Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Banana Crumb Muffins


Banana Crumb Muffins

Saya memang beruntung kerana mempunyai sahabat sahabat yang mendekatkan diri saya kepada tuntutan agama. Mereka lah yang menggalakkan saya untuk membaca buku buku agama, menghadiri majlis ilmu dan saling berkongsi ilmu. Tidak dinafikan saya biasanya akan terganggu bila melihat kematian atau orang sakit. 

Saya sendiri walaupun telah bertahun tahun masih teringatkan peristiwa dan saat arwah ayah menghembuskan nafas terakhir dan segalanya masih segar di ingatan sehingga ke saat ini. Itu sebab kita digalakkan menziarah jika ada kematian atau melawat orang orang sakit. 

Keadaan mereka sebenarnya memberi kesedaran kepada kita. Betapa orang sihat tiba tiba diberi kesakitan dan ada yang terus diambil nyawa dari badan. Lebih menginsafkan apabila mendengar kawan kawan bercerita pengalaman mereka berada semasa saudara terdekat saat menghadapi sarakatulmaut. 


Banana Crumb Muffins

Ada orang yang sensitif bila bercakap bab bab seperti ini walaupun kita tidak seharusnya begitu. Di saat akhir hayat, cuba elakkan melakukan dosa yang terang dan nyata. Ini adalah peringatan untuk diri sendiri juga kerana kematian itu adalah sesuatu yang pasti. Kita perlu membuat persediaan untuk 5 perkara sebelum datang 5 perkara. 

Jika kita tidak mengingati Allah di kala sihat, apakah kita akan lebih mengingati Allah di kala sakit. Apalagi di kala sakaratulmaut? Orang sakit tidak akan mengingati kematian sebaliknya mereka berharap akan kembali pulih.  Membaca tajuk ini dalam majalah SOLUSI terbaru sangat menginsafkan. Jadi  kita harus membuat persediaan supaya amalan kita akan membantu di saat yang sangat kritikal itu. Kita tinggalkan dulu berkenaan perkara itu dan kalau mahu membaca lebih lanjut, dapatkan majalah SOLUSI terkini yang sedang berada di pasaran. 

Balik dari pejabat, saya melihat ada seperti cupcake di atas meja dan Nana memberitahu yang dia membuat muffin untuk di makan semasa berbuka puasa. Hmm memang anak anak sekarang menyukai makanan dan kuih muih yang lain dari kebiasaan. Saya berkata begitu kerana apabila saya menyediakan cupcake biasa seperti Vanilla Butter atau Red Velvet, mereka tak berapa menggemarinya. 

Untuk dimasukkan ke dalam blog, saya terpaksa menyalin resepi dari buku resepi Nana. Mungkin Nana biasa membuatnya semasa di Egypt melihatkan catatan di resepi ini. Jom tengok resepi di bawah yang telah saya terjemahkan....


Banana Crumb Muffins

Banana Crumb Muffin

Bahan bahan:
½ cawan all purpose flour
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil garam
3 biji pisang - lenyek
½ cawan gula
1 biji telur - pukul ringan
 cawan mentega - cair (atau guna canola oil)
1 sudu kecil esen vanila
¾ sudu kecil serbuk kayu manis

Bahan crumb:
2 sudu besar all purpose flour
¼ cawan gula perang
¼ sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu besar butter  

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 190C. Satukan tepung, baking soda, baking powder dan garam. Ketepikan.

Di dalam mangkuk lain, satukan pisang, serbuk kayu manis, telur, butter cair dan vanilla. Kacau dan gaul sebati. 

Masukkan bahan tepung ke dalam adunan pisang dan kacau sebati. Masukkan ke dalam cawan muffin. 

Di dalam mangkuk kecil, satukan bahan bahan  crumb dan ditaburkan di atas muffin. Bakar selama 18-20 minit atau sehingga masak.


Banana Crumb Muffins


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Banana Crumb Muffins"

  1. Senang je rupanya resepinya....tp nak mencubanya ntah bila la....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kadang kadang yang mudah pun, susah nak membuatnya. Lagi pulak, macam macam yg nak dibuat

      Padam
  2. ni mmg feveret nikee kak zie!membaca hal kematian yg akak tulis mmg betulkan....sukar utk menerima kenyataan dan hidup pasti lwnnya mati..tentu akak terbaca kisah teman nikee baru kematian suami baru-baru in,demi allah wajah arwah suami nikee tu terbyg di wajah..selepas solat nikee sedekah alfatihah !sukar mengenangkan nasib teman tu..apatah lagi bb baru lahir masih lum tahu apa-apa..bagaimanalah agaknya bahagian nikee nanti..wa allahuallam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Semua tu pengajaran utk org yg masih hidup spt bacaan talkin juga.

      Padam
  3. dah lama nak buatmuffin crumble macam ni,resepi pun ntah kat mana perginya.mesti ada rasa cruncykan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh saya tak pernah pun tahu berkenaan muffin ini sehingga Nana membuatnya

      Padam
  4. Kita selalu ingat kematian tpi persediaan ke arah itu yg kurang...moga Dia sentiasa tetapkn iman kita hingga akhir hayat n kita mati dgn myebut Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. termasuk diri saya sendiri. Itu sb perlu kwn kwn yg boleh selalu mengingatkan

      Padam
  5. Assalam kak, saya dah cuba resepi ni, sgt gebu dan sedap..terima kasih akak, saya xpandai masak,tp suka mencuba =), thanx akak, semoga murah rezeki akak sekeluarga, amin

    BalasPadam
  6. sangat sedap resepi puan azie.tlg halal kan saya dah try tkasih banyak..semoga rezki puan mencurah curah.Aamin

    BalasPadam