Masakan Sekembali dari United States
Selamat bertemu kembali sahabat sahabat blogger dan pembaca setia blog Azie Kitchen yang dirindui. Selama hampir 10 hari meninggalkan blog Azie Kitchen, terasa rindu teramat tetapi untuk saya membuat posting menggunakan ipad, amatlah sukar terutama sejak diupgrade blogspot baru baru ini. Banyak kejadian pelik pulak, sepatutnya lagi diupgrade, lagi mesra alam. Tapi tak apalah kerana dari kejauhan saya sentiasa mengikuti perkembangan blog dan sempat juga menjawab beberapa komen dari sahabat sahabat semua. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik lagi negara sendiri. Kan, kan?
OK kita sambung citer pasal masakan di Nur Qaseh lah pulak. Aween kata ini resepi ulangan tapi saya memberitahu dia yang blog ini bukan blog masakan tetapi blog apa yang dimasak di dapur Azie. Apa yang disukai oleh keluarga Azie dan sebagainya. Pasti yang disukai akan dimasak berulang ulang kan? Kiranya blog ini adalah blog mengenai lifestyle penghuni Nur Qaseh juga.
OK berbalik pada masakan pertama yang saya sediakan sekembali dari San Francisco dan Las Vegas ya. Selain Kerang Gergasi Masak Sweet Sour dan Kacang Goreng Dengan Telur, saya juga, menyediakan Masak Lemak Cili Padi Ikan Senangin dan Sotong Goreng Garam Kunyit. Ianya bagi melengkapkan permintaan Aween yang rindukan masakan di rumah. Maklum sepanjang peninggalan kami, mereka hanya membeli nasi dan lauk di kedai sahaja. Resepi Kerang Sweet Sour boleh klik di SINI dan resepi Kacang pula klik di SINI. Senang nak cari gitukan.

Seperti biasalah cara memasak Masak Lemak Cili Padi, sama dengan cara sebelum ini yang saya pelajari dari kawan saya Norliza. Boleh klik di SINI untuk melihat resepinya. Tapi bila memasak beberapa lauk serentak, saya agak kelam kabut, jadi kejadian kuah masak lemak ini tak secantik kuah ketam tempohari. Tapi yang penting rasanya tetap ada.
Sotong pulak hanya dimasak dengan dilumur garam dan kunyit jer. Lepas digoreng, masukkan lah apa apa yang disukai seperti bawang besar, cili hiris, daun bawang atau apa apa lah. Tapi sebab peti sejuk saya ni dah kosong dengan bahan memasak, jadi campak jer lah apa apa yang ada.
Haaa tengok anak saya makan, tak sempat berhidang bagai. Memang dah tak sabar, malah sepanjang saya di dapur dia pun turut berada di dapur dan menolong saya itu dan ini disamping tolong mengambil gambar gambar masakan dan menghiasnya pada hari ini.
Terima kasih! Tak sabar nak cuba resipi kerang sweet sour tu.
BalasPadamCuba jangan tak cuba. Memang sedap terutama kalau menggunakan kerang gergasi yang segar
Padamsakan anak kak Azie tu makan..rindu masakan mamanya tu ;)
BalasPadamBetul CW. Sedih pulak bila tengok dia makan. Berulang kali dia datang mengejutkan saya supaya bangun dan memasak. Sehingga dia sanggup merebus sendiri kerang dan mengopeknya sementara saya turun ke dapur. Sedih sangat mengenangkan mereka yang ditinggalkan. Gambar itu dah dapat menceritakan segala galanya kan?
PadamSalam, memang sedap dan lazat makanan yang di hidangkan oleh Pn Azie....:D suka saya melihatnye...
BalasPadamTerima kasih Shima kerana sudi singgah dan sudi meninggalkan komen. Sebenarnya sedap masakan restoran, sedap lagi masakan yang dimasak sendiri di rumah terutama jika ianya dimasak dengan berselawat dan berzikir serta dengan penuh kasih sayang, kan. Do come again, ya.
Padam