Patin Masak Tempoyak Resepi Orang Kampung Pahang
Balik dari pejabat malam tadi, saya terus memasak untuk makan malam hubby dan anak anak kerana saya sendiri sudah kekenyangan. Terlebih makan pulak semalam bila kawan sepejabat, Zaharah membelikan nasi bungkus berlaukkan masak lemak ikan jenahak, daging masak kicap dan cencaluk yang dibungkus dengan berlapik daun pisang di Jalan TAR.
Memang sedap sampai tak terkata. Hahaha yang sebenarnya dah lama saya tak makan cencaluk kerana malas untuk membuatnya sendiri sebab di rumah ni, orang lain semua tak menggemari cencaluk. Berbotol botol cencaluk yang dibawa balik dari Melaka, terbuang gitu sahaja semasa kami berpindah dari USJ ke sini.
Berbalik pada resepi masak tempoyak Pahang ni, ada terdapat perbincangan samada perlu dimasukkan gula ke dalam masakan ini. Saya pun tak dapat membuat kesimpulannya kerana ada yang meletak sedikit sahaja gula dan ada pula yang mengatakan tak perlu meletakkannya langsung. Saya memilih untuk tidak memasukkan gula malam tadi. Tak pasti jika ini yang sebetulnya mengikut resepi orang Pahang. Jom jom lah layan resepi...
5 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
3 sudu besar tempoyak
1 tangkai bunga kantan - belah 4
Sedikit daun kesum
1 keping asam keping
Garam
Tumbuk cili padi dan kunyit. Masukkan air secukupnya dan masak bersama bahan tumbuk. Masukkan bunga kantan.
Bila mendidih pekat, baru masuk ikan. Jgn lama sangat sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum.
Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping.
Nota:
Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab drpd menggunakan air asam jawa/asam limau.
Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab drpd menggunakan air asam jawa/asam limau.
Fuyyoooo... tempoyak.. negnces sudah... Ada musim tempoyak ke... Dah lama tak jumpa tempoyak.. Sedappppppp nya....
BalasPadamMy hubby bawa balik tempoyak dari kampung. Tempoyak dibuat sendiri. Satu botol besar, bolehlah tahan sehingga musim durian akan datang kot. Sedap masak tempoyak ni..
BalasPadamSaya asal dari Kampung Budu Lipis Pahang. Dari kecil sampai ke tua ni saya dok tengok (arwah) wan-wan saya, mak saya, mak-mak sedara saya dan isteri masak tempoyak tak kiralah ikan atau keladi kemahang, mereka tak menggunakan bahan lain selain lada garam kunyit daun kesum dan tempoyak sahaja. Keenakan gulai tempoyak sebenarnya terletak pada tempoyaknya, cukup masam tempoyak sedaplah gulainya. Tak ada gula, bunga kantan atau serai digunakan. Tak tahu lah kalau di tempat lain atau di Temerloh lain pula resipinya. Petua untuk menghilangkan hanyir ikan, pedas.
BalasPadamWirajack, terima kasih atas perkongsian. Itulah banyak versi agaknya wp semuanya berasal dari Pahang. Boleh saya cuba resepi yang diberi kerana saya memang nak mencari resepi tempoyak ori Kuala Lipis.
Padamsaya setuju dgn wirajack...itu yg asli sebenarnya..xperlu tambah bnga kantan.serai bagai....
PadamTerima kasih atas komen. Boleh kita pakat belajar cara cara yg ori dari Temerloh
PadamWirajack: agak2 yg mne lebih best..??bunga kantan atau serai..??
Padamdoh nok gune resepi hok mane satu ni..pening doh..nk buat berbuke ni..mase ni tak dapat resepi lg...
Padamoh ye garam....
BalasPadamNoted. Hanya cili, tempoyak, kunyit, daun kesum dan garam sahaja ya. Insya Allah, boleh cuba. Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi di sini
Padamterima kasih berkongsi resepi, saya nak try masak tempoyak patin ni sedap ke tak... thanks
BalasPadamCubalah. Dah cuba, bagi feedback ya
PadamSaya asal dari Kampung Budu Lipis Pahang. Dari kecil sampai ke tua ni saya dok tengok (arwah) wan-wan saya, mak saya, mak-mak sedara saya dan isteri masak tempoyak tak kiralah ikan atau keladi kemahang, mereka tak menggunakan bahan lain selain lada garam kunyit daun kesum dan tempoyak sahaja. Keenakan gulai tempoyak sebenarnya terletak pada tempoyaknya, cukup masam tempoyak sedaplah gulainya. Tak ada gula, bunga kantan atau serai digunakan. Tak tahu lah kalau di tempat lain atau di Temerloh lain pula resipinya. Petua untuk menghilangkan hanyir ikan, pedas.- BETOL...INILAH RESEPI ASLI....MASUK SERAI BAIK BUAT GULAI LEMAK..HEHE
BalasPadamKalau tak belajar, kita tak akan pandai. Resepi ini saya ambik dari fb. Saya pun tak ada pulak meletak serai dalam masak tempoyak ni. Tak tahu pulak kalau ada orang yg meletak serai atau you salah baca kot
Padammcm sedap je..nak cuba jugak la..selalunya patin saya masak goreng berlada je.. ;)
BalasPadamCik Aje, nnt boleh share patin masak goreng berlada ya. Boleh saya cuba your recipe pula
Padamsebenonye ikan patin hok sedap mesti hok 'asli' dari sungei pahang, bukan dr kolam bkn dr sangkor. Tp kalar dah tak de hok 'asli' hok sangkor pun boleh juge. Tp bukan dr sangko org kemboja tau. Kawai masok ikan patin ala pekan bando diraja. Utk sekor ikan patin saiz sedang, mula2 bubuh dua senduk tempoyak dlm periok + 4 cawan air + sikit garam + cili padi (ikut rasa) tumbuk bersama seketul kunyit idup..gaul2 sebati dan masak ats dapor..bila menggelegak bubuhlah ikan patin yang dh dipotong2 + sikit daun kesom..sekitor 2-3 minit angkat...dan apa lagi..melantok lah kite
BalasPadamTerima kasih keran berkongsi resepi. Insya Allah, saya akan mencubanya
Padamtq resepi..nnti leh cuba esk..ikan patin ade ni...😉
PadamBetul2 membantu ~ thanks :)
BalasPadamGembira mendengarnya. Terima kasih
PadamSaya pernah mendengar ucapan (titah kot??) dari Tengku Puan Pahang semasa pelancaran buka masakannya "Air Tangan". Dari kajiannya dia kata semakin hulu SUngai Pahang semakin kurang bahan masakannya. Mungkin itu sebabnya daerah Lipis yang di hulu ni kurang bahan dalam gulainya terutama bawang. Saya juga bertanya pada mak saya tentang serai dan bunga kantan dalam gulai masam ni. Mak saya merasakan mungkin ini cara orang belah Temerloh memasaknya Wallahualam..... Nak cari ikan patin ori sekarang ni bersedialah untuk bergolok bergadai rasanya. Dengan harga ikan sangkar pun dah RM30-35 sekilo berbanding zaman saya sekolah dulu RM15 sekati je, ikan patin sungai ori sekarang ni dah dekat RM150 ke atas sekilo, tak mampu rasanya.
