Saya ubahsuai resepi ini dari resepi Ketam yang terdapat dalam blog Bila Chah Ke Dapur kerana saya tak punya ketam. Sekarang ni, kena fokus pada masakan lauk pauk dulu kerana yang pasti lauk pauk yang dimasak akan dapat sambutan dari penghuni Villa Nur Qaseh yang 3 orang tu berbanding dengan kuih muih.
Kalau nak membuat kuih muih, kena tunggu hari minggu jer. Saya pun tak terkejar kejar masa memasak, masa mengambil gambar dan mengemaskini blog. Bila terkejar kejar ni, badan pun jadi penat. Bila penat, hihihi tak sempat nak berzikir lama lama selepas solat, asyik menguap nguap jer.

Beberapa malam lepas, saya ada menyediakan Masak Kicap Ikan Kerisi yang mendapat sambutan hangat. Alaa sambutan dari penghuni rumah ni lah. Jadi bila dah kekeringan idea, buat lawatan tapak ke dapur kawan kawan dan tersinggah di Dapur Chah.
Saya memang suka melayan gambar gambar yang cantik dan boleh melihat satu satu gambar dari tepi ke tepi, dari atas ke bawah lah. Haaa begitu lah saya, yang rasa terhibur dapat menjamu mata dengan gambar gambar masakan yang cantik menawan.
Terpesona dengan gambar yang cantik, menyebabkan saya ingin mencuba resepi Chah yang diminta dari tukang masak di sebuah restoran masakan seafood. Memang sedap sekali resepi ini. Tambahan lagi, penggunaan daun kucai menambahkan manis manja lagi masakan ini... Jom layan resepi dulu....

Udang Masak Black Pepper
Oleh: Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
5 ekor udang harimau
5 ekor udang harimau
Segenggam kecil lada hitam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3-4 sudu besar kicap cair
3-4 sudu besar sos plum (guna sos ikan)
4-5 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
secubit dua gula
2 pokok daun kucai
Minyak
Cara-cara:
Goreng udang sekejap dan ketepikan.
Tumbuk lada hitam, bawang putih dan halia hingga hancur. Tumis bahan tumbuk hingga agak garing sebelum dimasukkan sedikit air.
Masukkan sos dan masak hingga agak pekat. Sesuaikan rasanya.
Masukkan udang dan daun kucai. Kacau sebentar dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Rajinnya bos ni...gambar tu nampak menarik sgt, kak suka bau kucai...