Cake Pop Nellisa Langkah Demi Langkah
Haaa macam macam inovasi yang diperkenalkan zaman sekarang dalam menikmati kek. Selain kek cawan, mini cake, terdapat juga cake in a jar, push up cake dan juga terkini adalah Cake Pop.
Hari ini Nelly telah mengetuai dapur Villa Nur Qaseh dalam menyediakan Cake Pop. Telah lama sebenarnya mereka merancang untuk menyediakan Cake Pop. Maklumlah budak budak sekarang sukakan sesuatu yang unik walaupun pada dasarnya, kita umpama menikmati sekeping kek yang dihias dengan krim/chocolate ganache sahaja.
Membuatnya sangat mudah dan jika menyediakannya secara beramai ramai, lagilah meriah dapur. Kerja susah pun akan menjadi mudah. Bahan bahan yang diperlukan untuk membuat kek ini juga sangat simple. Bahan bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Bahan bahan:
Kek - ikut yang disukai
Lidi candy lollipop
Frosting/whipped cream secukupnya
Sprinkles
Melted white chocolate candy
Jom kita tengok cara cara penyediaan Cake Pop yang dimulakan dengan penyediaan kek. Boleh digunakan apa apa sahaja kek yang disukai. Semuanya terpulang kepada kegemaran masing masing.
Nelly menggunakan Moist Chocolate Cake. Memang sedap dan moist chocolate cake ini sehinggakan kami mencubit sedikit demi sedikit sementara menunggu kek disejukkan.

Setelah kek disejukkan, hancur hancurkan sehingga menjadi seperti serbuk kek. Lebih mudah jika menggunakan jari untuk menghancurkan kek tadi.
Selepas kek hancur menjadi seperti serbuk, bolehlah dimasukkan frosting. Oleh kerana tiada ready made frosting, Nelly membuatnya sendiri dengan menggunakan whipped cream perisa coklat yang dipukul sehingga benar benar kembang.
Masukkan krim ini ke dalam serbuk dan digaul dengan menggunakan jari sehingga sebati dan betul betul moist. Krim ini bertindak untuk melekatkan serbuk kek sebelum digentel bulat bulat mengikut saiz yang disukai.
Adunan yang dibulat bulat itu, kemudiannya disimpan di dalam fridge selama 10-15 minit untuk memudahkan ianya dicucuk dengan lidi lollipop.
Boleh juga dibiarkan dalam peti ais sehingga 1 jam bagi memastikan ianya mudah dicelup di dalam white chocolate serta bagi mengelakkan ianya pecah semasa mencelup dalam coklat cair.
Kemudian cairkan white chocolate dengan menggunakan kaedah double boil. White chocolate ini boleh juga dicairkan dengan memasukkan ke dalam microvave.
Boleh masukkan sedikit butter bagi mencairkannya tanpa perlu dikacau. Dengan menggunakan lidi lollipop, cucuk bebola kek untuk memudahkan proses meletakkan lidi candy itu kemudiannya.
Ambil lidi lollipop dan dicelup dalam white chocolate cair dan kemudian dicucuk ke dalam bebola yang telah dibuat lubang tadi. Biarkan seketika supaya ianya benar benar melekat.
Kemudian celup bebola kek ke dalam adunan white chocolate dan dipusing pusing bagi membuang lebihan chocolate.
Perlu dibuat dengan cepat bagi memastikan chocolatenya bersalut dengan rata di sekeliling bebola cake.
Hias dengan sprinkles atau apa apa sahaja yang disukai mengikut kreativiti masing masing. Boleh juga menggunakan lebihan white chocolate yang diletakkan sedikit pewarna, masukkan ke dalam piping bag dan dipicit ke atas cake pop.
Sesuai dihidangkan sebagai dessert untuk candy buffet yang memang popular di dalam majlis majlis hari jadi atau majlis perkahwinan.
Hmm rasanya memang sedap dan bukan sahaja digemari oleh anak anak tetapi oleh orang dewasa juga. Jom sama sama mencuba cara yang unik dalam menikmati kek kegemaran......
Hmm rasanya memang sedap dan bukan sahaja digemari oleh anak anak tetapi oleh orang dewasa juga. Jom sama sama mencuba cara yang unik dalam menikmati kek kegemaran......
Selamat mencuba....
Stu masa dulu sy pernah makan kek yg ala-ala lolipop ni tpi diletak dlm cup cake je, masa nk mkn tu trpikir2 kenapa le tekstur kek ni lembut = lembab sgt..tak lama lepas tu sy trbaca dlm majalah dimana resepi tu mncadangkan mengguna lebihan kek yg dihancurkan + jem..patutler manis semacam..tpi resepi yg Azie bg ni guna whipped cream myb tak manis sgt kan..dan kalau letak dlm peti sejuk sblum memakannya tentu lagi sedap..
BalasPadamYa, masukkan dalam peti sejuk sebelum dimakan, lagi sedap
PadamAzie, those cake pops are so cute! Nice project to get going when there's lots of friends around. It sounds like so much fun :)
BalasPadamWe had so much fun baking and decorating it. It tastes great too
Padamcomelnye pop cake nelly...sy pernah buat masa raya puasa di sini tapi guna dark chocolate utk salut. white chocolate lagi nampak berseri bila dihias.
BalasPadamSedap juga makan kek kecik kecik macam ni. Perasaan tu, umpama makan ais krim
PadamComelny ♡♡
BalasPadam