BalasPadamOohh betul juga. Sesuatu yg dilakukan, pasti ada sejarahnya. Itulah masa ke Kuantan baru ni, jumpa ikan kerai yg harganya RM120 sekilo. Insya Allah, pergi lain kali, boleh nk order sb kalau dimakan panas panas di restoran tu, barulah sedap.
Padamkak...sedapnya ikan patin masak tempoyak ni...lisa mintak resepi ye kak...arini cadang nak masak ikan dukan masak tempoyak ...
BalasPadamsalam kenal kak... :)
Lisa, cuba baca komen kawan kawan kita kat atas tu yg kita blh pelajari dalam menyediakan masak tempoyak cara Pahang yang sebenarnya. Selamat mencuba
Padamsalam..kak Azie sya ingin bertanya tentang resepi asli ikan patin masak tempoyak pahang, ade sesetengah org yg memangilnya masak lemak tempoyak, adakah di dalam resepi tue diletak santan? harap kak azie komen cikit ye...
BalasPadamWslm,
Padam2 jenis masakan berbeza. Jika masak lemak, ada dimasukkan santan. Cuba search dalam resepi label ikan, rasanya ada masak lemak ikan patin juga. Sedap juga
Gulai yg ada santan di http://aziejaya.blogspot.com/2012/02/ikan-patin-gulai-tempoyak.html. Cari Ikan Patin Gulai Tempoyak
PadamWah...ni baru Pas masak dengan tunjuk ajar mak....nyam2..jemput makan
BalasPadamBoleh share tak kat area mana kedai patin tempoyak d segamat...?
BalasPadamBoleh baca di sini. http://aziejaya.blogspot.com/2013/04/jom-jjcm-ke-restoran-asam-pedas-segamat.html
Padamsalam azie...suami bawa balik jenahak, saya tringin nak makan masak tempoyak..tambahan kakak ipar ada bg sambal tempoyak (trmpoyak yg dah siap campur cili) sy google resipi dan jumpa blog azie...baca semua komen dan sy cuba masak yang original...alhamdulillah suami puji sedap sangat...terima kasih kepada azie dan mereka yang berkongsi resipi di sini :D
BalasPadamrehan
Assalam.. Terima kasih kongsi resepi..cdg nk buat hr ni..ikan pun dh rendam..tp kunyit lak dh hbs. Kunyit serbuk leh x?
BalasPadamKak ila
Se elojnya kunyit idup..kalu serbuk kunyit kureng skit
Padamsalam
BalasPadamkak azie..td sy cuba resepi akk taw.. masak tempoyak patin... sedap!! mkn lks dgn kerabu pegaga.. pergh.. thanks sgt2 4 awesome recipe.. :)
wahhh,, tq kak. boleh cuba nih, nnti akak bgi resepi ikan patin masak asam pulak ye. arituh saye try xsedap. minyak plak byk bukan main.
BalasPadam:)
salam...
BalasPadamtrima kasih kgsi rsepi...
patin msk tmpoyak nk try buat hdangan tgahari ni utk suami ...tp xde bnga kantan...
juz nk msukkn daun kesum....^_^
'n" sy dh pnah buat pding koktel ikt rsepi k.azie...
menjadi n pnah buat skali utk mkn beradab spupu yg kawen...
thnx a lot....
~sy bdk bru blajar~ ^_*
balik nanti nak buat gak heheh...
BalasPadamselalunya kalu d tambah daun kunyit pon sedap
BalasPadamThe best in the world-masak tempoyak
BalasPadamNk tanye..btl ke kalau lg masam tempoyak tu, lg sedap patin masam tempoyak? Sbb hubby td bwk blk dua jenis tempoyak..satu yg masam n yg satu fress lg..mohon tunjuk ajar
BalasPadam(Nadia)
Masam lagi sedap. Campurkan kedua duanya
Padammak saya punya resepi tempoyak x payah tumbuk atau blend. biar ada ketul2 sikit dlm gulai.
BalasPadam