Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kue Teow Goreng Udang


Kue Teow Goreng Udang

Seumur hidup rasanya belum pernah lagi saya menggoreng kue teow. Malahan kue teow ni adalah makanan yang baru dalam hidup saya. Saya mula mengenali kue teow apabila boyfriend saya semasa di universiti yang handsome, hidung mancung dan tinggi lampai macam Roy Marten tu, sering memesan kue teow setiap kali kami keluar makan bersama. Si dia yang membuatkan saya jatuh cinta pada pandangan pertama. Cinta separuh mati. Macam lagu di bawah ni....


Siapa pernah jatuh cinta,
Pada pandangan yang pertama,
Apakah memang sama,
Dengan ku punya cinta,
Yang kini ku alami sendiri.
Ohh kini aku bertanya tanya,
Siapa pernah jatuh cinta,
Makan minum tak sudi,
Tidur pun apa lagi,
Suka dan duka silih berganti,
Hari pun terlalu cepat berganti lagi,
Tak terasa tambah umur ku kini,

Siang malam kau selalu ku nanti nanti,
Rindu ku rasa tak tertahan lagi.

Hmm... siapa lagi boy friend yang selalu buat jiwa saya kacau kalau bukan my laling hubby yang juga my super senior semasa di kolej. Saja bagi suspen sekejap. hahaha itu citer selingan jer.


Kue Teow Goreng UdangKue Teow Goreng Udang
  
Bayangkan berapa umur saya ketika mengenali kue teow tu. Jakun sikit kan? Al maklumlah saya budak kampung yang hanya reti makan mee goreng kampung yang bodo tu. Alaa mee yang digoreng hanya dengan kangkung, tak ada diletakkan apa apa pun selain sayur kangkung. Tapi sedap sangat sangat sehingga sekarang, saya masih mencari mee yang dijual di pasar Jelawat tu setiap kali balik kampung.

Saya terfikir nak membuat kue teow goreng selepas Juita beberapa kali meminta saya membuatnya kerana selama ini saya hanya pandai membuat mee goreng sahaja. Saya suka kue teow goreng agak agak kering ala ala chinese style berbanding dengan char kue teow yang basah berkuah tu. Sedap jika dapat dimakan dengan cili hijau jeruk, atau kalau tak ada, cili hijau yang dihiris pun, bolehlah juga. Saya cuma hiris cili padi dan diletakkan kicap cair.


Kue Teow Goreng UdangKue Teow Goreng Udang
 
Sekembali dari Langkawi petang semalam, saya terpandang blog rakan rakan yang menayangkan entri kue teow goreng, itu lah yang terus berlakunya kejadian kue teow goreng. Resepi ini yang saya ubahsuai dari beberapa resepi dan juga dari cara cara saya memasak mee goreng selama ini. Saya tak letak taugeh kerana anak anak tak suka taugeh dan saya sendiripun kurang menyukainya juga. Tapi sayur kucai memang tak boleh ditinggalkan kerana kemanisan daun kucai yang menjadikan kue teow sangat sedap. 

Apa apa pun, kue teow saya hari ini sangat sedap. Jangan tak tahu pulak, lepas memasak dan makan, tibalah pulak sessi memuji diri sendiri. Saya memang agak susah untuk merasai kue teow yang sedap kerana saya tak gemarkan kue teow. Tapi hari ini saya rasa sangat friendly pada tekak saya sehingga saya menambah berkali kali. Puashati sangat dengan percubaan pertama ini. Practice makes perfect. Di lain kali, pasti akan lebih sedap. Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini...


Kue Teow Goreng Udang

Kue Teow Goreng 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 peket kuey teow - dilerai-lerai
200 gram udang - buang kulit
200 gram isi kerang
2 keping fish cake - hiris nipis
2 ikat kucai 
100 gram taugeh (tak letak)
4 biji telur

Bahan tumbuk:
5 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sb cili kisar

Bahan Sos:
4 sb sos tiram
4 sb kicap manis
4 sb kicap cair
2 sb sos Ikan 
Sedikit minyak bijan
Sedikit soya sos


Cara cara:
Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan cili kisar dan biar sampai cili cukup masak. Masukkan udang dan dikacau sampai udang masak.

