Lagi Lagi Puding Permata
Tambahan lagi anak anak saudara ramai di rumah, jadi sambil memasak Nasi Goreng, saya juga menjerang agar agar. Alhamdulillah sebab nampak puding macam menjadi dan permata tenggelam dengan cantik dan sempurna.
Tapi bila tiba masa untuk memotong, saya sangat kecewa kerana permata dan kastard macam tak ngam. Permata keras tapi kastard lembik, jadi bila dipotong permata seperti terkeluar walaupun sudah diletak berjam jam dalam peti ais.
Tak bertaut seperti Puding Kasih Bertaut gitu. Tak tahu kalau nak dikatakan cara saya membuat tak betul kerana saya dah mengikut step by step dan bahan bahan juga disukat dengan begitu tepat sekali.
Nampak nya inilah percubaan terakhir saya untuk resepi Puding Permata ini. Huhuhu sedih. Tak tahu bagaimana orang lain membuatnya, apa mereka juga mengalami seperti apa yang saya alami. Kalau sesiapa ingin mencuba, perlulah dikurangkan sedikit air dan gula untuk kastard, agaknya lah.
Saya memang suka puding yang dimakan sejuk sejuk tapi lebih suka membuat puding yang ringkas dan mudah. Tak perlu nak membasuh bekas tu banyak banyak, maklumlah sebab saya tiada pembantu rumah. Dulu Juita rajin juga menolong tapi sekarang beliau sibuk mentalaah untuk peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi.
Jom kita layan resepi dulu..
Bahan-bahan (Loyang 7in x 7in)
Bahan untuk agar-agar:
300ml air
200ml susu cair
125gm gula pasir
2 sb serbuk koko
1 sb serbuk agar-agar
Bahan untuk kastad:
500 ml air
400 ml susu cair/susu segar
250 gm gula pasir (kurangkan sebab agak manis)
10 gm serbuk agar-agar
1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air
Cara-cara
Untuk agar-agar:
Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
Untuk kastad:
Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.
Salam....cuci mata jer lah malam2 ni sambil telan air liur he..he..
BalasPadamDear Balqis, I pun tengah kontrol makan. Pandang lah dan lihatlah sahaja ni
PadamSalam k.Azie.sypun suka puding....tambah2 kalau yg sejuk....nyamannya.puding permata belum pernah buat lagi...
BalasPadamre;anak k.Azie dah lama ke study di Alex? sy stay di Cairo...dlm 3 jam driving ke Alex.tp selalu ke Alex bila husben ada program kat sana.
As salam Mamasya. My daughter dah 6 tahun di sana. Bulan Okt nanti, Insya Allah grad. Your hubby attach dg mana?
PadamAssalamualaikum Azie,
BalasPadamterima kasih sudi datang dapur Kak Amie,
sedapnya puding permata....cantik!
Tentang gambar dalam dapur kakak tu, biasa saja Azie, kamera pun jenis cabuk punya, bukan jenama terkenal... he he hehh boleh tanya apa yang ingin Azie tahu ye...dipersilakan.
Assalamualaikum Azie,
BalasPadamterima kasih sudi datang dapur Kak Amie,
sedapnya puding permata....cantik!
Tentang gambar dalam dapur kakak tu, biasa saja Azie, kamera pun jenis cabuk punya, bukan jenama terkenal... he he hehh boleh tanya apa yang ingin Azie tahu ye...dipersilakan.
Terima kasih juga pada Amie kerana meluangkan masa untuk memberi komen di sini. Saya memang suka melihat blog blog yang gambar nya cantik cantik tapi saya sendiri tak dapat menghasilkan gambar secantik itu. Kalau ada teknik yang boleh dikongsikan, saya sangat berbesar hati
Padamassalamualaikum..
BalasPadamkalau tengokkan dari segi potongan nampak cantik sangat puding tu. saya punyer puding lagi susah nak dipotong sebab tu terpaksa posing simple mcm tu. tak boleh diangkat langsung. hehe.. anak2 makan guna sudu. tak pasti mana silapnya.. maybe betul kata azie (atau kak Azie) kena kurangkan air atau lebihkan kastard. tak pasti.. kadang2 jenis agr2 pun emainkan peranan.. tak pasti jugak. wallahua'lam
Izah, ini percubaan kedua. Kurang menjadi juga. Jadi rasanya tak mahu lagi buat resepi ini. Lepas ni nak buat resepi agar agar permata izah pulak
Padamakakkk.. cantiknya rumah akakk.. banyak masuk majalah tu.. congrats.. :-)
BalasPadamTerima kasih Izzah. Jgn lupa dapatkan majalah LAMAN bulan Jun. insya Allah ada laman rumah kami dalam tu.
PadamZie, kak Noor dtg lambat ada lagi tak puding tu terliur dah ni...seredak pun ok jugak daripada balik tangan kosong
BalasPadamMai lah Kak Noor, banyak nak interview nih. Antaranya bagaimana berjumpa dg hubby, orang Brunei. Jauh tu, mesti ada citer menarik
PadamSalam Azie, aduhhh....terasa nyaman jer tekak dapat makan puding kan.... terlior laaa...
BalasPadamWslm Gee. Terima kasih kerana sudi menjengah. Betul sekali, lebih lebih lagi kalau puding yang disejukkan dalam peti ais. Tak terasa bila satu persatu dimakan kan
PadamSalam Kunjungan K.azie...
BalasPadambak kata k.noor sure dah terlewat jugakkan...hehe,tp kdg2 asz prob yg sama gak kalau buat puding nie...sbb kita gunakan 2 bhn yg berbeza agar2 n kastard...mcm yang k.izah ckp,agar2 kadang2 mcm2 jenis, so lain2 perangainya...tp potongan tue dah cantik dah kak..nice,bleh bikin asz nak ngap seketui la kak!!!
Terima kasih kerana berkunjung ya. Betul sekali, As tapi I dah 2 kali membuat resepi ini. Lepas ni nak cuba resepi puding yang lain pulak. Hahaha cepat merajuk lah pulaknya.
Padamrajinnya Kak Azie berpuding... Sedapppnya.. dah terasa sejuk kat tekak ni..
BalasPadamOgyep, tengah kemaruk berpuding ni. Tengok dapur kawan kawan semua meriah dengan puding puding.
BalasPadamZie jom kita jumpa kat umah Zie nanti nak tengok jugak istana tu haha baru boleh buka cerita jumpa pengiran Brunei ni hahaaa jemputlah pasti kami dtg hee
BalasPadamBila balik ke sini, hello hello lah. Rumah kami sentiasa terbuka untuk menerima tetamu.
Padam