Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bila Album Picasa Penuh



Tolooong.... Huhuhu masa nak upload gambar dalam blog, pasal percutian ke Pulau Pinang, tiba tiba jer selepas klik upload keluar mesej "Whoops! You're out of space. You are using 100% of your 1 GB quota for photos. Purchase more storage. Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between Gmail, Picasa Web Albums, and Google Docs, and is in addition to your free quota".

Bila dah panik, klik sana klik sini, entah dalam banyak banyak klik terjumpalah pasal picasa album dan tengok storage capacity full, macam thumbdrive yang full. Aduish, tak kan lah nak beli sebab saya ni bukannya aktif sangat berblog. Ingatkan macam facebook, letaklah gambar saiz apa pun, banyak mana pun, ok jer. Saya dah ada akaun facebook sejak awal 2007, masa tu orang tak ramai lagi tahu pasal fb. Ajak kawan kawan, semua tak nak. Haaa nak citernya lama dan berapa banyak gambar dalam tu.

Berbalik pada citer picasa album ni, masa tu dah lewat malam dan line internet di Northam All Suites Hotel ni pulak memang bercinta slownya. Dalam panik gitu, mulalah nak tekan upgrade tapi fikir balik, baik tanya geng yang lagi lama berblog. Saya pun cepat cepat tulis mesej dalam fb dan hantar kat kawan kawan blogger seperti Chahaya Sheila, Qasey Honey, Evelyn, Nadz, Zila dan tak ingat siapa lagi. Tengok punya paniknya tu. Masa tu baru terkenang  chatting dengan Che CT yang pernah tanya kat mana saya simpan gambar gambar tu. Tapi saya jawab tak tahu jer dan tak pulak bertanya lanjut. Bodoh sombong lak tu. Yang sebenarnya, saya ni bila create blog dulu, tak ada pun tahu apa apa pasal blog ni. Main redah macam join facebook jer. 

Bangun pagi pagi dapat mesej dari Qasey Honey yang meminta saya buka blog dan baca tutorial yang telah dibuat di SINI. Tapi masa dapat mesej QH tu, saya dah pun hampir settle. Saya bertanya pak cik google dan diberinya link INI.  Dalam blog ini disharekan cara yang dikongsi oleh Qasey Honey. Itupun terkial kial membuatnya dek internet yang terlalu slow, sampai gambar yang QH share pun tak keluar. Nasib baik Nana bantu membuatnya sambil saya membaca step stepnya. Hmmm sekarang dah terer, weh.

OK lah dari apa yang terjadi itu, banyak hikmahnya. Antaranya kita kena faham sebelum melakukan sesuatu perkara. Yang kedua, kalau dah yerkena tu, kenalah belajar supaya jangan terkena lagi bak kata perumpamaan zaman dulu pisang berbuah dua kali. Tapi dalam kes ini, pokok pisang ni memang akan berbuah dua kali bila hayatnya hampir sampai tapi sekurang kurangnya saya telah menyediakan payung sebelum hujan. Huh banyak pulak perumpamaan pepagi ni. Jadi langkah yang saya mesti ambil adalah belajar cara cara untuk berjimat cermat dalam menggunakan bajet yang ada, giteeww lah kira kiranya. Terima kasih pada semua kawan kawan yang sudi berkongsi dengan memberi nasihat yang patut. Kepada kawan kawan yang lain, boleh rujuk link di atas untuk melihat cara caranya jika ini berlaku kepada anda pulak.

2 ulasan for "Bila Album Picasa Penuh"

  1. Salam Azie,

    Moga sentiasa bahagia.
    Mama pun pernah kena. Tulah mama hemtam je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skrg nak belajar resize supaya dpt jimatkan space

      Padam