Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Part VIII: Plaster dan Cat


 Plaster dan Cat

Saya ingin kembali menyambung catatan pembinaan Villa Nur Qaseh. Entri sebelumnya boleh klik di SINI. Peringkat yang juga mencabar ialah peringkat plastering kerana ianya menentukan kecantikan rumah. 

Saya menghadapi kesulitan apabila segala galanya tidak dibuat secara do it right for the first time. Apabila pelan engineering itu sendiri tidak menghasilkan tiang yang cantik dan sesuai dengan dinding bata, menjadikan plaster dinding sukar diratakan. Banyak kali kerja kerja plaster terpaksa diulang dengan setengah tempat terpaksa di hack terlebih dahulu.

 Plaster dan Cat

Pekerja Indon pula banyak ragam nya terutama bila mereka mengetahui yang kita memerlukan mereka. Ada satu kumpulan pekerja Indon yang ketika itu sedang bekerja di projek pembinaan super link berhadapan rumah kami telah menunjukkan lagak mereka dengan meninggalkan kerja separuh jalan bila ditegur supaya membuat penanda supaya plaster rata.

 Plaster dan Cat

Memang banyak kumpulan pekerja yang digunakan dan mereka pula kebanyakannya bekerja sambil lewa sahaja. Saya terpaksa menggunakan pekerja lain untuk membaiki plaster yang sebelum ini tidak rata. Pendek kata, kerja kerja plastering sahaja dibuat berulang ulang kali dan kos yang terlibat tentunya lebih tinggi.

Lagi satu, plaster mestilah benar benar kering sebelum boleh dimulakan dengan cat asas. Tapi mereka tetap memulakan kerja mengecat kerana masing masing ingin membuat kerja yang lebih mudah.

 Plaster dan Cat

Pemilihan cat rumah juga adalah sangat mencabar kerana saya tidak mahu membazir membeli cat dalam tin kecil semata mata untuk melihat warnanya. Saya membayangkan warna rumah yang diingini dan melawat juga perumahan di kawasan sekitarnya untuk melihat kombinasi cat yang digunakan. 

Saya memilih cat berwarna kehijauan untuk menjadikan rumah kami lebih berwarna pastel. Satu lagi hal yang memeningkan ialah untuk menentukan kombinasi cat antara satu bahagian dinding dengan dinding yang lain. Saya memang kena visualise dinding berkenaan untuk melihat samada kombinasi itu menjadi atau tidak.

 Plaster dan Cat

 Plaster dan Cat

Masa ni tingkap cermin belum dipasang sepenuhnya. Walaupun nampak mudah tapi untuk menyuaipadan cat amat lah membebankan fikiran saya kerana saya hanya mahu yang terbaik di dalam percubaan pertama. 

Begitu juga dengan topi tiang pagar yang asalnya berwarna putih, namun di saat akhir ditukar kepada warna brown bagi memberikan sedikit kelainan dari kebanyakan pagar pagar rumah orang lain.

 Plaster dan Cat

 Plaster dan Cat

Pembinaan gazebo adalah pembinaan yang akhir sekali dibuat. Saya berbelah bahagi kerana asalnya saya mahukan atap gazebo dari shingle kayu belian namun kesukaran untuk mencari menyebabkan saya menggunakan kayu balau laut merah yang setanding cengal sebagai atap.  

 Plaster dan Cat

Haaa yang di bawah ini pula ialah gambar selepas kami berpindah masuk. Perancangan saya menjadi apabila pokok pokok frangipani sudah besar apabila kami berpindah masuk.

 Plaster dan Cat

Saya sebenarnya tidak serik untuk membina rumah sekali lagi jika diberi peluang kerana pengalaman pembinaan rumah ini mengajar saya selok belok pembinaan dan juga karenah pekerja binaan. Klik di SINI untuk catatan seterusnya.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Part VIII: Plaster dan Cat"

  1. Salam Azie, exterior paint you dapat warranty tak? Paling kurang 5 tahun warranty for the product and workmanship.

    BalasPadam
  2. Salam Azie, ada dapatkan warranty untuk exterior paint tak? Biasanya warranty minimum 5 tahun depend on paint brand. Cover on product and workmanship.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke? Tak tahu pulak. Sebab kami beli cat sikit sikit dan dicat oleh pekerja sendiri bukan oleh cat company.

      Padam
  3. Cantik kediaman Puan sekeluarga. Sangat teruja saya membaca setiap entry pembinaan yang puan lalui. Alhamdulillah tahniah puan sekeluarga. Sememangnya kediaman rumah tempat bermulanya segala kehidupan. =)

    BalasPadam
  4. Cantik kaler rumah puan. Boleh kongsikan warna apa dan jenama cat yang diguna?

    BalasPadam