Menyusuri Keindahan Senibina & Sejarah Paris
Sekembali dari Las Vegas semalam, saya relax relax jer kat rumah kerana masih jetlag, jadi saya nak sambung catatan perjalanan saya ke Paris. Jom kita layan sementara dapur Azie belum berasap.
Hari ketiga kami berjalan jalan dan bersiar siar sekitar Notre-Dame de Paris, our lady of Paris. Bak apa yang ditulis oleh sahabat saya bro Nasir Mona, Notre Dame dibina berperingkat peringkat sejak dari zaman Louis VII tahun 1163 dan siap pada tahun 1345 dengan pelbagai peristiwa berlaku di antara tempoh masa tersebut.
Saya kagum kerana beliau masih ingat sejarah Notre Dame tempat beliau tinggal selama beberapa bulan suatu ketika dahulu. Syabas, bro. Kami hanya bergambar dan berposing di depan Notre Dame.
Dari situ, kami berjalan untuk makan tengahari di restoran arab dan solat di Institut Musulman, masjid tertua di Paris. Dari sana, kami bertolak ke Louvre Museum yang asalnya istana raja yang kemudian diubah menjadi muzium pada akhir abad ke 18 terletak di tengah tengah kota Paris. Di sini lah tersimpannya The Mona Lisa, potret seorang wanita yang dilukis oleh Leonardo da Vinci yang dikatakan sebagai "the best known, the most visited, the most written about, the most sung about, the most parodied work of art in the world.".
Kami hanya bersiar siar dan berposing sahaja terutama di hadapan Glass Pyramid yang berfungsi sebagai pintu masuk utama muzium.
Dalam perjalanan balik ke hotel, kami meminta supaya di turunkan di Gallerie La Fayette. Wah seronok tengok semua berebut rebut membeli handbag Louis Vuitton dek kerana kesuntukan masa untuk balik dan bersiap keluar makan malam pula.
Dalam hati berkata kata, depa ni beli handbag LV macam beli ikan di pasar ke. Nasib baik saya telah pun membuat pemilihan design yang dihendak dibeli dari KL lagi, tinggal minta apa yang dikehendaki dan bayar jer.
Dalam hati berkata kata, depa ni beli handbag LV macam beli ikan di pasar ke. Nasib baik saya telah pun membuat pemilihan design yang dihendak dibeli dari KL lagi, tinggal minta apa yang dikehendaki dan bayar jer.
Salam..selamat kembali ke tanah air kak.. wah, sakan berposing ye..borong handbag LV ke kak? :)
BalasPadamSelamat pagi CW. Baru 2 hari balik dan masih jetlag lagi pkl 6 pagi baru terlena. Ini trip 2 tahun lepas. Kami ni ramai, beli for myself 3 dan anak sorang satu jer.
PadamSelamat pulang KAk Azie.. Lama dapur tx berasap.. Amboi, sakan gi holiday... shopping LV lagi...
BalasPadamTerima kasih Ogyep. Masih dok jetlag ni. Hari ni baru mula masuk dapur kerana anak anak dah kemaruk nak makan masakan saya. LV ni masa di Paris. Kali ini, kami ke San Francisco dan Las Vegas
Padam