London Part 4: Petticoat Lane dan Oxford Street
Hari ke4 kami menaiki train ke Liverpool Street station untuk menjengah apa yang dijual di Petticoat Lane, ala ala pasar tani atau pasar malam kat tempat kita jer.
Tak ada apa yang menarik, saya tak mahu membuang masa di situ, kami terus ke Oxford Street lagi. Ronda ronda kedai kedai di sepanjang Oxford Street lagi best. Lagi pun alang alang bershopping di London, kena lah cari barang yang branded yang harganya mahal di tempat kita.
Singgah di Lilywhites membeli barang barang dan pakaian sukan yang memang murah sangat sangat. Saya membeli set baju, seluar sukan dan juga kasut sukan untuk diri sendiri. Bersemangat konon konon nak balik exercise. Hubby memborong banyak seluar sukan adidas untuk Aween.
Dari situ, kami terus ke Westfield bersama Raja Zul dan Ruby untuk makan tengahari dan bershopping di shopping mall yang sangat besar. Lagi best shopping di sini kerana semua kedai yang ada di Oxford Street ada di sini dan kita boleh bershopping di dalam kompleks tanpa perlu berpanas dan berhujan. Rupanya London selalu hujan jadi sepanjang di sana, saya terpaksa berlari lari di bawah hujan. Yang peliknya, tak ada pulak demam kena air hujan di London. Hahaha boleh gitu ke...
Ambil bas dari Westfield terus balik ke tempat penginapan di Denzill Road. Seronok melayan pemandangan pokok pokok dan rumah rumah omputih yang cantik dan kemas di sepanjang perjalanan dengan bas.
Singgah
di kedai runcit membeli sardine dan bahan bahan masakan. Dah rindu nak
makan nasi dan lauk melayu. Balik terus memasak Sardin Masak Cili Padi
yang memang best giler.
Rujuk di SINI. Bukan nak cakap lah, sardine di sana sangat sedap, segar dan murah. Kebetulan pulak kawan my hubby tiba dan menginap di tempat yang sama, jadi malam itu kami bersembang sambil makan malam dengan masakan saya.
Rujuk di SINI. Bukan nak cakap lah, sardine di sana sangat sedap, segar dan murah. Kebetulan pulak kawan my hubby tiba dan menginap di tempat yang sama, jadi malam itu kami bersembang sambil makan malam dengan masakan saya.
oh kak Azie..seronok berjalan2 ye.. ;) sempat lagi memasak kat sana..seronoknya..
BalasPadampstt, muffin pisang tu CW guna pisang montel. dalam 4 biji je kat..pastu kukus dalam cup yang paling kecik tu dapat lebih kurang 36 bijik..pastu CW bakar dalam cup sederhana 6 bijik.. selamat mencuba kak ;)
CW, memasak nasi dan makan kat tempat sejuk sejuk gitu, memang sedap jer jadinya. Ohh terima kasih kerana sudi menjawab pertamyaan cupcake tu. ingat nak buat setengah adunan jer lah. Orang rumah sini tak berapa suka sangat makan kek, tapi I yang teruja untuk mencuba. Seronok baca komen komen yang kata kek ini sgt sedap.
Padam