Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Las Vegas Part 5: Las Vegas Will Be Missed


Las Vegas Part 5: Las Vegas Will Be Missed

Entri ini ialah entri hari terakhir saya dan suami di Las Vegas. Boleh rujuk entri sebelum ini di SINI. Hari itu, tiada wake up call kerana kami perlu check out sebelum pukul 11 pagi dan tinggalkan beg di lobi hotel. Kami mesti kembali ke hotel semula pada pukul 4.30 petang untuk bertolak ke Mc Carran International Airport untuk ke Los Angeles International Airport.

Kami turun bersarapan agak lewat juga kerana mau menantikan waktu  untuk terus check out. Waktu sarapan, kami minta disediakan 4 biji hard boiled egg kerana kebetulan pagi ini tiada nasi seperti hari pertama kami bersarapan dengan nasi goreng yang sedap. Nasi goreng Las Vegas lah katakan, walaupun tiada apa bahan di dalamnya, rasa sedap jer.





Oleh kerana masa agak panjang, hubby google mencari kedai yang menjual kasut Macbecth yang dipesan oleh Boy. Kami mengambil teksi untuk ke Fashion Show Mall di mana di dalamnya ada Macy's, Neiman Circus dan Sax Ninth. Oleh kerana Coach di sana tidak mempunyai warna yang saya inginkan, terpaksa lah juga kami ke Fashion Show untuk menukar handbag.

Las Vegas Part 5: Las Vegas Will Be Missed

Semasa dalam perjalanan balik, kami singgah di Bellagio Hotel sementara berehat dari panas terik yang semacam jer tu dan singgah di Mc Donald. Kami memang saja lepak lepak di situ, sambil membelek fb dan bersandar untuk merehatkan badan kerana di hotel lobby, tiada sofa disediakan. Bukan apa, cuaca sangat panas terik, memang penyakit membakar diri. Balik ke hotel untuk mengemas dan mengambil beg yang ditinggalkan di lobby. Kami hanya bersolat di lobi hotel sahaja.


Las Vegas Part 5: Las Vegas Will Be Missed

Las Vegas Part 5: Las Vegas Will Be Missed

Penerbangan ke LA dengan Southwest mengambil masa kira kira 1 jam. Kami tiba di Terminal 1 dan terpaksa berjalan agak jauh kerana check in EVA Air di Terminal 4. Agak memenatkan sekali apabila terpaksa berjalan  laju dengan menarik bag yang dah beranak pinak tu dek mengejar masa.

Penerbangan malam itu agak penuh dan beratur agak panjang semasa check in. Selepas check in kami naik makan di restoran tingkat atas. Kami makan telur rebus yang dipesan dari hotel dan juga mee maggi yang masih ada 1 pek lagi. Sedap nyer bila makan maggi ditempat orang. Kami juga bersolat di tempat makan tersebut memandangkan orang tak ramai di situ dan senang pulak untuk mengambil wudhu. Kami boarding penerbangan EVA Air pada pukul 1.08 pagi setelah delay selama 30 minit dari Gate 103 dan transit di Taipei.

Penerbangan yang panjang ini terasa amat memenatkan tapi kerana duduk di seat emergency, dapat juga bergerak gerak dan membuat regangan ringan sambil minum air yang banyak bagi mengelakkan dehydration. Lagipun, badan dah penat selepas berhari hari melakukan aktiviti berjalan jalan dan meronda ronda yang entah berapa kilometer jauhnya setiap hari. Dalam penat penat tu, seronok juga melihat peramugari EVA Air yang cantik cantik, putih sudah tentulah dan tinggi tinggi pulak tu. Ingatkan orang Taiwan pendek pendek macam orang China dan Jepun. Agaknya generasi baru Taiwan ni dah lain lah kot.

Kami tiba di Yaoyuan International Airport Taipei pada pukul 6.20 pagi waktu tempatan selepas 12 jam penerbangan. Ada lagi 4 jam penerbangan ke KLIA. Sebelum menaiki flight pukul 9.25 pagi, kami lepak lepak di Terminal 1 sambil membelek belek fb. Wah kat airport ni, banyak kemudahan internet disediakan selain free wi fi. Rasanya tak ada kat KLIA kemudahan seperti ini.  Siap ada prayer room lagi.




Banyak tempat kosong dalam penerbangan ini, jadi bolehlah kami berlapang sedikit. Kami dijamukan dengan ayam dan kentang panggang, bagi makanan muslim. Kami selamat sampai di KLIA pada pukul 2 petang pada 10 May. Kalau di US, kami jadi muda sehari kerana masih 9 May.

Dengan itu, berakhirlah percutian yang memenatkan tetapi menyeronokkan dan meninggalkan banyak kenangan manis yang sukar dilupakan. Saya memang tidak sesuai untuk bercuti lama lama di luar negara, badan kodi kata Nik Faris kerana badan kering kegatalan walaupun sudah di sapu cream. Hidung pun mulai kering dan sakit. Aduhaaaiii macam mana tu? Namun di dalam hati berazam untuk membawa famili bercuti ke USA satu hari nanti.

Rindu sekali pada anak anak, pada Villa Nur Qaseh dan pada Malaysia, negara ku yang tercinta. Inilah catatan perjalanan dan percutian ke Amerika Syarikat selepas 19 tahun. Insya Allah, panjang umur, ada rezeki tahun depan saya teringin untuk bercuti ke Eropah, ada tempat yang saya ingin kunjungi sejak berbelas tahun lama....


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Las Vegas Part 5: Las Vegas Will Be Missed"

  1. Assalam Azie.
    Bestnya baca en3 ni.Berimpian juga nak pergi ke tempat2 menarik diluar negara bersama keluarga.

    BalasPadam
  2. Salam Azie...Sekali sekala berjln2 melihat negara org mmg bestkan.

    BalasPadam
  3. Norzie, selagi kita punya impian dan berusaha, Insya Allah ianya akan menjadi kenyataan. Pengalaman berbeza memberikan banyak pengetahuan baru pd kita terutama negara negara yg berbeza dg kita dari segi cuaca, budaya dsb

    BalasPadam
  4. Azatie, bila pergii bercuti semuanya best apalagi kalau bercuti dinluar negara yg memberi pengalaman berbeza...

    BalasPadam