Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Tahniah Dr Nurliyana Ain


Tahniah Dr Nurliyana Ain

Setelah 6 tahun berjuang di bumi Mesir yang kaya dengan sejarah dan kegemilangan di masa silam tetapi penuh dengan kekurangan dan kedaifan dari segi pemodenan infrastruktur, akhirnya saat untuk meraikan kejayaan telah tiba. Segulung ijazah kedoktoran telah berada dalam genggaman yang melayakkan Nana dikenali sebagai Dr Nurliyana Ain. 

Dengan kejayaan ini, Kakak atau dikenali sebagai Nana di kalangan kawan kawannya akan meniti fasa seterusnya dalam kehidupan iaitu alam pekerjaan. Sekarang usaha sedang diambil untuk menrealisasikan cita cita beliau. Cabaran alam pekerjaan adalah berbeza dengan alam pengajian kerana kita perlu melaluinya setiap hari sehingga umur persaraan. Bayangkan jika kita tidak gembira dengan apa kerja yang kita lakukan. Tentunya ia akan mengganggu kebahagiaan dan kehidupan kita.


Tahniah Dr Nurliyana Ain

Nana bertolak ke Alexandria untuk menghadiri konvokesyen beliau pada 4 Oktober dan kami hanya menyusul seminggu kemudian. Walaupun banyak dugaan ditempuhi sebelum berangkat, namun saya ingin katakan bahawa pemergian ke Egypt kali ini adalah saat yang sangat mengembirakan dalam hidup. 

Saat yang sangat membanggakan pada kami sebagai ibu bapa apabila melihat anak menaiki stage untuk menerima ijazah. Saya juga sangat gembira dengan keputusan cemerlang yang diperolehi oleh Nana. Hanya pelajaran yang mampu diberikan sebagai bekalan hidup. 

Seperti saya sendiri, dengan pelajaran yang diberi oleh ibubapa melayakkan saya menggenggam segulung ijazah. Dengan ijazah yang dimiliki, saya mampu menikmati kehidupan yang jauh lebih baik yang tidak pernah terbayang dalam mimpi pun sebelum ini. 

Segala kesenangan yang dinikmati pada hari ini, tidak mungkin akan menjadi kenyataan jika saya tidak berjaya dalam pelajaran. Begitu juga harapan saya pada Nana, semoga dengan kelulusan yang diperolehi, beliau akan menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat.

Cuma agak terkilan kerana saat dan detik kegembiraan ini tidak dapat diraikan bersama anak anak yang lain. Boy sedang menghadapi ujian semester, Nelly pula sedang menjalani latihan praktikal dan Juita sedang menduduki peperiksaan PMR. Sedih juga memikirkan terpaksa meninggalkan Juita yang sedang berjuang menghadapi peperiksaan, namun keputusan harus diambil. Hanya doa yang mampu saya iringi kepada anak anak yang lain semasa mereka berada di dewan peperiksaan.

Selesai majlis penganugerahan ijazah, kami bergambar untuk kenang kenangan. Sehari sebelumnya adalah sessi bergambar di dalam studio bersama ibu bapa dan famili diadakan di bangunan MARA. 

Maklumlah gambar akan kekal abadi untuk dibelek belek di masa hadapan walaupun ia akan kekal juga di dalam memori. Tahniah, anakanda ku. Tiada balasan yang kami pinta, selain pesanan supaya menjadi anak yang berjaya di dunia dan juga di akhirat. Anak yang baik adalah anak yang akan memberi manafaat kepada kedua ibubapa setelah ketiadaan mereka di dunia ini. 

Tahniah Dr Nurliyana Ain

Tahniah Dr Nurliyana Ain

Tahniah Dr Nurliyana Ain

Tahniah Dr Nurliyana Ain

Akhirnya hari ini kami mampu tersenyum bangga dan puas... Love you so much, kakak...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

19 ulasan for "Tahniah Dr Nurliyana Ain"

  1. salam kak azie..tahniah ye wat nana juga akak sekeluarga! moga nana tabah menghadapi dugaan alam pekerjaan nnti..insyaallah!

    BalasPadam
  2. Tahniah Dr Nurliyana Ain! Dan tahniah juga buat sis & suami sekeluarga.
    buat Nana slmt menempuh dunia pekerjaan....moga terus cemerlang.

    BalasPadam
  3. Tahniah buat Dr Nurliyana Ain dan tak luper jgk pada K.Azie sekeluarga..

    BalasPadam
  4. Salam sejahtera Azie,
    Tahniah, tahniah. Mama dpt bayangkan kegembiraan Azie dan suami.Seronoknya jadi Dr tapi bersedialah dgn pekerjaan yg sedia menanti. Kalau dah suka, tak de masalahkan
    Ada masa nak tgk gambar2 menarik Azie kat sana. Kebetulan pulak Duta kat situ kawan suami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, bukan sahaja masa kerja mencabar tetapi masa belajar juga. Bayangkan sekali ganda dari tempoh kursus lain.

      Padam
  5. tahniah dari kak noor dan family utk Dr Nurliyana jugak Azie dan suami semoga trus berjaya dalam hidup nanti insyaallah,best tengok pic semua cantikk..

    BalasPadam
  6. tahniah kak Azie, husband and Dr Nurliyana. Semoga mendapat keberkatan dalam menjalani kehidupan dengan keluarga. Semoga Dr. Nurliyana akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara serta berjaya didunia dan akhirat.

    BalasPadam
  7. Tahniah Dr Nurliyana dan Azie sekeluarga. :)

    BalasPadam
  8. Azie, congratulation all round! You are a very proud Mama :)

    BalasPadam
  9. congrats buat nana dan kak Azie sekeluarga

    BalasPadam
  10. Tahniah buat Nana...
    Kejayaan Nana tentulah hasil doa dan kasih sayang Kak Azie sekeluarga juga ^_^

    BalasPadam