Kuah Lodeh Dan Nasi Impit
Tiba tiba teringat untuk memasak Kuah Lodeh apabila terima sms dari Izzad yang memberitahu ingin datang ke rumah malam nanti. Walaupun dipesan supaya saya tidak memasak apa apa, tetapi apa salahnya dimasak sesuatu kerana boleh juga kami makan semasa berbuka puasa nanti.
Saya tercari cari resepi kuah lodeh yang biasa saya buat tetapi tak menemuinya. Rasanya resepi tu, ada di dalam buku resepi saya yang terletak dalam bilik study. Resepi yang biasa digunakan itu, hanya dimasak begitu sahaja tanpa ditumis, Tapi kali ini saya cuba membuat yang versi tumis pula di SINI.

Lontong dan kuah lodeh adalah masakan yang sangat versatile, boleh dimakan ketika sarapan, jamuan hari raya dan rumah terbuka, malahan boleh dimakan bila bila masa sahaja. Kalau dulu, saya menyediakan kuah kacang tetapi hari ini saya hanya menyediakan Sambal Tumis Ikan Bilis dan telur rebus sahaja.
Teringat lagi makan kuah lodeh yang sedap di rumah jiran kami di USJ di mana diletakkan sekali petai di dalamnya. Sebenarnya kita boleh letak apa apa jer sayuran yang disukai. Macam saya, biasanya akan memilih sayur yang terdiri dari pelbagai warna bagi memberi variasi warna pada kuah lodeh. Ada warna hijau, oren, merah, purple dan sebagainya.
Seperti biasa lah, kita hanya guna nasi impit NONA jer, tak ada lontong di sini. Nasi impit ni sedap dan cantik jika disediakan semalaman sebelum digunakan. Selepas direbus disimpan di dalam peti sejuk, jadi potongannya kelak menjadi lebih kemas dan cantik. Telur pula direbus bersama dengan nasi impit, jadi bila tak dikacau kacau selalu, maka telur kuning tu tidak lah cantik terletak di tengah tengah telur putih. Kebanyakan masa, saya fail dalam hal merebus rebus telur ni.
Jom tengok resepi yang saya gunakan pada hari ini....

Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan (10 orang)
Bahan-bahan (10 orang)
Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 jari kunyit hidup
1 hiris halia
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar ikan bilis (guna kiub ikan bilis)
Sedikit belacan - jika suka
2 sudu kecil jintan kasar - sangar
Bahan Lain:
2 batang serai - dititik
2 batang serai - dititik
4 helai daun salam
1/2 jari lengkuas - diketuk
200 gram udang hidup - kupas kulit
Bahan Sayur di potong kecil:
1/2 biji kobis
8 batang kacang panjang
1 batang lobak merah
1 biji sengkuang kecil
1 biji terung panjang
1 keping tahu kering - rendam
4 biji kentang
4 keping tauhu - potong kecil dan goreng
4 keping tempe - potong dan digoreng
2 ikat su'un - rendam
Cili merah dan hijau - potong serong
2 liter santan pekat dan cair
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1/4 cawan minyak utk menumis
Cara-cara:
Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan bahan kisar dan serai hingga wangi. Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan, daun salam, lengkuas dan masak hingga mendidih.
Masukkan sayur sayuran bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
Hidang sayur lodeh dgn nasi impit atau ketupat dengan sambal tumis atau sambal kacang dan serunding. Masukkan juga telur yang direbus.
Selamat menjamu selera....

salam kenal kak azie..sedapnya nampak kuah lodeh..suka tgk senarai masakan kelantan..nanti ada masa leh cuba
BalasPadamEla, huhuhu menyesal sungguh sebab termakan banyak malam tadi. Tak boleh kontrol, sebab sedap...
PadamSalam, boleh dicuba lontong kering. Guna rendang, serunding, sambal/sayur goreng, kuah kacang/sambal tumis dan telur. Sedap.
BalasPadamSalam, kalau buat lontong kering pun sedap. Guna rendang, serunding, sambal/sayur goreng, kuah kacang dan telur rebus.
BalasPadamtekak klate ku mcm tk blh terima je kuah lodeh ni kak... tk tau nape...
BalasPadamZura, tekak Klate saya dulu pun macam tu jugak. Tapi loni dah boleh lah cuma klu makane Klate juga yang mmg 100% serasi.
PadamSalam, kalau buat lontong kering pun sedap. guna rendang, serunding, kuah kacang, sambal/sayur goreng dan telur rebus. Ini kali ketiga komen, yang dua tak appear kat sini.
BalasPadamBro, entah kenapa komen tu termasuk dalam spam. Itu sebab tak keluar. Ohh mcm mana lontong kering tu? Tk ada berkuah santan ke? Nak kena cuba juga ni. Terima kasih atas cadangan
Padamadusss, sedapnya nampak !
BalasPadamLodeh memang sedap terutama kalau guna udang fresh. Apalagi kalau digandingkan dg sambal tumis yg dibuat pekat kering. Aduh 3 kali tambah, sis
PadamSalam, kak.. Terima kasih atas perkongsian resepi ni, memang nak try. Nak tanya, resepi diatas ni untuk hidangan berapa orang ek??
BalasPadamInumadeeha, memang dapat satu periuk besar. Rasanya utk 10 ke 15 orang pun boleh
Padamsalam akak, apa beza dengan kuah lodeh yg lain yang akak buat. yg ni byk bahan kisar.
BalasPadamRasanya pasti berbeza. Kena cuba sendiri, baru tahu perbezaannya. Semua pun sedap
PadamNampak sedap ni! Nok keno cubo ghetek ni!
BalasPadam