Rendang Pedas Ayam Syed
Semasa berkunjung ke rumah terbuka, Maziah dan Syed di TTDI pada 9 September yang lalu, kami menuju pula ke Putrajaya. Aduhaai bayangkan badan dah di Putrajaya tapi minda masih dok melayan Rendang Pedas Ayam yang dimasak sendiri oleh Syed.
Resepi turun temurun bonda Syed ni memang sedap dan semasa mempunyai restoran, Syed menyediakan sendiri masakan yang dijual. Saya memang tak boleh menahan diri dari merisik risik resepi. Apa tak nya, dengan tak malunya saya menambah rendang beliau.
Alhamdulillah, dengan senang hati Syed mengajar saya satu persatu siap dengan memberi anggaran sukatan dan tips tips berguna. Ohh patutlah sedap, cara penyediaannya yang sangat remeh dan punya rahsia tertentu.
Apa dia? Ohh nak tahu pasal rahsia? Saya cuma nak memanjangkan perkongsian ilmu Syed bagi manafaat berkongsi ilmu bermanafaat di akhirat kelak. Antara kelainan yang ketara ialah semua bahan bahan ditumbuk menggunakan lesung batu.
Garam pula menggunakan garam kasar yang katanya memberi rasa berbeza pada masakan kita berbanding dengan garam halus. Selain dari itu, ayam direbus seketika bagi membuang lemak lemak pada ayam dan menjadikan dagingnya sedikit pejal. Dengan cara ini ayam tidak menjadi hancur selepas rendang dimasak.
Memang dah lama tak sabar untuk memasak sendiri rendang. Jadi bila ada jer peluang untuk memasak hidangan tengahari semalam, resepi rendang Syed lah yang menjadi pilihan untuk rendang saya. Tengah tengah memasak, adik my hubby Wan Zalina dan anak anaknya tiba. Hmm nasib baik saya memasak rendang, boleh juga dijadikan lauk hidangan untuk makan tengahari. Minta Boy ke kedai runcit untuk membeli sedikit kacang panjang dan udang untuk digoreng sebagai hidangan sampingan di SINI. Maklumlah tak lengkap hidangan makan tengahari, tanpa sayuran atau pun ulam ulaman.
Hmmm tak pasti kalau rendang saya ini sesedap rendang yang disediakan oleh Syed tempohari. Apa apa pun OK lah sebab sementara rendang direnehkan, berkali kali Aween menceduk dari kuali dan meratah di dapur. Maknanya sedap lah tu....
Itu yang penting, anak anak suka dengan apa yang kita masak. Kena cuba lagi di masa depan, kerana bila dimasak berkali kali, barulah ianya menjadi dengan sempurna. Jom kita semak resepi rendang dulu...
11 batang serai
5 helai daun kunyit - ketepi 1/3 untuk ditabur
1 inci halia
Serbuk kunyit
1/2 inci lengkuas
8 biji bawang besar
15-20 ulas bawang merah
Cili boh - 2 pek kecil (kena pedas baru sedap)
1 kg santan pekat
Garam kasar
Kerisik - tumbuk hingga berminyak
Gula
2 keping asam keping
Cara cara:
Cara cara:
Kesemua bahan dihiris dan kemudian ditumbuk kasar menggunakan lesung batu.
Panaskan air sehingga mendidih, masukkan ayam dalam 5 minit. Angkat dan tuang air. Masukkan ayam yang dicelur ke dalam kuali bersama bahan tumbuk dan cili boh.
Panaskan air sehingga mendidih, masukkan ayam dalam 5 minit. Angkat dan tuang air. Masukkan ayam yang dicelur ke dalam kuali bersama bahan tumbuk dan cili boh.
Masukkan santan. Bila mendidih dan hampir kering, masukkan garam kasar, gula dan asam keping. Sesuaikan rasa dan akhir sekali, tabur daun kunyit yang dihiris halus.
Masak sehingga pecah minyak. Bolehlah ditutup api. Sedap dimakan dengan nasi putih, pulut kuning atau dengan lemang.
Masak sehingga pecah minyak. Bolehlah ditutup api. Sedap dimakan dengan nasi putih, pulut kuning atau dengan lemang.
Salam, nanti saya akan cuba. Nampak sedap dan agak mudah. Insyaallah.
BalasPadamBro, mmg sedap. Cuma yg leceh sikit nk tumbuk bahan bahannya yg banyak tu.
PadamK.Azie lapar la plk tgk rendang nih...kena lak pedas2 nih lgi menggamit selera..
BalasPadamAdda, sedap. Saya minta sukatan bahan utk pastikan rasa yg sedap spt yg Tuan Syed masak
PadamSalam kak, tgk rupa pun tahu sedap...saya copy dulu resepinya ya...
BalasPadamMar, anak saya dok ulang ulang cakap sedap sambil meratah ratah
PadamAssalam dear.. nengok pun tau sedap.. nyum nyumm.. :P
BalasPadamBila ikut kuantiti bahan yg diguna, mmg menjadi. Sedap
PadamAzie, this rendang looks very sedap. Yah, I've been told if using lesung batu, it will be better tasting. But tak larat lah, so pakai blender :)
BalasPadamPH, i pun hari tu, gagahkan juga menumbuk sebab teringin nak makan rendang yg sedap.
PadamSalam kak Azie,
BalasPadamAkak guna cili boh jenama ape? Thanks
Tuan Syed bagi resepi guna cili boh. Tapi kami hanya guna cili kering yang direbus dan dikisar sendiri sahaja.
PadamYummeh..mmg sedap..mak sy terer buat rendang ni..mak kata nk lagi sedap, kalau blend, jgn blend serai dgn cili tu sekali..asingkan..bila ayam,dgn cili dh mndidih sikit br masuk serai..mmg sedap..letak kicap manis sikit..huuuh..lapor ni..hehe
BalasPadamSalam..bila nk masukan kerisik?
BalasPadam