Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Selamat Pengantin Baru Ustaz Don Daniyal dan Husna



Ustaz Don Daniyal adalah satu nama yang tidak asing lagi di kalangan peminat TV Al Hijrah terutamanya rancangan 30 minit bersama Ustaz Don. Sebelum ini, saya langsung tidak mengenali beliau tetapi atas kesungguhan rakan sepejabat yang akan menghantar sms meminta saya menonton rancangan di atas setiap kali ianya bermula, menyebabkan saya mula menggoogle dalam internet kerana tidak berkesempatan menontonnya di TV. 

Sehingga satu hari saya membuka youtube berkenaan tanggungjawab ibubapa terhadap anak anak. Rancangan itu benar benar terkesan di hati sehingga saya menitiskan air mata apalagi mendengar seruan Ustaz Don "Wahai ibubapa, jika anak anak memandang ugama itu kecil, maka  tugas ibubapa lah untuk menjadikannya besar". Ianya benar benar menyebabkan saya insaf bahawa saya perlu membuat persediaan dan perubahan. Sejak itu, saya mula mengikuti ceramah beliau melalui youtube dan mula meminati Ustaz Don dan mula admire ibu bapa beliau yang bertuah mempunyai anak seperti Ustaz Don. Saya juga mula berkata sungguh bertuah siapa wanita yang menjadi isteri beliau dan bila mengetahui yang wanita itulah ialah pelajar perubatan di sebuah universiti di Cairo, lagi saya merasa sangat gembira. Sesungguhnya ugama mesti dijadikan kriteria utama dalam pemilihan pasangan hidup kerana ianya dapat melahirkan keluarga bahagia di dunia dan juga akhirat.

Hari ini saya mahu kongsikan gambar gambar majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Husna Zahry yang diambil dari Artmosphere Photography. Jom layannn...










Selamat Pengantin Baru Ustaz Don dan Husna. Semoga berkekalan abadi....


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Selamat Pengantin Baru Ustaz Don Daniyal dan Husna"

  1. Salam sejahtera Azie,

    Kak memang gilakan Ustaz Don!
    Sejak awal ikut perkembangan dia. Dah 4,5 kali juga publish pasal dia, belum lagi ikut sama beli majalah yg aa ustaz.
    MOGA KITA SEMUA MENDPT MANAFAAT DRP KATA2NYA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mama ju, dia berjaya membuka hati saya untuk melihat kembali kesilapan lepas dalam mendidik anak anak. Dia yang memberi kekuatan kerana katanya tiada yang terlambat, kalau dah ada tanda kiamat dan masih ada benih di tangan, Nabi kata semai dan tanam benih itu.

      Padam