Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Telur Ikan Goreng Garam Kunyit

Azie 23/12/2012 2 ulasan


Telur Ikan Goreng Garam Kunyit


Saya memang suka sangat makan telur ikan. Kalau ikan yang ada telur, mesti saya yang akan mengorek telurnya. Hubby pun dah tahu kesukaan saya ini. Jadi kalau ikan ada telur, dia dengan sendiri akan memberinya pada saya. 

Saya sebenarnya dah lama teringin nak memakan telur ikan mayong tetapi bukan senang nak berkebetulan dengannya. Sedap kalau dimasak lemak dan diletak daun kunyit. Waah sedap gitew. Hari ke Pasar Taman Tun, saya membeli 4 ketul telur ikan tenggiri dengan harga RM9. Melihat telur ikan yang memang fresh dan berwarna kemerahan cantik, memang membuatkan saya tak sabarnuntuk memasaknya. 

Oleh kerana telurnya hanya sedikit, jadi saya hanya melumur dengan garam kunyit dan digoreng sahaja. Selepas agak masak, saya masukkan bawang besar kuning yang dihiris dan juga lada solok yang dibawa kakak saya dari Kelantan. Aduhaaai memang sedap sangat telur ikan ini dan masih terasa kemanisannya... Syukur ke hadrat Illahi kerana memberi rezeki pada hambaMu ini....



Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan

  1. Masakan yg simple tpi menjilat jari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Bonda saya pun sangat berselera makan kerana ada rasa masin katanya. Maklum, deria orang tua, dah lain. Masakan saya dikatakan kurang masin padanya

      Padam

Catat Ulasan