Candy Buffet Yang Elegan
Idea untuk menyediakan Candy Buffet dibuat Nana, Nellisa, Juita dan Boy berbulan sebelum majlis di Villa Nur Qaseh. Kebetulan saya pernah mendengar berkenaan Candy Buffet ini dari Kak Rohana Yusoff semasa perkahwinan Bahijah. Namun saya difahamkan Candy Buffet mereka adalah untuk goodies bag di mana tetamu mengambil sendiri apa apa yang disukai dan memasukkan ke dalam paper bag yang disediakan sebagai door gift. Tetapi difahamkan dari Kak Ana yang masyarakat kita masih belum biasa dengan cara ini, jadi mereka masih malu malu dan segan segan untuk mengambilnya. Manakala candy buffet di rumah kami adalah lebih berupa dessert yang boleh diambil oleh tetamu dan diletakkan ke dalam pinggan yang disediakan.
Penyediaan candy buffet bermula dengan pencarian Candy Jar yang pelbagai bentuk dan saiz. Kami mencarinya di merata tempat termasuklah SSF, Ikea dan juga kedai kedai di Klang. Hajat nak ke Nilai 3 tak kesampaian apabila perjalanan balik dari Segamat telah terlewat dek hujan yang lebat sepanjang perjalanan. Akhirnya dapat juga pelbagai bentuk jar yang cantik dengan pertolongan sahabat kami, Latifah. Cantik sangat jar ini bila dihias dengan riben riben berwarna lilac dan silver bertepatan dengan warna tema majlis.
Antara cookies yang dihidangkan ialah coklat Ferero Rocher, Cookies Famous Amos, waffle, Moist Chocolate Cupcake dan Blueberries Cheese Tart. Ferero Rocher yang dihias cantik adalah antara tarikan utama di meja berkenaan. Seronok melihat tetamu yang juga seronok menikmati dessert melalui pengalaman baru. Apa apa pun sangat berpuashati kerana usaha anak anak sangat berhasil dan memenuhi apa yang mereka inginkan.
Sekarang dah macam trend dah kan kak kena ada candy buffet. Comel je ada coklat2 warnawarni:))
BalasPadamBudak budak mmg suka serbu la jawab dia..hihihi
Orang tua pun suka juga makan kudapan, terutama bila dihias cantik
PadamSalam kak Azie...kat mana kak Azie beli bekas cookies tu...dah lama saya cari tapi tak jumpa2 :)
BalasPadamBanyak tempat ada spt SSF, Ikea, kedai kedai biasa pun ada
PadamAzie, these are gorgeous! Imagine, a candy buffet, I'd like to experience that :)
BalasPadamMy doter prefers cookies which are not too sweet. So exciting as It gives new experience to most of us
Padam