Sup Tulang Daging Korban
Sejak balik open house rumah Azman dan Nita di Putra Jaya semasa Hari Raya Aidil Fitri yang lalu, memang saya dari hari ke hari ingin memasak sup tulang dan dimakan dengan mee celur yang ditabur dengan bawang goreng dan daun bawang.
Sedap mee kuah yang simple ini. Tapi bukan senang untuk mendapatkan tulang yang segar. Tulang lembu ni kalau yang fresh memang sedap, dapat dirasakan kuahnya yang manis.
Sedap mee kuah yang simple ini. Tapi bukan senang untuk mendapatkan tulang yang segar. Tulang lembu ni kalau yang fresh memang sedap, dapat dirasakan kuahnya yang manis.
Tulang ini adalah tulang dari daging korban yang disedekahkan oleh kakak saya untuk dibawa balik. Tapi masalah saya ni, satu jer. Saya tak ada pressure cooker, jadi memang berjam jam juga lah masa diambil untuk merebus tulang tu.
Cara saya membuat sup sangat simple. Tulang direbus sehingga empuk dan dimasukkan sedikit halia dan bawang merah hiris. Lepas itu, di dalam kuali lain, saya akan menumis bawang merah, halia, rempah penumis dan rempah sup sehingga wangi.
Kemudian tuang bahan yang ditumis ini ke dalam periuk rebusan tulang tadi. Masukkan garam dan bawang goreng serta daun bawang. Siap dan bolehlah dihidangkan panas panas.
Kemudian tuang bahan yang ditumis ini ke dalam periuk rebusan tulang tadi. Masukkan garam dan bawang goreng serta daun bawang. Siap dan bolehlah dihidangkan panas panas.
sedap sgt ni...anak beranak sy mmg suke..
BalasPadamSamalah. Kamipun suka sup tulang, lebih lebih lagi menggunakan yang segar
Padamsup tulang Kelantan mari ni sudah semestinya sedap walaupun nampak ringkas.terliur saya di buatnya
BalasPadamZana, sedap sebab menggunakan tulang segar. Kuahnya pun dah terasa manis daging segar
Padamsalam maal hijrah Azie,
BalasPadamHari tu mak saya masak tulang daging korban . Saya tgk cepat je dia masak, dagingnya pun lembut sgt! dg baru, sedapkan.
Saya rebus lama tapi tak lah selama daging yg tak segar
PadamKak Azie tengok aje sup tulang ni terus terliur....jam...jam tu gak cari tulang esok nak buat sup he.....he....
BalasPadamMasukkan daun pandan dlm kiah sup. makan dengan mee kuning, tabur bawang goreng dan daun bawang
PadamRahsia sup tulang sedap ialah merebusnya dgn lama, tiada pressure cooker pun tak mengapa..tpi bg kita yg kurang penyabar ni mmg lah malas tunggu berjam2 kan..pas tu kena tmbah air sampai daging empuk..petua seorg jurulatih aerobik kalau nk kurangkan lemak masa makan,rebusan pertama daging mesti dibuangkan dan tambah air baru..tpi cara ini ramai yg tak suka sbb daging jdi kurang manis..tpi ada sorg kwn cuba mmbuatnya dan rasanya lebih sedap...dan ada pula yg kata klu daging korban mkn lemaknya pun tak mengapa sbb hya daging korban yg tidak memudaratkan manusia, wallau'lam
BalasPadamYa sepatutnya lemak dibuang terutama kalau membuat sup tulang yg berlemak spt sup kaki lembu. Saya pernah diajar masak rendang ayam dg mencelur ayam seketika, buang air dan barulah dimasak ayam dg bahan bahan yg dikisar. Sedap dan tak terasa berlemak dan hanyir
Padam