Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Moist Carrot Cupcake Yang Sangat Sedap


Moist Carrot Cupcake Yang Sangat Sedap

Bila stress, saya akan makan, makan dan makan. Sejak akhir akhir ini, saya memang stress dengan mereka yang kekonon mempunyai kuasa tetapi tidak menjalankan tugas yang diamanahkan. Kesian pun ada dengan orang seperti ini. Bayangkan kalau ada masa 5 atau 6 tahun lagi untuk berkuasa, berbaloi kah dengan masa yang sependek itu untuk meninggalkan nama yang dikenang dengan ketidakadilannya. 

Saya sendiri bila bertemu dengan orang sebegini yang tidak lagi berkuasa, tidak sudi mahu menegur. Inilah yang dikatakan, bila kita dihormati kerana masih mempunyai kuasa dan kedudukan tetapi selepas itu, nama kita disumpah. 

Jadi harap orang sebegini sedar akan hakikat dan kebenaran. Adakah boleh memerintahkan orang berbuat itu dan ini sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain. Bak kata Ustaz Iqbal, Allah benci manusia yang mempunyai sikap sombong. Orang yang sombong adalah orang yang menolak kebenaran dan merendahkan orang lain. 


Moist Carrot Cupcake Yang Sangat Sedap

Saya ingin menanamkan keyakinan, yakin dengan seyakin yakinnya bahwa dunia yang penuh dusta ini adalah sementara. Untuk menguatkan keinsafan, saya mengingatkan kepada orang orang yang disayangi yang kini tiada lagi di sisi. Arwah ayah yang saya panggil Chek, abang sulung, abang ipar dan emak emak saudara yang telah kembali ke rahmatullah. 

Tentunya satu hari nanti, kita juga akan mengikuti jejak mereka. Saya ingin mengingatkan diri saya bahawa mereka, mereka dan mereka dijadikan dengan penuh kelemahan, adalah semata mata sebagai ujian kepada diri saya. 

Kenapa saya mesti bersedih, kenapa saya mesti lemah menghadapi ujian ini. Sedangkan tiada manusia yang boleh memberi mudarat kepada saya dengan tanpa izin Allah. Semoga Allah melindungi saya dari mereka dan mereka semua. Saya memohon hanya pada Allah kerana Dialah yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani. 

OK kita tinggalkan dulu cerita hati saya dan sekarang kita bercerita berkenaan dengan masakan pula. Disebabkan stress, saya makan menambah nambah di kebelakangan ini dan asyik teringat pelbagai makanan. Telah beberapa hari saya asyik teringat Vanilla Butter Cupcake yang sangat fluffy dan moist di SINI

Hajat hati nak membuat Vanilla Butter Cupcake sekali lagi untuk dimakan makan di hari minggu. Tetapi entah kenapa tiba tiba hati berubah dari Vanilla ke Moist Carrot Cupcake yang sangat moist. Karot adalah sayur yang boleh dikira baru dalam hidup saya kerana masa kecil, memang tak pernah makan pun karot ni. 

Tak pernah pun melihat karot kerana karot ni dikira sayur bandar, sedang saya hanya anak kampung. Saya juga tak menyukai rasanya walaupun tahu khasiatnya. Jadi sekarang kekonon nak mengimbangi antara rasanya dan khasiatnya, jadi saya akan memesan kek karot apabila makan di kedai Secret Recipe. Bukan kerana saya sukakan karot tetapi kerana saya mahu menikmati khasiat karot yang sangat baik antaranya ialah untuk penglihatan dsb.

Terdapat banyak versi resepi carrot cake, ada yang meletakkan raisin, walnut, kepingan kelapa, nenas dsb. Tapi saya sebenarnya kurang menggemari walnut dan raisin. Jadi saya tidak meletakkan walnut dan di masa depan saya ingin meletakkan sedikit nenas dalam tin. Sebelum ini telah 2 kali, kami menyediakan Kek Karot yang sedap, namun saya masih mencari dan  ingin mencuba resepi yang baru. 

Untuk resepi kali ini, saya menggunakan resepi di SINI. Sememangnya kek ini sangat sedap, gebu dan fluffy. Pagi ini  dapur saya semerbak dengan bauan kek semasa sedang dibakar di dalam oven. Kebiasaannya selepas beberapa jam, kek akan menjadi lebih moist. Jika dimakan bersama dengan Cream Cheese frosting, tersangatlah ngamnya. Secukup rasa manisnya giteww. Jom layan resepi dulu....

Moist Carrot Cupcake Yang Sangat Sedap

Moist Carrot Cupcake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 Ib carrots - parut
1 cawan walnut - cincang (saya tak letak)
3 biji telur gred A - (guna 4 telur B)
½ cawan buttermilk (atau 1 sudu kecil jus lemon + susu)
1 sudu kecil pure vanilla extract
2 cawan gula 
1 cawan minyak sayuran
1 sudu besar parutan kulit oren
3 cawan all purpose flour
1 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk buah pelaga 
1 sudu kecil serbuk kayu manis

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Panggang walnut dalam oven selama 5 minit dan keluarkan dari oven. Sejukkan dan ketepikan. Bersihkan carrot, buang kulit kasar dan parut.

