Gulai Nasi Berlauk Kelantan
Saya belajar resepi ini dari Kak Yah, kawan senegeri yang dikenali semasa ke surau Ad Dhuha. Baru baru ini, saya telah menggunakan resepi ini juga tetapi untuk menyediakan Gulai Telur Masin yang diletakkan sekali belimbing buluh.
Gulai ini sedap dimakan dengan sambal yang dipanggil oleh orang Kelantan sebagai sambal lada di mana, ianya menggunakan cili kering dan ada juga yang menggunakan cili padi atau dipanggil lada cengek.
Bagi melengkapkan hidangan lauk nasi berlauk, saya masukkan sekali ikan kering yang dicelur seketika dengan gula dan juga timun di samping belimbing buluh. Kalau tak ada belimbing buluh, bolehlah digunakan asam keping.
Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan
Bahan bahan:
3-4 ekor ikan kembung rebus
6-7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
4 hirisan lengkuas
Sedikit cili kisar - tak mahu letak pun, tak apa
Garam
Sedikit gula/ajino moto
1 keping asam keping
Santan
Cili hidup -cili solok, lagi sedap
Timun dan kacang panjang
Ikan kering - jika suka
Cara cara:
Ikan direbus dengan garam dan 8-10 keping asam keping. Kalau dibiarkan semalaman, lagi sedap dan mesra. Jika suka, celurkan ikan kering dengan merebus air hingga mendidih, masukkan sedikit gula dan celur ikan kering seketika. Angkat dan tos.
Kisar bawang merah, putih, kunyit dan lengkuas. Masukkan bahan kisar ke dalam santan. Masak atas api perlahan sambil terus dikacau sehingga menggelegak. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.
Akhir sekali masukkan ikan rebus, cili hidup, timun dan kacang panjang. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Hidangkan dengan nasi putih serta sambal belacan.
Huhu rindu nyer nak makan nasi berlauk bila tengok gambar ni.
BalasPadamIni pun sebab rindu, saya memasak lauk Kelantan
PadamPakai ikan ape ni? Selar ko selaye?
BalasPadamSedap guna ikan selar kuning atau kembung
PadamBerehhh trimo kasih kak dap ohhhh
BalasPadamThanks Azie, resepi U semua sesedap rasa dan seindah gambarnya ♥♥♥
BalasPadamSalam K. Azie. Mcm mana nk buat sambal lada nasi berlauk?
BalasPadamAssalam kak azie.. Ryn rs klu kita guna ikan tongkol @ aya lg sdp..
PadamYa ikan tongkol lebih popular tetapi sekali sekala ingin menikmati ikan lain sebagai mengimbau zaman kanak kanak di kampung. Ikan kembung dan ikan selar kuning juga diguna utk lauk nasi berlauk.
PadamBr je masak ike ayo mkn esk nasi berlauk heheh
BalasPadamDah lama mencari resepi nasi berlauk... alhamdulillah akhirnya jumpa dlm page ni...
BalasPadam