Mee Hoon Goreng San Francisco
Saya masuk ke dapur lagi 40 minit sebelum berlepas ke air port. Memang tak ada plan langsung nak memasak sebaliknya saya mencari cari beberapa barang lagi. Tapi lepas terpandang hubby sedang memasak nasi untuk anak anak, saya pun terus decide nak memasak mee hoon goreng sebagai sarapan anak anak nanti. Aduih memang tergesa gesa sebab masa tu lah baru mencari barang barang dalam peti ais dsb.
Pagi ini saya memasak mee hoon goreng, boleh lah saya memanggilnya sebagai Mee Hoon Goreng San Francisco kot sebagai kenangan saya memasak sebaik sebelum berlepas ke San Francisco.
OK saya akan update resepi kemudian sebab hubby dah sound, kapalterbang tak tunggu kita. hahaha.
Seperti dijanjikan, kalau sebelum ini saya menulis entri di atas sebelum bertolak ke San Francisco tapi kali ini saya menulis sambungannya di Taipei sewaktu transit selama 3 jam sebelum meneruskan perjalanan ke San Francisco. Dan update selepas kembali dari San Francisco.
Sebenarnya dah lama saya tidak menggoreng mee hoon kerana mee hoon yang sedap mudah didapati di banyak kedai atau gerai, tidak seperti mee yang saya hanya mempunyai citarasa tersendiri bagi mengesahkan samada mee itu sedap atau tidak pada tekak saya.
Oleh kerana saya langsung tidak merancang untuk menyediakan breakfast pagi itu, apalagi menggoreng mee hoon, jadi tiada persediaan langsung dibuat. Saya hanya menggunakan bahan bahan yang tersedia dalam peti sejuk sahaja. Jom kita tengok resepi Mee Hoon Goreng San Francisco saya hari ini yang disediakan dalam 30 minit sahaja....
Mee Hoon Goreng San Francisco
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan
1 pek bihun - rendam air panas & tos
6 bawang merah
4 bawang putih
2 sb cili kisar
1 sb ikan bilis - tumbuk kasar
Ayam - potong kecil
3 biji telur
1 karot - potong kecil
1 ikat sawi - potong
1 biji tomato - belah 6
Sos tomato
Kicap
Garam
Hiasan:
Bawang goreng
Daun bawang
Tomato - hiris
Cili merah - hiris (tak letak)
Cara cara:
Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga betul betul garing, masak dan keluar minyak.
Masukkan ayam dan dikacau kacau sehingga masak. Masukkan sedikit air untuk memasakkan ayam. masukkan ikan bilis.
Masukkan karot dan terus dimasak seketika hingga agak lembut sebelum dimasukkan batang sawi.
Masukkan sos tomato dan kicap dan terus digoreng sehingga air kering dan keluar minyak. Ketepikan perencah di tepi kuali dan tuang telur. Kacau kacau telur dan cepat cepat masukkan mee hoon supaya ianya bersalut dengan telur.
Masukkan daun sawi dan tomato yang dibelah. Tuangkan lagi kicap dan sos jika mahu. Akhir sekali, masukkan garam, jika belum masin.
Kacau mee hoon rata rata. Apabila mee hoon masak dan bergoreng (keluar minyak), bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur bawang goreng, daun bawang dan hirisan buah tomato serta cili merah.
Nota:
Mee hoon mestilah digoreng sehingga keluar minyak supaya ianya tidak terasa seperti mee hoon rebus.

sempat lagi tu masak2 sebelum berangkat.. =) semoga selamat perjalanan akak..
BalasPadamCW, sempat dan kena sound kat hubby sebab tak bersiap lagi.
PadamLambat singgah dapur Kak Azie... dah terbang gamaknya ya... baru nak tanya kenapa namanya San Fransisco..
BalasPadamDah terbang Ogyep. Skrg di San Francisco. Saja sebab nak mengingatkan masakan sejurus sebelum berlepas ke San Francisco
PadamSlmt bercuti k.Azie....moga ceria dan slmt dlm perjalanan.
BalasPadamSalam dari San Francisco buat Mamasya
Padamsalam Cik wan,
BalasPadampagi tadi hubby request nak mee hoon goreng dinner ni..
mee hoon ni feveret dia..
sedapkan...
Balqis, kalau hubby request tu, buatkan jer. Yg penting ada permintaan
Padamsis
BalasPadamtgk gambo, dah tau mesti sedap mihun nie
;)
Bila digoreng sendiri, memang sedap. Apalagi dimasak dengan kasih sayang, kan? Thank you for visiting my blog.
Padam