Satukan carrot, buttermilk, minyak, gula, telur, vanilla extract dan parutan kulit orange di dalam mangkuk dan kacau sebati.

Di dalam mangkuk lain, satu dan ayakkan tepung, baking soda, baking powder, garam, serbuk buah pelaga dan serbuk kayu manis.

Masukkan tepung ke dalam adunan dan kacau sebati. Jangan terlebih kacau. Masukkan walnut dan gaul sebati secara kaup balik.

Tuangkan ke dalam cawan kertas dalam ½ ke ¾ penuh selama 18-20 minit atau sehingga masak. Rotate loyang selepas 15 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan di dalam loyang selama 5 minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.


Cream Cheese Frosting

1 cawan/8 oz unsalted butter - lembut
16 oz Philadelphia cream cheese
½ cawan gula ising

Putar cream cheese dan butter dengan menggunakan kelajuan sederhana sehingga sebati. 

Ayak gula ising dan kacau sebati. Sedia untuk digunakan.

Moist Carrot Cupcake Yang Sangat Sedap

Moist Carrot Cupcake Yang Sangat Sedap

Moist Carrot Cupcake Yang Sangat Sedap



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

28 ulasan for "Moist Carrot Cupcake Yang Sangat Sedap"

  1. Sedapnya carrot cake...Rahel pun suka..lagi lagi kalau guna topping cream cheese...wallaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah kita. Saya suka sebabkan khasiatnya

      Padam
  2. Assalamualaikum Kak Azie,

    Terima kasih kerana saya sudah mencuba banyak resepi2 akak dah semuanya menjadi dan sedap2 belaka. Rumah saya juga telah siap dan kami telah berpindah hampir sebulan. Nanti saya akan share dengan akak ye. Jangan lupa add saya pd blog akak ye.Saya baru nak belajar2 bermain dengan blog ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. You boleh klik join this site to follow my blog

      Padam
  3. nak try la resepi ni...
    nampk kek caroot tu moist sangat...
    agaknya sbb ada buttermilk kot..he3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, penggunaan buttermilk menjadikan kek lebih moist

      Padam
  4. cantik kejadiannya...next time boleh try resepi yg ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rohah, dah cuba, boleh share hasilnya ya. Utk makluman kawan kawan yg lain juga

      Padam
  5. MENARI KAK ZIE..KAROT KEK KEGEMARAN NIKEE..YG PASTI GUNAKAN BROWN SUGAR ADALAH BAIK DR GULA PUTIH KEK PUN KURANG MANIS....KAK BOLE CUBA MASUKKAN LEMON JUS @ GRATED LEMON RINDS KE DLM ADUNAN PASTI LAGI BEST KAK!...ANYWAY I LOVE CUPCAKES

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ada resepi guna gula perang. Dalam resepi ini, ada diletakkan parutan oren juga

      Padam
  6. salam kak azie.. saya nak tanya kalau tak dak buttermilk, kak azie kata boleh guna lemon ngan susu.. susu tu nak letak berapa ml? tq kak azie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Masukkan jus lemon ke dalam cawan, kemudian tuang susu sehingga capai level satu cawan.

      Padam
  7. wahhh..thanks k.azie share resepi ni, sgt moist carrot cake ni,gulp telan liur ;-)..boleh buat time mertua dtg nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau suka boleh masukkan walnut dan sedikit nenas dalam tin. Nenas tu boleh menjadikan kek lagi moist

      Padam
    2. kak azie.. .nenas tu perlu racik2 dlu ke

      Padam
    3. nenas tu perlu potong dlu ke

      Padam
  8. salam, saya baru nk mencuba2 utk buat cupcke..maaf tya sya xpaham sgt kata singkatan dlm bdng masakan ni..hehe.."sk" tu =? dan 1000's=? harap blh bg tunjuk ajar=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Sk sudu kecil dan sb sudu besar. 1000s tu nama produk. Blh dpti di Bakery Shops

      Padam
  9. Salam kak, boleh x kalo nak kukus

    BalasPadam
  10. Salam Kak Azie. Cake ni sangat sedap dan moist. Lebih sedap and moist kalau simpan sehari =) Terima kasih ye atas resepi.

    BalasPadam
  11. Salam kak azie..sukatan ni untuk brapa biji cupcake blh dpt

    BalasPadam
  12. Salam kak azie,
    Yang topping cream cheese tu cukup manis ke atau pun sekadar masam manis je? Terima kasih kak azie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Kalau saya, secukup sedap jer. Boleh masukkan gula sedikit sedikit dulu dan rasa dulu

      Padam
  13. Salam kak Azie,
    Resepi ni boleh dapat dalam 24 biji cupcake saiz medium tak?

    BalasPadam
  14. Assalammualaikum kak azie,alhamdulillah saya dah cuba resepi kak azi keep di sini. namun saya tak menggunkan cup,1 adunan ni saya bagi 2 loyang, bakar dalam 40 minit suhu 175°c ,cantik kejadiannya.

    BalasPadam