Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Udang Dengan Peria Katak


Masak Lemak Udang Dengan Peria Katak


Semalam saya membuat Masak Lemak Udang Dengan Peria Katak untuk hidangan makan malam dan berbuka puasa. Udang nya sangat segar yang hubby beli di Pasar TTDI. Anak anak komplen kenapa letak peria kerana katanya tak sedap sebab peria tu pahit. Hahaha usahkan peria yang pahit, kalau letak kacang yang manis pun mereka tak suka juga makan sayur. Hmmm sabor jer ler.

Sedap sangat masak lemak bila menggunakan santan yang cukup, menjadikan ianya cukup kemanisan santan dan udang itu sendiri. Jadi bila digandingkan dengan peria yang pahit pahit tu, sedap jer pada tekak saya yang sedang berpuasa ni. 

Saya memang suka buat masak lemak cili padi ni kerana mudah sangat menyediakannya dan cepat sahaja disiapkan. Kalau memasak makanan laut, tak perlu dimasukkan asam keping, cukup hanya garam sahaja.

Jom tengok resepi mudah ni.... 

Masak Lemak Udang Dengan Peria Katak

Masak Lemak Udang Dengan Peria Katak

Bahan bahan:
Udang
Peria - hiris nipis
Santan secukupnya
6 biji cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
Garam

Cara cara:
Blend cili padi dan kunyit dengan santai. Masakkan bahan kisar di dalam periuk dengan api perlahan sambil dikacau. 

Bila hampir mendidih, masukkan peria yang dihiris nipis dan diikuti dengan udang. Masukkan sedikit garam.

Bila mendidih, sesuaikan rasa dan tutup api sebelum santan pecah minyak.


Masak Lemak Udang Dengan Peria Katak

Masak Lemak Udang Dengan Peria Katak



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Masak Lemak Udang Dengan Peria Katak"

  1. AssAlAm azie.sElamat hari raya.
    Anak acik pun sama.payau pahit tekak katanya.Acik mAkan udang dan kuah je.perianya suami soorang yang makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Acik, I pun baru belajar makan peria katak yang pahit ni. Kekonon nak perbanyakkan makan sayur dan ulam.

      Padam