Tempahan Red Velvet Cupcake Yang Pertama
Sungguh gembira bila mendapat mesej dari my SIL, Zatul yang menempah Red Velvet Cupcake dan beberapa kuih muih lain lagi. Kiranya ini adalah order pertama yang kami terima setelah hati mula terbuka untuk mencuba cuba mengambil tempahan kuih muih secara sambilan. Lebih lebih lagi, sekarang Nana masih bercuti sementara menunggu posting dan Juita pula masih bercuti sekolah. Bak kata Nana, dia ingin berehat puas puas setelah 6 tahun bertungkus lumus dengan pengajian sebelum memulakan tugas sebagai seorang Doktor.
Oleh kerana ini adalah tempahan yang pertama, maka tentunya saya terpaksa bertanya di sana sini bagi memastikan apa yang disediakan adalah terbaik dengan harga yang berpatutan sahaja. Lagi pulak, tujuan utama kami hanyalah ingin mengisi masa lapang. Kalau hanya untuk dibuat saja saja, masalahnya ialah tidak ada orang yang boleh menghabiskannya. Mohon maaf atas segala kekurangan, harap Zatul berpuashati dan jangan serik untuk menempah lagi. Untuk kuih muih lain yang ditempah Zatul, boleh lihat di SINI.
Untuk frostingnya pula, saya membuat banyak search di dalam internet kerana terlalu banyak versi. Saya cuba mencari versi terbaik berdasarkan maklumbalas mereka yang telah mencubanya. Resepi yang saya gunakan adalah di SINI. Dikatakan sebagai "The Best Cream Cheese Frosting You Will Ever Put In Your Mouth", sangat sangat membuat saya menjadi teruja untuk mencubanya sendiri. Entah kenapa semenjak dua menjak ni, saya asyik dok teringinkan kek yang disapu dengan frosting, sedangkan dulu dulu saya suka kek kosong jer. Pelik dengan selera kita yang berubah ubah ni.
Oleh kerana ini adalah tempahan yang pertama, maka tentunya saya terpaksa bertanya di sana sini bagi memastikan apa yang disediakan adalah terbaik dengan harga yang berpatutan sahaja. Lagi pulak, tujuan utama kami hanyalah ingin mengisi masa lapang. Kalau hanya untuk dibuat saja saja, masalahnya ialah tidak ada orang yang boleh menghabiskannya. Mohon maaf atas segala kekurangan, harap Zatul berpuashati dan jangan serik untuk menempah lagi. Untuk kuih muih lain yang ditempah Zatul, boleh lihat di SINI.
Untuk frostingnya pula, saya membuat banyak search di dalam internet kerana terlalu banyak versi. Saya cuba mencari versi terbaik berdasarkan maklumbalas mereka yang telah mencubanya. Resepi yang saya gunakan adalah di SINI. Dikatakan sebagai "The Best Cream Cheese Frosting You Will Ever Put In Your Mouth", sangat sangat membuat saya menjadi teruja untuk mencubanya sendiri. Entah kenapa semenjak dua menjak ni, saya asyik dok teringinkan kek yang disapu dengan frosting, sedangkan dulu dulu saya suka kek kosong jer. Pelik dengan selera kita yang berubah ubah ni.
Apa apa pun saya mengucapkan tahniah kepada Juita dan Nana kerana berjaya menyiapkan tempahan yang diterima dengan yang terbaik. Mereka sanggup bangun pukul 3.30 pagi untuk memastikan kuih yang disediakan adalah masih fresh from oven. Keluar sahaja dari oven, terus bertolak sambil menghantar saya ke pejabat terlebih dahulu. Walaupun melalui pelbagai rintangan yang menyebabkan urusan tidak dapat dilakukan mengikut perancangan asal, namun semuanya berjaya disediakan. Semuanya gara gara kereta yang saya dan Nana naiki mengalami kerosakan semasa dalam perjalanan balik dari pejabat petang semalam. Manusia hanya merancang namun Allah jua lah yang menentukannya. Tak mahu celoteh lagi, jom layan lah....
Red Velvet Cupcake
Oleh: Azie Kitchen
Menghasilkan: 24-30 cupcakes
Bahan A
3 1/2 cawan Superfine flour - ayak
Bahan B
170gm unsalted butter - lembut
2 cawan gula kaster
3 biji telur - saiz besar suhu bilik
Bahan C
4 sb red food colouring
3 sb high quality cocoa powder
1 1/2 sk vanilla essence
Bahan D
1 1/2 sk garam
1 1/2 cawan buttermilk
Bahan E
1 1/2 sk cider vinegar (guna regular vinegar)
1 1/2 sk baking soda
Cara cara membuat kek:
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan 2 atau 3 loyang bersaiz 9 inci (23cm) dan griskan dengan butter pada dasar loyang. Kemudian alaskan dengan kertas minyak.
