Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Chocolate Chips Cookies


Chocolate Chips Cookies


Entah kenapa bangun pagi ni, pinggang dan paha saya terasa sengal sangat. Mungkinkah sebab terlewat mengambil painkiller apabila saya tertidur selepas solat subuh tadi. Selepas bersarapan dan mengambil ubat, saya hanya berbaring baring di hadapan TV sambil menonton filem "Istanbul Aku Datang". Seronok melihat lakonan Lisa Surihani yang sangat bersahaja dengan pakaian yang berwarna warni. Memang dari dulu, saya meminati Lisa yang sangat sweet walaupun mempunyai muka yang bulat. Pemandangan indah di Istanbul menyebabkan saya menanam hasrat untuk bercuti ke Istanbul satu hri nanti. Kalau sebelum ini, Istanbul memang tak pernah ada dalam senarai tempat yang ingin saya kunjungi pun. Haaa tengok macam mana filem boleh menarik minat orang pada sesuatu tempat. Maknanya strategi terbaik untuk mempromosi pelancungan sesebuah negara adalah juga melalui filem.


Chocolate Chips Cookies


Juita memberitahu yang dia ingin membuat chocolate cookies untuk dibuat percubaan sebelum menyediakannya untuk candy buffet. Nasib baik ada Juita yang rajin mencuba resepi baru kerana kalau harapkan saya, nampak gaya Azie Kitchen tak adalah entri baru untuk beberapa ketika ini. At least boleh juga buat mengunyah di depan TV. Petang ini kena ke hospital lagi untuk menjalani sessi physio lagi. Saya sangat berharap supaya diberi peluang kedua  untuk menjalani hidup yang normal seperti orang lain tanpa rasa sakit....



Berbalik pada cookies ini, memang sedap dan sangat rangup. Ini resepi yang Nana simpan dan pernah dibuat semasa beliau masih di Egypt. Katanya diambil dari blog omputih. Memang boleh dibuat lagi menggunakan resepi ini di masa masa hadapan. Sedar tak sedar, sekeping demi sekeping habis, alaa macam iklan tu "sekejap ada, sekejap tak ada".

OK jom kita tengok resepi dulu....

Chocolate Chips Cookies

Chocolate Chip Cookies
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 cawan butter - lembut
1 cawan gula putih
1 cawan gula perang
2 biji telur
2 sk vanilla extract
3 cawan all purpose flour
1 sk baking soda
2 sk air panas
1/2 sk garam
2 cawan chocolate chips

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 175C.

Putar butter dengan gula sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan diikuti dengan vanilla.

Bancuh baking soda dengan air panas dan masukkan garam.

Kemudian masukkan tepung dan chocolate chips. Gaul sebati.

Sudukan kecil kecil ke dalam acuan yang telah dispray. 
Bakar selama 10 minit.

Chocolate Chips Cookies

Chocolate Chips Cookies


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

18 ulasan for "Chocolate Chips Cookies"

  1. mcm rupa cookies kt subway.. nak kene cuba jugak ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dzana, rasa nya ala ala famos amos cookies sikit. Sedap

      Padam
  2. Assalam.. u seems manage to do it.. nice.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shiela, I managed the children in doing it.

      Padam
  3. hi,this recipes looks great,but any chane to transulate in englis,
    as i am a non malay,hop u can share with us./also may i know how much
    of flour n sugar u used in gram,

    thanks,,,singapoe---

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, I will translate for you. Check it out later, K

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Dear, you can check here at http://aziejaya.blogspot.com/2011/08/chocolate- chip-cookies.html for english version recipe

      Padam
  4. Hi Kakak,

    Although we have never met before, I am silent reader of your blog. Like to read all the entries about your family and recipes.

    Mengenai sakit pinggang, saya ada baca di internet, corset premium beautiful boleh mengurangkan sakit. Saya tak pernah cuba dan tak ada kawan or saudara yg pernah cuba corset premium beautiful. Kalau akak berminat, boleh google di internet mengenai corset ini.

    Saya harap sakit pinggang akak boleh sembuh.

    Regards,
    Sally

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Sally, thank you for being my blog follower. Your support is very much appreciated. I used to have the corset that was bought in order to minimise the back pain. Tapi itu mcm sementara sahaja. That is why I decided to get a treatment at the hospital. Mana tahu kalau ianya boleh memulihkan sedikit ketidakselesaan. Anyway,thank you for your concerns and suggestion

      Padam
  5. Hi Kakak,

    Glad to hear that you have tried the corset before. Hope the treatment at the hospital can make your condition better.

    Hope you have a good sunday.

    Regards,
    Sally

    BalasPadam
  6. Saya suka ikot resepi akak ni smue. Ni hari try puding roti pandan akak tp saya py tk menjadi lembeh sgt

    BalasPadam
  7. Sedaaapnye kak...bole try buat untk raye

    BalasPadam
  8. salam kakak, sy nk minta pendapat akak , mcm mana nk buat cookies supaya rangup dan thn lama pun still rangup.. sy dah buntu sgt.. xtahu kat mana silap nye.. adakah sebab butter yg sy guna ..sy guna buttercup , adakah sbb teknik ? sy pakai hand mixer , sy da kurangkan gula perang so tht dia akn jadi lebih rangup..tp msih kurang memuaskan...or sebab oven ? oven sy mmg pelik sikit , sy baru beli oven , tp even sy letak max 250celcius pun, tp senanye actual suhu dia 170 je bila sy measure pakai oven thermometer yg sy beli.. akk boleh kasi pencerahan ?

    BalasPadam
  9. Salam akk, gula perang untuk lebih rangup kan? I use soft bown suger. Boleh ke? Atau kena guna normal brown suger. Sll follow blog akk. Memang terbaik semua resepi. Bila buat semua puji. Thanks akak.
    * nura

    BalasPadam