Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Blended Orange Cake


Blended Orange Cake

My laling hubby meminta saya memasakkan sedikit kuih muih untuk dibawa ke pejabat tapi seperti biasalah, bila ditanya apa yang ingin disediakan, pasti tiada jawapan. Jadi saya sendirilah kena menjawab soalan sendiri. Memikirkan jamuan di waktu pagi, bererti saya perlu menyediakan di sebelah malam. 

Jadi fikir fikir punya fikir, saya memutuskan untuk menyediakan Puding Roti Kukus Pandan di SINI yang biasa saya sediakan. Selain itu, saya menyediakan juga Kuih Bakar Pandan aka Bingka Pandan di SINI yang merupakan kuih tradisional kegemaran saya. Kalau di bulan puasa, boleh dikatakan setiap hari saya membelinya di cafetaria.


Puding Roti Pandan Kukus

Kuih Bakar


Selain dari 2 kuih di atas, saya juga menyediakan Blended Orange Cake yang memang secara tidak dirancang pun, apabila saya terpandang kek fondant yang sangat cantik disediakan di blog Oven Kecil, resepi dari Myresepi. Walaupun hari ini, saya tidak menyediakan fondant tapi komen pembaca di Myresepi yang telah mencuba kek ini membuatkan saya menjadi sangat teruja untuk mencubanya. Mana tahu kalau ada majlis di rumah kami, saya boleh menghias kek ini dengan fondant. Maklum tidak semua kek sesuai dihias dengan fondant kerana ianya agak berat. Itu daripada apa yang saya baca lah.

OK jom kita tengok resepi ini yang tersangatlah mudahnya, hahaha semudah ABC gitu dan yang penting, rasanya sangat sedap. Kalau tidak kerana mudahnya resepi ini, rasanya tiadalah kejadian kek buat sementara waktu,  kerana tiada sambutan untuk kek kek dari penghuni rumah ini. Saya memutuskan untuk bersara buat sementara dari mengekek sehingga ke suatu masa yang berlaku seperti hari ini, bila tiba tiba jer terasa nak membuatnya. 

Saya bawa separuh dari kek ini ke pejabat dan berdasarkan feedback dari kawan kawan, kek ini dikatakan sedap. Pada saya sendiri, kek ini memang rasanya sedap, gebu dan moist tetapi saya lebih suka kek yang bertekstur halus dan padat  seperti contohnya, Kek Marble Trio berbanding dengan kek ini yang teksturnya agak kasar dan berderai bila dimakan... Itu pendapat saya lah. Hahaha bukan apa, saya ni tak suka kalau makan kek, bila disuap ke mulut ada yang jatuh berderai di meja. Memang tak suka kuih muih yang berderai derai ni. Namun apa apapun, ianya sedap dan mudah sekali disediakan. Bolehlah mencubanya sendiri....


Blended Orange Cake

Blended Orange Cake
Oleh: Azie Kitchen 
Loyang persegi: 9" 


Bahan-bahan:
1 biji buah limau - limau sunquick yang tiada biji
1 cawan minyak/minyak jagung
2 cawan gula halus (guna 1 cawan sahaja)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum *
1 sb baking powder * (* ayak bersama)
Beberapa titis pewarna/perisa oren


Cara-cara:
Cuci buah limau. Potong dan buang biji serta urat putih di tengah-tengahnya. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali.

Masukkan buah limau ini ke dalam pengisar bersama minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus.

Tuang bahan  yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan beralas dengan kertas baking.

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit - 1 jam atau sehingga masak. Saya bakar pada suhu 150C selama 50 minit.

Nota:
Sedap juga dibuat cupcake atau dikukus. Saya bakar pada 150C selama 50 minit.

Blended Orange Cake

Blended Orange Cake

Blended Orange Cake



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

19 ulasan for "Blended Orange Cake "

  1. wahh.. macam macam dah siap.. sedapnyerr.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shiela, tunggu siang baru boleh ambik gambar. Tak tahan tengok gambar gambar dalam blog Shiela yg sgt menawan hati

      Padam
  2. yerlah Azie, siang pun sekarang ni kena amik cepat cepat kann.. tengahari jer dah nak ujan, gelap sampai ke petang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, kena berguru dengan you sebab tak dapat menahan kesedihan bila tengok gambar dalam blog Shiela tu. Sedih kerana bukan sahaja kualiti gambar saya tak cantik tapi tak ada props yg pelbagai tu...

      Padam
    2. wahhhh.. cantek sungguh texture kek oren tu dear..

      props tu i pun taklah pandai sgt, just try try jer.. snap byk2, pastu pilih yg terbaek. :)

      Padam
    3. Hmm kalu you yang dah pro masih dikatakan tak pandai, apalah lagilah diri hamba ini. hahaha

      Padam
  3. Salam sejahtera,

    Rajinnya. Tentu laling sangat suka!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama Ju, hubby kata ada request dari kawan kawan yang meminta saya menyediakan kuih muih tu...

      Padam
  4. slm k,azie..baking powder mmg 1 sb ker...or 1sk...

    BalasPadam
  5. Salam kak..klu tak ada buah sunquick boleh guna sunquick yg buat air tu tak?hihi..biasa bt kek coklt jek.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti pulak. Lebih baik guna buah

      Padam
  6. saya suka binka pndan!! hihi
    ada resepi tak?
    jmpt singgah blog saya pula
    http://nutriemom.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. salam kak...akak guna telur gred apanyer? saya baru nak belajar buat :)

    AUNI

    BalasPadam
  8. assalam. buah sunquick tu blend sekali dgn kulit ye?

    BalasPadam
  9. Salam kak azie...kalo tukar minyak kepada butter ok x...

    BalasPadam
  10. dah buat kali kedua pon masih tak sempat nak ambil gambar. 20 minit selepas keluar oven dan langsai dan.makan panas2 dengan teh ais. fuhhh memang sedap bebeno. memang gerenti akan buat lagi kek oren blended ni. confirm.

    BalasPadam