Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hari Raya Aidil Adha di Bachok








Rasanya dah beberapa tahun juga, saya tidak balik berhari raya Aidil Adha di kampung kelahiran saya di Bachok Kelantan. Tapi pada tahun ni, seminggu sebelum raya Nana dan Nelly banyak kali bertanya samada balik kampung atau tidak pada hari raya Aidil Adha menyebabkan saya membuat keputusan untuk balik. Jadi saya mengerjakan ibadah korban pun tahun ini. Seperti biasa, kakak saya akan membuat korban di rumahnya bersama sama adik beradik dan anak anak saudara saya.



Perjalanan balik melalui Lebuhraya Timur Barat berjalan agak lancar dan hubby menjangkakan kami akan tiba lebih awal. Kebetulan hari itu kami semua berpuasa sempena hari wukuf dan bercadang untuk berbuka puasa di Restoran Ayam Percik Yatie di Kota Bharu. Namun sesampai sahaja di Jeli, jalanraya mulai sesak dek adanya beberapa trafik light yang patut dikaji semula oleh pihak berwajib. Akibatnya bukan sampai awal seperti yang dijangkakan tetapi terpaksa berbuka puasa dengan lemang yang dibeli di dalam kereta. Aduhaaai. Setiba pula di Restoran Yatie, kelihatan orang sangat ramai yang saya jangkakan adalah anak Kelantan di perantauan yang balik beraya. Hmmm semua lauk pauk sudah kehabisan. Jadi dengan sedihnya kami ke bandar pulak untuk mencari kedai yang menjual nasi kerabu kerana Nana inginkan nasi kerabu. Akhirnya jumpa nasi kerabu di food court berhampiran Pasar Besar Siti Khadijah.



Pagi pagi selepas menunaikan solat sunat hari raya, kami terus ke rumah kakak menyaksikan penyembelihan lembu. Seperti biasa kami akan memasak sementara lembu disiangkan supaya semua boleh makan selepas selesai semua urusan membahagikan daging korban. 







Lauk pauk yang mesti ada kalau di pagi hari raya korban adalah daging goreng garam kunyit yang sangat sedap kerana dagingnya yang segar. 





Selain itu, perut muda lembu juga yang dicicah dengan air asam. Sedap dan kolesterol pun bergembira dengan sesiapa yang memakannya. Hmm meleleh air liur bila melihat gambar gambar di bawah ini.







Selain itu ada juga gulai singgang tulang yang juga disediakan. Tapi yang ada hanya gambar bahan bahan yang disediakan untuk membuat singgang tulang. Punya seronok makan, sampai terlupa nak ambil gambar singgang yang siap dimasak. Aduhh bila menggunakan daging segar, memang sedap. Saya juga membawa balik daging korban yang disedekahkan oleh bonda, adik beradik dan anak anak saudara yang membuat korban. Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan.




Saya juga nak kongsikan di sini, perjalanan balik ke KL pada hari raya yang ketiga menempuh kesesakan lalu lintas yang dasyat. Bertolak pukul 10 pagi dan sampai di rumah dalam pukul 10 malam. Semasa berhenti solat di RnR Tapah sempat berkenalan dengan Cik gu Zamia yang kebetulan sedang bertanyakan Zafaran di kiosk di situ. Bila hubby mendengar, dia terus approach. Difahamkan kawan beliau yang mengamalkan memakan 7 urat zafaran setiap hari telah mengatasi masalah rabun mata. Alhamdulillah, sempat buat bisness di hentian RnR pun. Begitulah hebatnya Za'faran sehingga dikatakan "Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Za'faran, Pasti Mereka Sanggup Tukarkannya Dengan Ketulan Emas"






Hebat kan? Itulah kelebihan makanan sunnah. Jika berminat untuk mendapatkan Za'faran, boleh email di azieshoppe@hotmail.com atau PM di facebook Azie Kitchen. Haaa sempat buat promosi sikit ni. Hubungi sekarang, jangan malu malu, apalagi untuk berkedekut dengan diri sendiri untuk membelanjakan makanan yang memberi manafaat kesihatan yang terlalu hebat sehingga digelar King of Spices....




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

8 ulasan for "Hari Raya Aidil Adha di Bachok"

  1. salam sejahtera Azie,

    Terubat rindu tgk Bachok!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syahdu tengok suasana kampung halaman kan?

      Padam
  2. sedapnye kak tgk daging goreng garam kunyit tu, feveret sy tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. My feveret too, terutama guna daging segar

      Padam
  3. hadoi perut lembu cicah air asam !!!!!!! sebaldi meleleh air liur nengok nyer !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang meleleh. Sambil menulis ni pun sambil menelan air liur

      Padam
  4. PIC KUPAS BAWANG & PAKAI BAJU OREN TU MCM SY KENAL. CIKGU KALAU X SILAP. SDARA CIKGU ABDUL RAHMAN YE KAK?

    BalasPadam