Las Vegas Part 1: Las Vegas, Here We Come
Seperti dijanjikan, selepas catatan perjalanan ke Egypt, saya ingin menyambung semula berkenaan percutian kami ke States. Boleh rujuk entri sebelumnya di SINI.
Hari terakhir di San Francisco, pagi pagi dah bangun untuk sarapan dan check out untuk ke airport dan seterusnya berlepas ke Las Vegas dengan penerbangan Southwest. Memang pemeriksaan sangat thorough di sini. Semua kena buka kasut dan lain lain barang kena keluarkan. Biasanya orang lelaki jer buka kasut. Tapi perempuan pun kena buka kasut untuk di scan.
Dari udara, dapat dilihat jelas Las Vegas yang tidaklah besar dan tidak banyak pun, bangunan bangunan tinggi. Penerbangan dari San Francisco ke Las Vegas memakan masa selama 1 jam 15 minit.
Dalam kesejukan, apa yang saya ingat ialah nikmatnya meminum teh dengan krim yang dipesan. Pramugari Southwest semua tak lawa dan tua tua pulak tu. Itulah bezanya di US, tua bukan ukuran, sama juga pelakon dan penyanyi mereka, masih laku asal lakonan masih mantap dan suara masih hebat. Kalau tempat kita, dah tua mulalah lakonan tak mendapat sambutan lagi, apalagi nak mendapat anugerah Bintang Popular.
Dari airport ke hotel, kami menaiki hummer. Wah travel like a superstar, kata travel guide. Memang VIP treatment lah given by the Prudential. Dalam hummer siap ada champagne lagi bagi yang bukan berugama Islam.
Perjalanan ke hotel sangat singkat jadi bagi membolehkan kami menikmati keseronokan seperti superstar lebih lama, kami dibawa ronda ronda di bandar Las Vegas dulu. Memang tak pernah termimpi pun jika sendiri sendiri, mampu menaiki hummer walaupun kami pernah menaiki limousin semasa di San Francisco Airport ke hotel 19 tahun yang lalu. Bila naik dengan percuma, terasa lagi keistimewaannya berbanding dengan bayar sendiri kan?
Kami tinggal di Hotel MGM Las Vegas yang memang bertaraf 5 star. Aduhaai bed and pillows are so comfortable and seriously to die for. There were 1 big long pillow and 4 king size pillows. Lebih hebat kalau tak sama pun dengan Hotel Hilton San Francisco. Kami bernasib baik kerana biasanya bilik hotel ready pukul 4 petang maklumlah hotel ini mempunyai 6000 bilik kesemuanya.
Perjalanan ke hotel sangat singkat jadi bagi membolehkan kami menikmati keseronokan seperti superstar lebih lama, kami dibawa ronda ronda di bandar Las Vegas dulu. Memang tak pernah termimpi pun jika sendiri sendiri, mampu menaiki hummer walaupun kami pernah menaiki limousin semasa di San Francisco Airport ke hotel 19 tahun yang lalu. Bila naik dengan percuma, terasa lagi keistimewaannya berbanding dengan bayar sendiri kan?
Selepas sarapan, masuk bilik dan terus kami ke Las Vegas Premium Outlet North dengan menaiki teksi bersama Nik Faris dan famili. Sebelum itu, kita layan dulu breakfast kami..
Ini pulak desert yang sangat sangat sedap. Bermacam macam desert yang disediakan, rasa semuanya nak diambil tapi mana mampu. Jadi pilih pilih yang sedap dan bahan bahan yang boleh dimakan sahaja...
Oleh kerana terlalu kepenatan, saya tidur di bangku di depan depan outlet dan ada ketika saya cari tempat menyandar dan berlunjur kaki tanpa menghiraukan orang sekeliling. Ya lah depa bukan peduli pun kecuali kalau terserempak dengan kumpulan kami. Masa tertidur tu risau juga memikirkan dokumen di dalam handbag jer.
Tinggallah hubby sendirian bergerak mencari baju baju untuk anak anak. Selepas rasa segar sedikit, saya mula bergerak mencari barang untuk diri sendiri. Saya beli 2 helai kemeja Calvin Klein dan juga sepasang kasut Sketchers saja di sini.
Kami balik sebelum pukul 6.30 untuk bersiap menghadiri fine dinner di sebelah malamnya. Berkali kali dipesan oleh tour guide supaya berkumpul pukul 6.30 di West Wing...
Sehingga jumpa lagi di sambungannya di SINI. Enjoy...
Catat Ulasan for "Las Vegas Part 1: Las Vegas, Here We Come"
Add your comment