Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Agar Agar Santan dan Rose


Agar Agar Santan dan Rose


Hari ini saya membawa Agar Agar Santan dan Rose ke pejabat sempena makan makan bagi meraikan harijadi kawan kawan, selain dari Puding Karamel di SINI

Aduhaii sedap sekali agar agar simple begini bila dimakan sejuk sejuk. Nyaman jer rasa tekak. Saya sediakan agar agar ini malam tadi sebelum masuk tidur dan disimpan di dalam peti ais bagi membolehkan ianya sejuk untuk dihidangkan pagi ini.

Agar Agar Santan dan RoseAgar Agar Santan dan Rose

Lain kali, boleh disediakan lagi agar agar ini yang saya rasa sangat sedap. Lagi pun menyediakannya juga sangat cepat dengan menggunakan bahan bahan yang simple juga. 

Saya sebenarnya lebih suka agar agar dari puding yang biasanya lebih berlemak dan banyak bahan digunakan seperti tepung kastard, telur dan sebagainya. Lagi simple lagi sedap kalau dihidangkan sebagai pencuci mulut.

Jom tengok resepi di bawah....


Agar Agar Santan dan Rose

Agar Agar Santan dan Rose

Bahan lapisan bawah:
900ml air
1 sudu besar serbuk agar-agar
130 gm gula pasir
1/2 sudu kecil esen ros
Sedikit pewarna merah

Bahan lapisan atas:
450 ml santan - guna 1 santan kotak + 250ml air
1/2 sudu besar serbuk agar-agar
90 gm gula pasir
1 helai daun pandan - disimpulkan

Cara cara:
Jerang semua bahan bahan lapisan bawah dengan api sederhana panas. Kacau sekali-sekala sehingga mendidih. Padamkan api dan tuangkan ke dalam loyang berukuran 10x10 yang telah dibasahkan dengan sedikit air
biarkan sehingga keras.

Jerang pula bahan lapisan atas dengan api sederhana panas dan kacau selalu. Bila mendidih padamkan api dan keluarkan daun pandan.

Bila lapisan bawah sudah hampir keras sendukkan agar agar bersantan dan tuang ke atasnya.

Biar keras baru disimpan di dalam peti sejuk.


Agar Agar Santan dan Rose

Agar Agar Santan dan Rose



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Agar Agar Santan dan Rose"

  1. Azie, I love this type of jelly with the santan on top. And by the way, the puding karamel is to die for. Very good idea to put them in small containers like that.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, this agar agar is so yummy and the caramel is to die for. I really love this new recipe

      Padam
  2. regarding the coconut milk. Is it
    1. 450g ( ccoconut + water)
    2. 200g milk + 250 water

    thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya mana mana pun boleh. Saya guna yg ke2 kr 1 kotak santan ialah 200ml. Jadi saya tambah air 250ml.

      Padam