Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pajeri Nenas Stail Kelantan



Pajeri Nenas Stail Kelantan

Bila dah bercadang nak memasak nasi minyak pasti ada lauk berupa sayuran. Saya memikirkan sesuatu yang ringkas sahaja kerana yang pasti hanya saya dan hubby sahaja yang akan makan sayuran ini. 

Jadi saya membuat keputusan untuk memasak pajeri nenas stail Kelantan yang tidak menggunakan santan dan kerisik sebaliknya hanya dibuat seperti acar mentah sahaja cuma ianya dimasak.  


Pajeri Nenas Stail Kelantan

Pajeri ini memang sinonim dengan nasi minyak. Cara penyediaannya pun mudah dan yang pasti saya suka sangat, hahaha orang Kelantan memang suka makan yang simple macam ni.  Banyak masakan Kelantan berasaskan air sahaja seperti singgang, tumis air dan banyak lagi.

Jom layan resepinya...   

Pajeri Nenas Stail Kelantan

Pajeri Nenas Stail Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Tumis
1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
Sedikit biji sawi
Sedikit serbuk kunyit  
Gula
Garam

Cuka masakan
Cili merah - untuk hiasan

Cara:
Nenas dipotong kecil.
Panaskan minyak dan masukkan biji sawi serta bawang bawang sehingga wangi. Masukkan sedikit air, gula, cuka, serbuk kunyit dan garam. 




Bila telah mendidih masukkan nenas dan akhir sekali cili merah. 



Pajeri Nenas Stail Kelantan

Biarkan merenih sehingga mendidih dan sesuaikan rasanya.
Bila telah masak hidangkan bersama nasi minyak atau beriani.


Pajeri Nenas Stail Kelantan


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Pajeri Nenas Stail Kelantan"