Super Moist Caramel Banana Cupcake
Selamat bertemu sekali lagi hari ini. Tak boleh simpan ni, nak citer juga, ini citer pasal sejak terpandang Super Moist Caramel Banana Cake yang di post di blog Secubit Garam, tak senang duduk jadinya.
Balik office semalam, minta hubby belikan pisang konon konon nak membuatnya. Tapi sejak balik bercuti ni, badan asyik naik angin jer. Dah beberapa kali jumpa doktor dan makan ubat tapi masih belum baik juga.
Balik office semalam, minta hubby belikan pisang konon konon nak membuatnya. Tapi sejak balik bercuti ni, badan asyik naik angin jer. Dah beberapa kali jumpa doktor dan makan ubat tapi masih belum baik juga.
Untuk buat kek ni, saya mencari pisang emas di bawa belayar tapi sebab tak ada, beli jer pisang berangan. Kalau buat kuih, saya memang suka menggunakan pisang emas. Kalau untuk makan begitu saja, baru saya beli pisang berangan.
Saya tengok ada modifikasi dibuat kepada resepi asal dengan dibuat cupcake dan juga ditambah coklat chips. Tapi saya tak berapa gemar coklat chips, jadi saya meletakkan beberapa biji jer untuk anak anak.
Memang dari dulu pun, saya kurang gemar sedikit makanan bercoklat ni. Tapi tengok lah kejadian cupcake saya tak secantik cupcake Secubit Garam. Terkeluar pulak coklat chips nyer. Huhuhu...
Memang dari dulu pun, saya kurang gemar sedikit makanan bercoklat ni. Tapi tengok lah kejadian cupcake saya tak secantik cupcake Secubit Garam. Terkeluar pulak coklat chips nyer. Huhuhu...
Super Moist Caramel Banana Cupcake
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan
Bahan A:
1 cawan pisang lecek (240 g) - 4 biji pisang berangan
1 cawan gula kaster (200 g) - kurangkan 180g
125 gm mentega
1 sudu kecil bicarbonate soda
2 sudu besar susu segar
Bahan B:
3 biji telur saiz B
1 ½ cawan tepung naik sendiri (200 g) diayak
1 sudu kecil ovalet (opsyenal)
Coklat chip secukupnya (jika suka)
Cara cara
Masak bahan A atas api hingga berkaramel. Sejukkan. (bahan A tu dimasak hingga la menjadi perang berkaramel. Adunan tu akan berbuih tinggi dan kacau sentiasa hingga la adunan tu mendap dan bertukar warna perang).
Pukul telur dan ovalet hingga gebu. Masukkan banana karamel tadi. Gaul sebati.
Masukan tepung sambil dikaup balik hingga adunan sebati.
Tuang adunan ke dalam cupcake ½ cawan penuh sahaja.
Taburkan dgn coklat chips jika suka.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak.
Nota:
Boleh bakar dlm loyang. Boleh juga dikukus. Telur jika tak dipukul pun ok.
Assalammualaikum.. Puan Azie sy nak Tanya berapa lama kek pisang caramel ni boleh tahan disimpan dalam peti ais atau dalam bekas Tampa simpan dalam peti ais
BalasPadamAssalammualaikum Puan azie
BalasPadam