Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rumah Terbuka Khairi dan Mai





Hari ini kami berkunjung ke rumah terbuka sahabat kami, Saudara Khairi, Setiausaha Politik yang terkenal dengan perwatakan yang sentiasa tersenyum ceria dan isteri kesayangannya, Mai Zatul. Seperti biasa, geng Alumni Kolej Ketiga UM (ETHICA) akan berkunjung ke rumah kawan kawan secara konvoi. Kali ini, turut serta ialah Dato' Salehudin dan keluarga, Tuan Haji Kamarudin dan juga Tuan Masrol. Di sana, kami berjumpa dengan Tuan Alias dan Encik Suhaimi Jawahir yang turut menemani bos nya pada hari itu, Dato Mohd Khaled Nordin.  

Wah sangat berbesar hati kerana Khairi telah meminta kami duduk di meja VIP. Hidangan di meja itu juga special, selain nasi beriani, juga dihidangkan dengan Nasi Mandy berlaukkan kambing lagi. Hidangan dan lauk pauk yang disediakan memang sedap. Apalagi kambing bakar yang memang menjadi menu istimewa di mana mana rumah terbuka.







Bila lama tak bersua, ada ada jer usik mengusik antara kami. Kagum kerana Haziq masih boleh mengecam Tuan Masrol yang pernah datang menghantar nasi lemak yang sangat sedap ke rumah Dato Saleh. Sungguh istimewa, Haziq yang kian handsome tu.




Bila Alias datang ke meja kami, maka sudah tentu topik berubah kepada topik kesihatan dan pemakanan. Dia menceritakan pengalaman diserang sakit dada akibat terdapat beberapa saluran darah tersumbat. Ya la, umur seperti kami ini adalah dalam kategori umur bonus. Anak anak masing masing pun dah besar panjang. Tengok jer lah Lyana, anak dara Dato' Salehudin yang cantik dan dah besar panjang tu. Ramai antara kawan kawan kami yang dah tak ada lagi. Ramai yang sudah meninggalkan dunia ni lebih awal.





Tuan Alias asyik bercerita bagaimana dia melalui proses endiogaram tanpa dibius, wire dimasukkan hidup hidup. Haai seram juga mendengarkannya. Makanya makanan di rumah terbuka, hanya perlu dimakan sesuap dua jer sekadar menghormati tuan rumah tapi yang terjadi, kita akan makan apa sahaja dan pelbagai menu yang dihidangkan. Aduhaai pencegahan lebih baik dari merawat, terus saya minta hubby usahakan untuk membuat pemeriksaan perubatan.




Seperti biasalah, kami geng geng Alumni mesti berposingnya untuk kenang kenangan. Untuk dimasukkan dalam album ETHICA kerana dengan cara ini, ahli ahli Alumni boleh melihat perkembangan ahli ahli alumni yang lain yang mungkin sudah bertahun tahun tidak bersua.




Sebelum meminta diri dari rumah Khairi dan Mai, kami bergambar beramai ramai sebagai kenangan. Minggu hadapan lagi banyak rumah terbuka yang perlu dihadiri, antaranya rumah Dato' Saleh sendiri dan juga rumah Dato' Shafie, Setiausaha Politik Dato' Seri Mohd Najib, Perdana Menteri kita.




Sekarang kami yang ibu ibu pulak nak berposing sesama kita. Hahaha memang tak mahu melepaskan peluang bergambar untuk dimasukkan dalam fb. Al maklumlah dalam setahun, sekali masa raya ni jer dapat bersua muka. Selebihnya hanya bertemu di alam maya...





Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan di Presint 9, Putrajaya. Terima kasih Khairi dan Mai....

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Rumah Terbuka Khairi dan Mai"

  1. salam sejahtera Azie,

    Tak pegi ke rumah Dato Par s/u sulit Dr Mustapha Mohamad, dia kat Precint 9 jugak?

    BalasPadam
  2. Salam Sis Azie. meriah pergi beraya konvoi beramai2....sambil mkn boleh sembang mesra..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Bila ada geng, baru seronok. Lagi pun boleh bertukar tukar pandangan dan bertanya khabar

      Padam