besar bagi setiap cawan? kalau guna cup kecik2 yang besar syiling 20sen tu agak-agak berapa sudu ye?
PadamApa kata buat satu cawan, gaul rata dan lepas tu, bau ambil jumlah yang diperlukan.
PadamAs salam,
BalasPadamAkak, base on pengalaman akak..resepi cheese frosting yang mana yang paling meletopp..
Thanks
Salam kak azie... bole tah adunan ni ditelak coloring to make a rainbow cupcake? Will it change the texture?
BalasPadamAssalam sis,berape anggaran kos utk adunan nie ye..
BalasPadamSerius menanti jawapan..keep smile
Maaf saya tak pasti. Boleh tengok harga barang dan kirakan kosnya
Padamsalam kak azie
BalasPadamyg confectioners sugr tu gula caster bole? 4 cawan gula ke? rasa cm manis sgt plak
Ada resepi utk cupcake coklat yg simple x? Blh kongsikan?
BalasPadamBoleh guna self raising flour instead of tepung kek?
BalasPadam