Red Velvet Cupcake
Banyak kali Juita mengajak saya membuat Red Velvet Cake lagi. Tapi saya memang tak mahu membuatnya melainkan mempunyai majlis majlis tertentu.
Bukannya apa, tapi kerana orang lain di rumah ini, tak berapa gemar makan kek. Akhirnya, sayalah yang kena menghabiskannya sendirian. Aduishhh tak sanggup melihat pertambahan berat badan dek memakan kek berhari hari demi menghabiskannya.

Tapi untuk kali ini, saya membuat kek dengan penyediaan adunan yang sama tetapi dibakar di dalam cawan kertas sebagai RV cupcake. RV cupcake ini diadun dan disediakan oleh Juita dan Nana. Saya hanya membantu apa yang patut sahaja. Mereka telah membuat cream cheese frosting untuk menghias RV cupcake.
RV cupcake ini disediakan di samping Kek Coklat yang sangat sedap dan moist di SINI. Saya pernah menyediakan Red Velvet Cake yang menjadi kegemaran ramai itu di SINI. Tapi percubaan saya yang pertama membuat RV Cake, kurang menjadi di mana ianya tidak sebegitu moist seperti mana yang saya harapkan. Maklumlah pengalaman pertama kan? Saya mula mengenali dan menggemari RV Cake selepas makan kek RV yang sedap di Bangsar Shopping Complex melalui Dato' Daing Khatijah. Sejak itu, saya beberapa kali ke Bangsar Shopping Mall semata mata untuk membeli RV Cake.
Resepi RV kali ini, saya ambil dari SINI. Tertarik dengan beberapa entri berkenaan RV cake dan juga RV cupcake yang telah dicuba oleh tuanpunya tanah menyebabkan saya memilih resepi yang digunakan oleh beliau.
Berbaloi baloi kerana RV cupcake ini sangat sedap, moist dan secukup jer kemanisannya. Pendekata ianya menepati ciri ciri kek Red Velvet yang saya inginkan. Saya pasti menggunakan resepi ini lagi untuk kek RV saya yang akan datang. Jom layan resepi dulu....

Oleh: Azie Kitchen
Bahan A:
3 ½ cawan Superfine flour - ayak
Bahan B:
170 gm unsalted butter - lembut
2 cawan gula kaster
3 biji telur - saiz besar suhu bilik
Bahan C:
6 sudu besar red food colouring (saya guna 4 sb)
3 sudu besar high quality cocoa powder
1 ½ sudu kecil vanilla essence
Bahan D:
1 ½ sudu kecil garam
1 ½ cawan buttermilk
Bahan E:
1 ½ sudu kecil cider vinegar (guna cuka biasa)
1 ½ sudu kecil baking soda
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan 2 atau 3 loyang bersaiz 9 inci (23cm) dan griskan dengan butter pada dasar loyang. Kemudian alaskan dengan kertas minyak.
Pukul butter dan gula dari bahan bahan B hingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati.
Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan bahan C dan masukkan ke dalam adunan yang di pukul tadi. Pukul hingga sebati.

Dalam measuring cup, satukan bahan bahan D iaitu garam dan buttermilk.
Masukkan berselang seli bahan buttermilk dan tepung dalam 3 bahagian mula dan akhir dengan tepung hingga habis. Pukul hingga sebati tapi jangan terlebih pukul.
Kemudian, dalam mangkuk yang kecil, satukan bahan bahan E iaitu cuka dan baking soda dan biarkan berbuih. Dengan cepat, tuang ke dalam adunan tadi dan gaul sebati.
Tuang dalam 2 sudu besar adunan ke dalam cawan kertas. Kalau kek, tuang dalam loyang yang telah disediakan.

Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak. Kalau kek dalam 30 - 40 minit atau hingga kek masak. Biarkan kek sejuk dalam loyang selama 10 minit sebelum diterbalikkan atas wire rack.
Bila kek telah sejuk sepenuhnya, balut dengan pembungkus plastik dan sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam/semalaman supaya mudah untuk menyapu inti dan krim.
Cream Cheese Frosting
Bahan bahan:
500 gm cream cheese - suhu bilik
1 sudu kecil vanilla essence
115 gm icing sugar - ayak
360 ml cold heavy cream
Cara cara:
Pukul cream cheese hingga lembut dan licin.
Masukkan vanilla dan gula, pukul lagi hingga lembut.
Masukkan heavy cream sedikit demi sedikit dan pukul hingga pekat dan capai kepekatan yang sesuai untuk di spread.
Nota:
Kalau tak cukup pekat, ianya akan melt (seperti yang terjadi pada saya kali ini). Kalau terlebih pekat, susah untuk nak spread, boleh masukkan sedikit lagi fresh cream dan pukul semula.
Nota:
Kalau tak cukup pekat, ianya akan melt (seperti yang terjadi pada saya kali ini). Kalau terlebih pekat, susah untuk nak spread, boleh masukkan sedikit lagi fresh cream dan pukul semula.
Guna serrated knife, trimkan atas kek supaya rata. Kemudian potong setiap kek kepada dua lapisan.
Letakkan lapisan kek yang pertama atas cake board, sapukan cream cheese frosting. Letakkan pula lapisan kedua dan sapukan lagi frosting. Ulang semula proses tadi hingga lapisan kek yang terakhir.
Sapukan tipis cream cheese frosting pada atas dan sekeliling kek. Sejukkan ½ jam. Kemudian, sapukan kemas lebihan cream cheese frosting tadi pada keseluruhan kek. Hiaskan ikut kreativiti masing masing....
Selamat mencuba....
Salam sejahtera Azie,
BalasPadamWah comel2 dan cantik.
Kakak pun baru buat RV ni masa tamu2 dtg ...pertama kali tempohari..buat kek masa anak2 dan tamu dtg saja saja, klu tak alamatnya sendiri kena makan!
Betul tu Mama Ju, kena cari masa yang sesuai untuk membuat kek. Kalau tak, alamaknya kita sendiri lah yang kena menghabiskannya..
Padamlama nikee tak buat rv kak..sedap pulak tgk kek rv budak2 ni..satu tip tok kak zie..kalau nak chez frosting tak melt sebenarnya kak zie bole tambahkan dengan 1/2 cwn non-dairy whipping cream jenama rich@ topping pride..mmg chez fosting akan kekal stiff tanpa cair..nk sedap tambah lemon esen @ pure lemon ..mesti best..cubalah sesekali...
BalasPadamItulah kali ni melt sikit. Dulu buat, rasanya tak jadi mcm ni
PadamDah lama teringin nk buat red velvet. Tapi mcm susah jeaa
BalasPadamNak tanya boleh ? Boleh kukus tak..atau kena bakar je...?
BalasPadamKakak,buttermilk tu camna?apa brand yg ada?
BalasPadamMacam2 brand ada, bileh jer buat sendiri. Masukkan 1 sudu besar jus lemon ke dalam cawan dan tuangkan susu segar. Kacau dan tnggu hingga nampak seolah beku. Boleh juga apple cider vinega ganti jus lemon
Padamboleh tak klau guna baking powder je? soda bikarbonat tak guna...jadi ke tak?
BalasPadamsaya guna tepung flour all purpose
Saya cadangkan supaya ikut resepi. Saya tak pernah cuba kalau tak ikut resepi. Jdi tak pasti bagaimana hasilnya
PadamAdunan kek dan frosting ni masing2 berapa biji boleh buat?
BalasPadamSecara jujurnya...sy sgt suka dgn blog akak sbb resepi akak semua sedap sedap..akak tapis kaji dan cuba dhulu mna yg terbaik bru akak post..xmcm sesetgh blogger...main post jer...haha..trima kasseh akak...sy dah cba byk resepi akak..yg pling sy terer nasi ayam sedap ikut resepi akak..xpnh org yg mkn x puji...thorrrbaik!
BalasPadamAssalammualaikum sis,kalau saya tak pakai superfine flour tapi ganti dengan self rising flour boleh?
BalasPadamwslm. Boleh juga. Kalau dah guna self raising, tak perlu lagi guna baking soda.
Padamklau cuka tu ganti dgn cream of tartar bleh tk?
BalasPadamsalam kak, satu adunan ni dapat buat berapa biji cupcake ye?
BalasPadamsalam kak, satu adunan ni dapat buat berapa cupcake
BalasPadam