Puding Lemak Cendol
Sebagai pencuci mulut untuk hidangan tetamu kami hari ini, Rusdi dan kawan kawan, saya menyediakan Puding Lemak Cendol yang resepinya diambil dari blog Ummi. Puding ini adalah puding tradisional, maklum tengok jer lah bahan bahannya menggunakan santan dan cendol.
Oleh kerana petang nanti, kami akan berkunjung ke rumah Dato' Salehuddin dan Datin Nursinah di Shah Alam, saya membuat lebih sedikit iaitu 1 1/2 adunan, bercadang untuk membawa puding ini untuk dinikmati bersama sama kawan kawan semasa di universiti dulu. Kamalullail dan isteri, Ita juga akan turut mengunjungi rumah Dato' Saleh. Selain untuk mengeratkan silaturrahim, juga kerana Kamal ingin melihat banglo Dato' Saleh sebelum memulakan pembinaan banglo beliau sendiri.
Berbalik kepada puding ini, sebenarnya saya sangat teruja untuk melihat hasilnya selepas dikeluarkan dari acuan yang saya beli semalam dari Pantry Magic. Memang semuanya cantik cantik dan semuanya berkenan di hati. Aduhai beberapa keping kertas yang berwarna ungu terbang juga tadi. Sengaja tak membeli banyak banyak kerana saya bercadang untuk meninjau ninjau semasa di USA nanti.
Jom kita layan resepi...
Puding Lemak Cendol
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-Bahan
1 cawan tepung jagung
1 ½ cawan gula pasir (saya guna 2 cawan utk 1 ½ adunan)
4 ½ cawan santan (sederhana pekat)
2 helai daun pandan
500 gm cendol (toskan)
Cara-cara
Bancuh tepung jagung bersama santan dan tapiskan ke dalam kuali.
Masak adunan tadi dengan api sederhana sehingga pekat sedikit. Masukkan gula pasir dan kacau hingga sebati, pekat dan berkilat. Adunan hendaklah sentiasa di kacau dalam 20 minit
Masukkan cendol yg ditos. Kacau sebati selama 5 minit. Angkat dan tuang di dalam loyang. Biarkan sejuk dalam 2 jam.
Setelah sejuk bolehlah dipotong atau boleh juga menggunakan acuan kecil.
Siap untuk dihidangkan. Sejuk sejuk lagi sedap dan nyaman, bah.
sedap nya Zie macam nak buat jugak tapi cendol lak tkde ni..
BalasPadamSedap Noor. Ala ala puding tradisional. Nanti dah ada cendol, Noor boleh cuba. Dimakan sejuk sejuk, lagi sedap
PadamMemang sedap Kak Zie.... dah nak balik pun anak sempat rembat lagi satu puding tu....
BalasPadamTerima kasih banyak-banyak...
Alhamdulillah seronok tengok bila tetamu suka apa yang dihidangkan.
Padamakak, klo tk nk campurkan tepung jagung blh..? kt umh ada tepung kastard je... huhhuhu
BalasPadamZura, boleh Zura cuba sebab saya belum pernah lagi membuay begitu. Nnt Zura kongsikan experimen Zura tu. selamat berpuasa
Padam