Pukul butter dan gula dari bahan bahan B hingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati.
Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan bahan C dan masukkan ke dalam adunan yang di pukul tadi. Pukul hingga sebati.
Dalam measuring cup, satukan bahan bahan D.
Masukkan berselang seli bahan bahan D dan A dalam 3 bahagian mula dan akhir dengan tepung hingga habis. Pukul hingga sebati tapi jangan terlebih pukul.
Kemudian, dalam mangkuk yang kecil, satukan bahan bahan E dan biarkan berbuih. Dengan cepat, tuang ke dalam adunan tadi dan gaul sebati.
Tuang 2 sudu besar adunan ke dalam cawan kertas dan bakar antara 10-15 minit atau sehingga masak. Jika ingin dibuat kek, tuang adunan ke dalam loyang saiz 9" yang telah di sediakan. Bakar pada suhu 160C selama 30-40 minit atau hingga kek masak. Biarkan kek sejuk dalam loyang selama 10 minit bila masak baru terbalikkan atas wire rack.
Setelah betul betul sejuk, bolehlah hias cupcake dengan frosting atau boleh juga menggunakan lapisan fondant mengikuti kreativiti masing masing.
The Best Cream Cheese Frosting Ever
24 biji cupcakes.
Bahan bahan:
8 oz Cream Cheese, sejuk (250gm)
1 1/2 sk Vanilla Extract
1/2 cawan butter, lembut
3 1/2 cawan gula icing - ayak (atau lebih bergantung kepada konsistensi yang diingini)
Cream cheese dikeluarkan dalam 30 minit dari peti sejuk sebelum diguna. Putar cream cheese, vanilla dan mentega sehingga kembang.
Ayak gula icing dan masukkan 1 cawan dalam satu masa ke dalam adunan sehingga sebati dan mendapat konsistensi yang diingini.
Nota:
Resepi ini menghasilkan frosting untuk 13x9 inci, 24 cupcakes atau kek saiz 8 inci.
Resepi ini untuk konsistensi sederhana. Jika mahu lebih likat, tambah 1/2 cawan gula dalam satu masa sehingga capai konsistensi yang dikehendaki. Jika mahukan lebih cair untuk cupcake atau biskut, kurangkan 1/2 cawan dari sukatan gula di atas.
Untuk coklat cream cheese frosting, ayak 1/4 cawan unsweetened cocoa powder bersama gula icing sebelum dimasukkan ke dalam adunan cream cheese.
Untuk mendapatkan cream cheese frosting berperisa, gantikan perisa yang disukai seperti maple, lemon atau oren.
boleh mencuba ... frosting tu ....
BalasPadamChikk, kebanyakan resepi sama sahaja cuma yang berbezanya adalah sukatan bahan bahan. Setakat ini, saya puashati kerana teksturnya yang just nice dan kemanisan yg sesuai...
Padamnampak sedap nih..nk cuba gk la nanti...harap2 nanti ramai la wat tempahan ngn Kak Azie nanti..
BalasPadamAdda, akak ni kena tengok juga. Kalau tak ada pembantu anak gadis 2 orang ni susah juga. Sebenarnya saya cuma mengawasi sahaja. Yang menyediakannya adalah Juita dan Nana.
Padamdah berbisnes kuih..tahniah sis :)
BalasPadamSimple kek dan kuih muih, boleh lah sambil menambahkan ilmu
PadamSalam singgah..wah bestnya dpt tempahan..I nak follow lah..
BalasPadamDear, follow jgn tak follow. I follow
Padamsalam kak,alhamdulillah smuanya dh menjadi ..smoga lps nie leh amik byk lagi tmpahan..crem ciz nie ok x kak?..nampak mmmg best ..
BalasPadamZila, I suka dengan cream cheese ni tapi sebab tak pro, shape nya tak cantik dan gambar pun sekadar boleh jer.
Padamterima kasih resipi kek RV.nampak sedapnyaa...
BalasPadamSama sama, Wani
PadamMana nk dptkn buttermilk azie? Tahniah dh ada anjakan paradigma n telah masuk fasa baru kehidupan, mudah2an selain keuntungan bis, sy percaya bis azie jg menekan kebajikan..moga azie sukses selalu..amin
BalasPadamAda di kedai jual bahan kek, ada juga di supermarket macam The Village. Atau boleh dibuat sendiri, susu campur dg jus lemon.
PadamHi Kakak,
BalasPadamNice, pretty cupcakes.
Regards,
Sally
Thank you so much, Sally
Padamboleh tahu no.tel
BalasPadam