Chicken Pie Lagi
Alhamdulillah, kita telah berjaya menyempurnakan satu hari puasa dan 2 malam terawih. Semoga kita akan terus mengerjakan solat terawih sehingga ke akhir Ramadan. Insya Allah. Semasa ke Giant, saya ada berjanji dengan Aween untuk membuat chicken pie. Jadi dia pun mencari bahan bahan yang diperlukan. Walaupun semalam sangat kepenatan kerana mengemas rumah, terpaksa juga menunaikan janji. Janji mesti ditepati walaupun dengan anak sendiri.
Malam tadi sebaik balik dari solat terawih, saya bercadang untuk membuat inti pie dan pie akan dibuat hari ini. Tetapi masa saya sedang menyediakan inti, Aween datang ke dapur dan meminta saya membuatnya beberapa biji kekonon untuk makan sahur. Tak sampai hati bila melihat dia ingin membuatnya sendiri jika saya tak mahu membuatnya. Tapi dah alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Hahaha ya lah dah tinggal sikit saja lagi. Alang kepalang jer untuk simpan esok.
Malam tadi, Aween minta dibuat 5 biji, jadi dah hampir separuh tu. Maka berlaku lah kejadian Chicken Pie lagi malam tadi. Sambil sambil saya menyediakan Tumis Sardin dan Daging Goreng garam kunyit untuk dimakan semasa sahur nanti. Daging yang dilumur garam dan kunyit tu hanya direbus dulu sekejap bagi empuk. Sebelum sahur, baru digoreng dengan minyak. Jadi kerja kerja kita menjadi lebih cepat.
Malam tadi, Aween minta dibuat 5 biji, jadi dah hampir separuh tu. Maka berlaku lah kejadian Chicken Pie lagi malam tadi. Sambil sambil saya menyediakan Tumis Sardin dan Daging Goreng garam kunyit untuk dimakan semasa sahur nanti. Daging yang dilumur garam dan kunyit tu hanya direbus dulu sekejap bagi empuk. Sebelum sahur, baru digoreng dengan minyak. Jadi kerja kerja kita menjadi lebih cepat.
Kalau ada yang nak tengok resepi Chicken Pie boleh tengok resepi di bawah. Nak tengok entri sebelum ini, boleh klik di SINI. Jom layan resepinya.....
Pai Ayam Melbourne
Sumber resepi - Nora (koleksi resepi "secukup rasa")
Oleh: Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Untuk inti pai (filling):
1 cawam isi ayam- hiris nipis
1 cawan cendawan butang- hiris nipis cap ayam brand
1 tin sup cendawan butang jenama Campbell
1 tin (kecil) kacang pis - cap ayam brand
1 biji bawang besar- potong dadu
1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
1 sb lada sulah
2 sb mentega/minyak zaitun
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
Sedikit air (sekiranya terlalu pekat)
Untuk pastri :
100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 cmb air
atau guna:
Kulit puff pastri/roti pratha jenama kawan
Cara cara:
Panaskan mentega.Goreng bawang besar hingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika.
Masukkan sup cendawan butang Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan ketepikan seketika.
Canai kulit pai dan letakkan ia sebagai lapisan bawah (base) dan cucuk sedikit dengan garfu. Bakar selama 5-6 minit.
Tuangkan isi pai yg dimasak tadi ke atas base pai.
Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai sebagai lapisan atas.
Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 sk air utk mengilatkannya.
Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200C.
TIPS:
Guna kulit/pastri segera kerana ia senang dimasak, sedap dan menjimatkan masa. Ia bolih dibeli dikedai biasa atau di pasar raya.
Jangan masak terlalu lama sebab inti pai itu tadi sudah pun hampir masak.
Sekiranya tidak mahu membuat base pun tidak mengapa. Cukup dgn kulit diatas sahaja
As-salam sis..
BalasPadamshedapppnyaaa..dah siap ya menu berbuka hari ini..
JC, yang ni buat malam tadi utk my son
PadamWahhhh lg sekali pebret D5 muncul.. Huhuhuhuhuh cantik n nampak sedap sgt pai ayam nie aduhhh terliur D5 pose2 nie ekkekeke..
BalasPadamD5, kekonon nak buat inti dia jer malam tadi supaya senang nak rasa. tapi terus buat dan simpan dalam freezer.
PadamAssalamualaikum kak =)
BalasPadamSedap ni buat berbuka puasa petang ni;)
Hidangan yg yummy~~:)
Selamat berpuasa kak sekeluarga:)
LP, sambil membuatnya, anak I dok meratah inti dia sebab katanya sedap sekali. Selamat berbuka
Padamwaaaaa best2 !!... acuan aluminium tu skali guna je ke ? ke blh cuci pastu guna ulang kali..?
BalasPadamZura, saya basuh dn guna lagi. sebab elok jer lagi. jimat sikit
PadamAzie, your chicken pies are looking so delicious. I am so motivated to try making pies. Yum!
BalasPadamPH, should try. It is so delicious. My son loves it.
Padamsaya dh buat ikut resipi ni sis, alhamdulillah sedap sgt, tq resipinya.
BalasPadam