Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cinnamon Sugar Pull Apart Bread


Cinnamon Sugar Pull Apart Bread

Saya memang seorang yang impromptu, bila terasa nak buat jer, saya akan terus buat. Saya memang cepat dalam merancang dan mengambil tindakan. Begitu juga dengan roti ini yang memang tak pernah dirancang sama sekali. 

Bila tiba tiba terpandang dalam satu blog entri berkenaan dengan Pull Apart Bread, saya terus ingin membuatnya. Lebih lebih lagi semua bahan yang diperlukan ada dalam store. 


Cinnamon Sugar Pull Apart Bread

Saya menggunakan doh dari resepi Tuna Roll kerana ianya telah dicuba dan terbukti sangat fluffy. Tapi seperti biasalah saya memasak sebaik balik dari pejabat. Masa amat mencemburui saya kerana matahari hampir tenggelam di saat saya sangat memerlukan cahaya semulajadi. Itu yang saya pelajari berkenaan dengan teknik food photography. 

Cinnamon Sugar Pull Apart BreadCinnamon Sugar Pull Apart Bread

Bila ada masa, saya akan berkunjung ke supermarket dan mall untuk mencari props for food photo. Sekarang memang langsung tak ada kerana saya bukan seorang yang suka ke dapur. Saya mempunyai koleksi pinggan mangkuk, gelas dan sudu sudu sahaja. Hanya peralatan menghidang yang formal. 

Jadi saya berazam untuk belajar teknik food stylish dan akan mempertingkatkan dari masa ke semasa. Saya bercadang untuk mengubah bilik pembantu rumah menjadi mini studio. Kekangan masa membantutkan semua ini. Mungkin selepas Nana kembali ke Malaysia, saya berpeluang untuk berjalan jalan ke supermarket seperti dulu....

Jom layan resepi yang saya ubahsuai seperti di bawah....

Cinnamon Sugar Pull Apart Bread

Cinnamon Sugar Pull Apart Bread
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan Doh - 
250 gram tepung roti (+ 1 - 2 sudu besar tepung)
50 gram gula kastor
½ sudu kecil garam halus 
10 gram susu tepung 
¼ sudu kecil bread improver (guna vegetable shortening)
¼ sudu kecil bread softerner
30 gram telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang) 
6 gram yis segera Kijang 
20 gram mentega 
125 ml air suam 

Larutkan yis dalam air suam, hingga berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Tambahkan tepung jika adunan masih melekat.

Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulatkan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 


Filling:
1 buku mentega - cairkan
¾ cawan gula perang
1 sudu besar cinnamon

Cara cara
Lenser loyang foam yang lebih mudah dikeluarkan.
Cairkan ½ buku mentega di dalam microvave. Di dalam bekas lain, satukan gula perang dan serbuk cinnamon.

Bulatkan doh (tak perlu betul betul bulat). Celup doh ke dalam butter cair dan kemudian masukkan ke dalam campuran gula sebelum dimasukkan ke dalam loyang. Jangan diletak padat. Buat sehingga habis.

Tutup dengan tuala dan biarkan ia mengembang sekali ganda selama 45 minit.

Bakar pada suhu 160 selama 20-25 minit atau sehingga permukaan menjadi keperangan dan memastikan bahagian dalam juga masak.




Sejukkan seketika sebelum dihidangkan.

Cinnamon Sugar Pull Apart Bread

Cinnamon Sugar Pull Apart Bread

Cinnamon Sugar Pull Apart Bread

Cinnamon Sugar Pull Apart Bread




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

20 ulasan for "Cinnamon Sugar Pull Apart Bread"

  1. Aslmkm Azie... dah tido ke... waaaah... rasa cinnamon mmg sedap ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Along. Belum tidur lagi. Tengah dok layan internet. I lebih suka pull apart bread dr cinnamon roll. Terima kasih kerana sudi singgah

      Padam
  2. salam sis.. cantik dah gambar tu ..belum pernah try lagi buat roti yang tengah hot suatu ketika dulu... hihi.. bila nampak ada tayangan balik ni mula la terbayang sal roti ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wani, tengokkan gambar ni dah OK dari segi cahaya. Tapi kena belajar props, angle dan setting kamera pulak.

      Padam
  3. Assalam my dear Azie.. hrmmm.. terbau bau wangi cinnamon tu.. sedapnyerrr.. serius cakap gambar Azie dah semakin cantek.. focus dh makin sharp tu n set set tu pun cantek :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shiela, cahaya dah cukup kan? Itu pun matahari dah nak terbenam, baru kuih masak. Nak mula mengumpul props. Stand utk background, meja, kitchen linen semua tak ada lagi. Terima kasih atas tunjuk ajar juga

      Padam
  4. Selamat pagi Azie,
    cantiklah kejadian cinnamon sugar pull apart bread tu...,
    insya-Allah segala yang Azie rancang berkaitan fotografi tu akan terlaksana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Amie. Itu mmg minat saya sejak dulu tapi tak pernah berkesempatan utk belajar. Gambar gambar blog Amie pun cantik. Saya suka melihatnya. Lepas ni nak mula kumpul props dan Insya Allah, ada rezeki nak beli lense

      Padam
  5. cantik kejadian cinnamon pull apart bread nih kak Azie... tentu sedap makan panas2 kan... saya pun selalu baking2 lepas solat Asar... pagi ngn tgh hari mana lah sempat nak baking2... so kalau dah baking2 sebelah petang amek gambar pun ikut sempat je ler... nak tunggu siang takut tak sempat langsung nak posing kuih muih tu dah habis dulu...ngeee... hmmmm... :(

    wah best nye ada bilik khas ala2 mini studio... InsyAllah moga impian kak Azie terlaksana ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. FnF, itu baru cadangan kerana skrg mmg tak ada langsung koleksi utk props. Jeles tengok orang punya gambar, semua cantik cantik

      Padam
  6. I bet the smell of this cinnamon bread is wonderful and it is delicious too!

    BalasPadam
    Balasan
    1. I love the smellmof cinnamon. It is so refreshing

      Padam
  7. salam sis..nampak sedap..bahan2 tu pun ada dirumah..terasa pulak nk mencubanya..tp keadaan x mgizinkan lg nie..salin resepi dululah:)..thnks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zila, it is so delicious for english breakfast. Huhuhu makan pula dg english tea. Jadi omputih sat

      Padam
  8. Salam sis.meroti lagi.....bestnya buat roti sendiri....sy bab meroti ni kurang rajin betul tp suka tengok kwn2 buat roti sendiri.... tumpang jamu mata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mamasya, kalau buat roti melayu asyik tak menjadi. Buat roti omputih, baru menjadi dan sedap.

      Padam
  9. Assalam azie,
    cantik nampak roti pull a part ni..kita so far belum cuba lagi roti yang ada cinnamon ni..sebab hubby & anak2 tak suka baunya..apa lagi merasa..tapi kita pasti mesti sedap sebab dulu kita ada juga rasa sikit kawan kasi rasa in the office..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayu, sebenarnya bau cinnamon ni sedap. Tapi kena biasakan dulu. Apalagi diganding dg teh O, fullamak sedap sangat

      Padam
  10. Balasan
    1. LP, dah 2 hari masih sedap. sedap dimakan suam, jadi saya panaskan dalam oven jap. best sangat, masih semerbak bau cinnamon

      Padam