Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Begedil Ayam Untuk Nana


Begedil Ayam Untuk Nana

Semasa berchatting dengan Nana dari Dublin melalui bbm, dia meminta dimasakkan pelbagai jenis masakan bila dia balik nanti. Antaranya ialah soto. Bila sebut tang Soto ni yang selalu jadi penghalang ialah begedil. 

Kalau dulu dulu, bahagian penyediaan begedil di bawah tanggungjawab bekas pembantu rumah kami, Sri Handayani. Memang tak susah membuat begedil ni tapi saya ni agak al malas sikit walaupun memang suka sangat makan begedil. Dulu pernah buat begedil, tapi Nana yang membuatnya di SINI.

Tapi kali ini saya mesti menyediakan sendiri begedil untuk Soto yang diminta Nana. Hari ini saya sediakan begedil awal awal dan digoreng separuh masak sebelum disimpan dalam freezer supaya time nak makan, tinggal goreng sekejap aje. Saya memang tak suka buat last minute terutama perkara yang saya agak tak gemar membuatnya.

Saya sertakan gambar gambar membuat begedil langkah demi langkah. Hahahaha bukan apa tapi sebab hari ni terlebih rajin. Dah lah pagi pagi tadi dah kejutkan hubby ajak ke masjid. Pergi ke satu masjid masih berkunci, pergi lagi satu masjid, masih gelap. 

Akhirnya tunggu dalam kereta sehingga ianya dibuka. Jadi balik dari masjid, saya tak tahu apa nak dibuat, saya pun mula memasak begedil serta lauk pauk lain untuk hidangan tengahari nanti. 

Saya menyediakan Ayam Masak Kicap Pedas di SINI dan Masak Lemak putih Terung di SINI. Sempat juga saya membuat Agar agar Jagung Berkrim di SINI. Untuk sarapan pula, saya sediakan nasi goreng kampung.

Jom layan resepi dan gambar gambarnya......

Begedil Ayam Untuk Nana

Begedil Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
5 biji ubi kentang
Isi ayam - potong kecil
1 biji telur
Daun Sup
Daun Bawang
Bawang goreng
Garam
Serbuk lada sulah

Cara cara:
Kupas dan basuh ubi kentang dan potong nipis. Goreng ubi kentang tadi sehingga empuk.



Semasa masih panas panas, tumbuk atau lenyekkan ubi yang di goreng tadi bersama sedikit garam dan serbuk lada sulah sehingga lumat.


Ayam dilumur garam kunyit dan digoreng seketika dan kemudian ditumbuk.

Masukkan ayam dan telur, gaul rata. Masukkan pula daun bawang dan sup serta bawang goreng yang ditumbuk atau diramas. Gaul hingga menjadi seperti doh.

Begedil Ayam Untuk Nana

Begedil Ayam Untuk Nana

Begedil Ayam Untuk Nana

Begedil Ayam Untuk Nana

Bulat-bulatkan doh tadi dan kemudian leperkan sedikit. Buat sehingga habis.


Begedil Ayam Untuk Nana

Begedil Ayam Untuk Nana

Panaskan minyak dalam ¾ adunan sahaja bagi mengelakkan menyerap minyak dan digoreng sehingga garing.



Begedil Ayam Untuk Nana

Jika suka, boleh juga dicelup ke dalam telur yang dipukul bersama sedikit garam sebelum digoreng.



Boleh lah dihidangkan samada dimakan dengan nasi putih, soto atau dimakan begitu sahaja. Selamat menjamu selera.


Begedil Ayam Untuk Nana

Begedil Ayam Untuk Nana

Nota:
Jika ada lebih, boleh digoreng separuh masak dan dimasukkan ke dalam bekas bertutup sebelum disimpan di dalam freezer. Bila nak makan, dikeluarkan dan goreng seperti biasa.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Begedil Ayam Untuk Nana"

  1. thanks kongsi resepi. nak cuba nanti :)

    BalasPadam
  2. cantik dan nmpk sedap sis :)
    saya ada buat baru ni, tapi bila goreng jadi pecah2..sis ada petua ke yang boleh dikongsi. tq :)

    BalasPadam
  3. nak cuba la...free2 visit instagram saya ya beautiful borderlace..tq

    BalasPadam