Masukkan semua bahan sos dan gaul rata. Masukkan kue teow diikuti dengan kucai dan taugeh dan kacau lagi.

Ketepi sedikit kue teow dan masukkan telur. Dikacau kacau sehingga agak mengeras, digaul rata dengan kue teow. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. 


Kue Teow Goreng UdangKue Teow Goreng Udang


Nota:
Masak dengan api besar dengan cepat supaya kue teow, tidak menjadi hancur.

Kue Teow Goreng Udang


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

19 ulasan for "Kue Teow Goreng Udang"

  1. Tahniah sis.laman muncul di majalah...pasti cantik landscapnya. kuetiaw letak kerang dan udang mmg favorit...masa kat Msia pasti seminggu sekali goreng kuetiaw...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Mamasya. Alaa landskap rekaan dan seliaan sendiri. Sedap mata sendiri memandang jer. Tadi ingat nak letak kerang tapi I sebenarnya tak berapa suka kerang wp anak anak memang peminat kerang. Walaupun letak 4 biji telur tapi tak kelihatan bersalut pun. Kalau ada cili jeruk lagi best...

      Padam
  2. asslm kak Azie...sedapnye malam2 ni tgk kue teow goreng tu...aduh terasa lapo la pulak..hehe..nk tmpgmkn skali bleh..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. QH, mudah jer rupanya nak membuat kue teow goreng ni. I sendiri rasa macam nak gi makan lagi tapi kena mengawal nafsu makan ni.

      Padam
    2. Azie, love your recepies as always.. tapi setiap resipi, boleh tak diberikan anggaran makan berapa orang (feed how many people) supaya senang kita kurangkan atau gandakan ikut keperluan. Tk.

      Padam
    3. Saya memasak utk keluarga jer. Jadi memang saya tak pernah kira makan utk berapa orang. Ada kala mereka menambah nambah.

      Padam
  3. hai Zie, ada agi tak kkue teow tu mesti dah habis ni kan tkpe esuk2 kak Noor pun nak buat kue teow cam ni buh udang beso heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Noor, kalau nak kue teow sedap manis, letak udang besar dan segar. Terasa kemanisan seafood. Itu yg lagi kaw kaw

      Padam
  4. wow..absolutely lipsmacking..
    new to your space..
    lovely space you have
    happy following you..:)
    do stop by mine sometime
    Tasty Appetite

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you so much for stopping by. Sure, I will visit your blog soonest.

      Padam
  5. assalam. resepi2 awak mmg sedap2....sy dah try byk resepi awk......tq sbb share

    BalasPadam
  6. Thanks dengan resepi Azie Kitchen...saya suda banyak mencuba resepi2nya..memang semua sedap dan menjadi..nyum..nyum..nyum..

    BalasPadam
  7. Tk berkongsi resepi...saya sebelum ni memang tak pandai goreng kuew teow..hancussss

    Jemput ke blog saya

    http://mamafreshpicks.wordpress.com

    BalasPadam
  8. Salam..boleh share x sos ikan yg guna jnama apa?sbb susah nk cari yg ada halal..TIA

    BalasPadam
  9. yeahh ade pun resepi kueh tiow dri sis azie..sy pape klo cri resepi msti cri sis azie pnye dlu๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰satgi sy nk buat cuma tkr udg,kerang ke aym dan fish ball..hihi..sy mmg dah byk ikut resepi sis that why sy prcaya ia mmg sdp..dan sntiase cri yg sis pnye respi dlu..thanks sis krana brkngsi resipi yg ringkas tp marvellous ๐Ÿ˜‰

    BalasPadam
  10. Kak azie, asal bachok ke? Sy tahu rasanya mee grg kangkung tu. Pernah makan.hehe

    BalasPadam
  11. Resepi kak azie semue sedap "๐ŸŒน๐ŸŒน

    BalasPadam
  12. tq kak azie. sy mmg sllu cuba resepi kak azie. 1st time sy jumpa blog kak azie ms sy nk buat nasi ayam. kali pertama cuba dh menjadi. sbb sy betul2 ikut sukatan yg kak azie buat. skrg resepi nasi ayam azie kitchen dh ada dlm kpla. laksam pun sy dh pandai buat. t.kasih banyak2 kak azie sbb xlokek ilmu memasak

    BalasPadam