Tempahan Cupcakes Dan Kuih Muih Untuk Majlis Hi Tea
Hati gembira bukan kepalang bila menerima email dari Aini yang meminta saya menyediakan hidangan hi tea untuk staf di pejabat beliau seramai 100 orang. Aduuh mana saya boleh menyediakan makanan untuk hi tea kerana kami tidak punya peralatan menghidang dsb.
Jadi saya membuat cadangan kepada Aini supaya mengambil caterer yang selalu menyediakan makanan untuk majlis majlis di rumah kami. Saya tolong mencadangkan menu dan menawarkan harga. Apa yang memeranjatkan ialah bila menu yang saya pilih adalah juga menu yang memang dimahukan oleh Aini. Saya cuma mengambil tempahan menyediakan kuih muih dan lain lain makanan disediakan oleh caterer.
Aini hanya meminta disediakan sardin puff dan kuih muih lain adalah atas cadangan saya sendiri. Apa yang saya syorkan ialah Moist Chocolate Cupcake dan Puding Roti Pandan Kukus. Setelah membelek blog saya, Aini meminta disediakan juga Red Velvet Cupcake.
Terima kasih Aini atas kepercayaan yang diberi. Harap Aini berpuashati dan maaf atas segala kekurangan yang ada.
Terima kasih Aini atas kepercayaan yang diberi. Harap Aini berpuashati dan maaf atas segala kekurangan yang ada.
Untuk hidangan hari ini, saya menggunakan resepi Moist Ever Chocolate Cake di SINI dan resepi Red Velvet Cupcake di SINI. Kedua duanya adalah tested recipes yang saya memang puashati terhadap hasil dan kejadiannya.
Frosting masih menggunakan Classic Vanilla Buttercream untuk Chocolate Cupcake di SINI dan The Best Cream Cheese yang sangat sedap untuk Red Velvet Cupcake seperti berikut:
The Best Ever Cream Cheese Frosting
Bahan bahan:
8 oz (226gram) Cream Cheese - lembut
1 ½ sudu kecil Vanilla extract
4 oz (½ cawan) butter - lembut
3 ½ cawan gula icing - ayak (atau lebih)
Putar cream cheese, vanila dan butter sehingga berkrim dan kembang. Masukkan gula icing yang telah diayak sebanyak 1 cawan dalam satu masa dan kacau sebati.
Nota:
Untuk 24 cupcakes atau kek saiz 8 inci.
Adunan di atas untuk konsistensi sederhana. Untuk decorate, tambah gula icing ½ cawan dalam satu masa sehingga mencapai konsistensi diingini. Untuk konsistensi lebih lembut, masukkan ½ cawan kurang dari jumlah gula icing.
Untuk chocolate cream cheese, ayak ¼ cawan serbuk koko ke dalam gula icing sebelum memasukkannya ke dalam adunan cream cheese.
Untuk frosting berperisa, gantikan vanilla extract dengan perisa yang disukai.

bisnes makin kencang ni..nikee buat kek atas tempahan sahabat rapat sahaja...tak pernah snap foto pun....
BalasPadamNikee, alaa snap gambar ni utk suka suka menghiburkan hati. Boleh dibelek belek bila tak ada nak dibuat apa apa.
Padamsemuanya nampak sedap sgt
BalasPadamAlhamdulillah gembira kerana maklumbalas dari Aini sangat sangat positif.
Padamakak..kalo vanilla extract ganti dgn vanilla essence boleh x? sukatan die mcm mana pulak?tq
BalasPadamBoleh juga tapi vanilla extract tu lagi pure vanilla. Guna sukatan yg sama jer
Padam