Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Moist Chocolate Cake Buat Cik Su







Kek Coklat yang sangat sedap dan sangat moist ini disediakan untuk Cik gu Hasliza, adik bongsu saya dan anak anak yang sangat menggemari. Setakat ini, resepi ini adalah antara resepi Kek Coklat yang terbaik. 

Boleh rujuk resepi di SINI dan juga di SINI. Saya tidak bercadang untuk bercerita pasal resepi kek dan sebagainya. Cuma di sini, saya ingin kongsikan resepi topping yang disediakan sendiri oleh Cik Su. 

Menurutnya, resepi ini dipelajari dari kakak ipar beliau. Memang sedap topping yang disediakan. Untuk rujukan, saya tuliskan di bawah bahan bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya. Jom layaannn...



Chocolate Frosting

Bahan bahan:
½ tin susu pekat manis - 250 gram
5 sudu besar milo
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar minyak
1 sudu kecil nescafe (opsyenal)

Satukan kesemua bahan di atas dan kacau di atas dapur dengan menggunakan api yang perlahan sehingga mencapai kepekatanyang disukai.

Jika terlebih pekat, bolehlah ditambahkan sedikit susu cair. Angkat dan tuangkan ke atas kek coklat yang telah disejukkan.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Moist Chocolate Cake Buat Cik Su"