Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Alhamdulillah Pageview Sudah Melepasi 1 Juta






Saya berhasrat untuk membuat entri khas apabila pageview di blog saya mencecah 1M. Tapi tanpa saya sedari ianya telah melepasi 1M di mana ianya telah mencatatkan 1,001,000++. Wah cepat juga tu. Terima kasih follower, silent readers yang menyokong dan memberi semangat untuk saya turut sama memeriahkan dunia blogging. Saya pun sebenarnya tidak menyangka akan menjebakkan diri dalam dunia blogging apatah lagi blog masakan. Ini adalah kerana saya memang terkenal di kalangan kawan kawan rapat sebagai seorang yang tidak suka ke dapur walaupun mempunyai minat membuat kek dan biskut sejak dulu lagi. Yang pastinya, saya mempunyai minat mengambil gambar walaupun gambar yang diambik biasa dan tak cantik pun.

Pada mulanya, saya tak tahu sangat peraturan blogging ni. Apalagi berkenaan dengan sharing resepi, etika mengambil gambar dari blog lain dsb. Saya memang suka copy gambar masakan dari internet kerana suka melihat gambar gambar masakan yang cantik. Selama ini tidak pula saya ketahui kalau ianya salah dari segi etika blogging kerana pada saya bila you dah letak gambar dalam internet, maknanya you memang nak share. Itulah jahilnya saya semasa mula mula membuat blog sendiri. Banyak lagi yang saya tak sempat pelajari termasuklah blog walking ke apa ke term nya, apalagi iklan nuffnang. Kepada kawan kawan blogger, jangan kecik hati kalau saya tidak membuat kunjungan balas kerana kerana saya akan cuba singgah. Maklumlah sejak memulakan tugas di tahun baru ni, terasa betul sibuknya. 

Sejak penghujung tahun 2012, blog Azie Kitchen mula menerima tempahan kek dan kuih muih. Alhamdulillah atas kurniaanNya kerana di samping mencari pendapatan sampingan untuk anak anak tetapi juga untuk mengasah bakat. Bak omputih kata bila practice makes perfect. Terima kasih kepada sahabat yang memberi kepercayaan kepada kami yang baru mula bertatih ini. Sesungguhnya sokongan anda semua, amatlah dihargai. Ramai yang bertanya bagaimana untuk menghubungi kami jika ingin membuat tempahan. Hmm bolehlah hubungi azieshoppe@hotmail.com


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

19 ulasan for "Alhamdulillah Pageview Sudah Melepasi 1 Juta "

  1. tahnniah akak....alhamdulillah semoga akak di permudahkan..nikee ni lagilah menjual giant cookis di skul dh hampir setahun..kek tertentu atas permintaan..ni pun tahun baru kukis dlm proses cukup bulan ni...sama-samalah kita praktis dan be better....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nikee, saya gembira dg apa yg ditemui sekarang. Membuat sesuatu utk mengisi masa dari hanya melayan perasaan sahaja. Tahniah utk you juga.

      Padam
  2. suker sgt dtg kt umah K.Azie ni...gmbar semua cntik2..resepi semua best2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas sokongan, buat Adda dan sahabat yg lain juga

      Padam
  3. Salam Azie, Tahniah telah menjadi millionaire with the hits.

    BalasPadam
  4. Salam Kak Azie. Tahniah! teruskan usaha :)

    BalasPadam
  5. Dah lepas satu juta? wah..tahniah kak... ^_^

    BalasPadam
  6. This is very interesting, You are a very skilled blogger.
    I have joined your rss feed and look forward to seeking more of your fantastic post.
    Also, I've shared your website in my social networks!
    Stop by my webpage ... jual lingerie online

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you. Insya Allah, will visit your webpage

      Padam
  7. Tahniah kak..buat saya lg bersemangat dalam arena bolgging ni..hehe..i follow

    BalasPadam
  8. Tahniah Azie, krn mbaca blog azie sy mula minat buat kek, ank2 pn tak sngka sy kini mampu membuat kek, donut n kuih cucuq yg mudah...tpi utk buat blog tu tak mgkin krn kekangan msa..pe2 pn muga Azie sukses n kreatif slalu

    BalasPadam
  9. ucapan tahniah dari saya.

    BalasPadam